“Alhamdulillah, Kakak Sudah Bersalin. Baby Sihat.” Jahidah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki. Warganet Titip Doa!

Share

Kisah wanita hamil, Jahidah Nordin yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada pertengahan tahun ini menggemparkan masyarakat. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Jahidah sebelum ini telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.Adiknya, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa memaklumkan Jahidah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira 9 malam tadi.

“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah lahirkan ‘baby,’ pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Baby sihat dok kata,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut Fauziah, kakaknya kini masih berada di hospital dan dalam pemantauan 24 jam.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Dia pada mulanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Sumber: Fazariah Nordin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN