Tahniah diucapkan buat pelakon Oktovia Manrose yang telah selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Berita itu dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat dan disiar semula oleh aktres berusia 32 tahun itu di Instagram Story, semalam.
Menerusi hantaran tersebut, Fatin Nur Azzaniz meluahkan rasa syukur apabila aktres tersebut selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
“Alhamdulillah, seorang lagi khalifah dilahirkan. Congratulations (Oktovia) on your new born (emoji hati berwarna putih,” tulisnya ringkas.
Ads
Turut ada bersama sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose yang juga baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan pada 27 April lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih atas kunjungan ahli keluarga.
Ads
Terdahulu pada Mac lalu, Oktovia mendedahkan dirinya hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada bulan Julai.
Terdahulu, Oktovia mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia 2 tahun. Oktovia Manrose juga turut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun melalui perkahwinan pertamanya.
Covid-19, inilah musuh yang amat kita geruni ketika ini. Kita tidak dapat melihat ‘keberadaannya’ namun ia mampu menyerang hingga membawa maut. Atas sebab ini jugalah kita berasa sangat bimbang andai ada salah seorang ahli keluarga dijangkiti Covid-19, akan boleh membawa kepada kebarangkalian seisi keluarga dan sesiapa sahaja kontak rapat terjangkit. Sungguh cepat virus ini merebak!
Terbaharu seperti yang dilaporkan di Harian Merto mengenai kisah Lans Koperal Siti Nurul Hawana tentang pemergian tiga orang ahli keluarganya akibat Covid-19 dalam masa yang singkat, sungguh menyentuh perasaan warganet. Apatah lagi melihat potret keluarga tersebut yang dikongsikan bersama. Menurut sumber, gambar tersebut adalah yang diambil baru-baru ini ketika menyambut Aidilfitri.
Kini ianya menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.
Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus nafas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Lebih menyedihkan, Siti Nurul berkata, arwah orang tuanya juga tidak sempat meninggalkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.
“Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
“Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.
“Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
“Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya,” katanya.
Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.
“Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami.
“Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi,” katanya.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
“Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi,” katanya.
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat, yakin, dan bersedia menghadapi hari persekolahan.
Dalam perkongsian ini ustazah Aminah Mat Yusoff , kita akan melihat empat perkara penting yang boleh dijadikan bekal utama buat anak-anak kata-kata semangat, pesanan azimat, doa ibu bapa, dan penyerahan sepenuh kepercayaan kepada guru. Dengan amalan ini, bukan sahaja anak-anak lebih berdisiplin dan bermotivasi, malah hubungan ibu bapa, guru, dan anak akan menjadi lebih erat serta diberkati.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Ruginya jika tak bermain dengan anak! Kenyataan inilah yang perlu ibu ayah sedar sebelum terlambat.
Bayangkan jika ketika anak-anak masih kecil kita asyik terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga tidak sedikit pun meluangkan masa bersama bermain dengan mereka, sedar-sedar anak semakin membesar dan tentunya hubungan mesra dengan anak-anak tidak dapat dibina sejak mereka kecil. Bahkan tidak pelik andai menjadi punca hubungan dengan anak semakin menjauh.
Oleh itu mengetahui lagi tentang apa kebaikan bermain dengan anak, ayuh kita baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini.
1 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tingkatkan kualiti bonding kita dengan dia
2 – Padahal dengan selalu bermain tu la dapat buatkan anak rasa lebih connected dengan kita.
3 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita jadi lebih memahami kelemahan dan kekuatan anak kita.
4 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tampal balik kelompongan emosi anak akibat dari kena marah, kena bebel dan kena tengking dengan kita.
5 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat repair balik kualiti trust anak pada kita.
6 – Padahal dengan selalu bermain tu la anak kita dapat asah sosial skilnya. Ada 6 play stage yang anak kena lalui untuk asah sosial skil.
7 – Padahal dengan selalu bermain tu la yang akan jadi Emotional Investment kita kemudian hari. Kita makin sayang anak, anak pun makin sayang pada kita.
Masa bermain tak banyak. 12 tahun je yang kita ada. Pulun habis habis bermain masa ni.
Manfaat dari memori bermain ini la yang akan jadi penentu samaada anak jadi sahabat baik atau jadi stranger pada kita bila dah menjangkau remaja kelak.