Sejak semalam, mesti ada orang ketuk rumah, sedekah daging korban. Kan? Alhamdulillah rezeki.
Hasil dari rezeki orang sedekah tu, ada yang goreng dan ada yang buat sup. Bagi sesiapa yang rajin, boleh la ikut resipi dari Superdaddy Khairul Abdullah kita ni, nasi daging istimewa orang utaqa! Jom usha resipinya!
Kalau raya korban ni, belah utara nu memang inilah juadah utamanya.
Memandangkan aku orang Kedah maka wajiblah aku bersusah-susah semalaman masak ni sebab nak jamu kat tetamu yang mai rumah hari ni.
So, daging korban yang banyak dok ada tu hampa bolehlah try buat nasi daging ni.
Nah aku up lagi sekali resepi Nasi Daging Istimewa oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini:
2 cawan beras basmathi direndam 30 minit dan toskan.
300gm daging, potong kiub saiz sedang yer.
½ cawan susu cair (kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan.
1 ½ sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
½ biji tomato
2 sudu kismis hitam (kalau ada)
2 sudu gajus (kalau ada)
Bahan untuk menumis:
½ biji bawang besar/bawang kecil, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
Ads
Bahan untuk air asam kerisik:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, hiris nipis
5 biji cili padi, potong kecil
1 inci belacan
1 sudu paste asam jawa dibancuh dengan ½ cawan air .
½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
1-2 sudu jus limau nipis
Cara melaksanakan projek ini:
1. Rebus daging yang telah dipotong kiub bersaiz setengah kotak mancis (jangan kecil dari tu, nanti daging hancur pulak) bersama 5 cawan air serta ½ sudu rempah kurma dan garam sehingga empuk. Paling cepat guna pressure cooker set 25 minit dah cun.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali ke dalam periuk ke tak kisah, tetapi yang besar dan senang nak kacau. Masukkan bahan tumis dan tumis sebentar. Kemudian masukkan lebihan serbuk kurma dan kacau sampai bau dia sedap.
3. Masukkan susu cair kalau ada dan kacau biar pekat dan masukkan beras yang telah ditos bersama daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan sampai sebati. Masukkan daging, kismis, gajus dan tomato. Kacau rata.
4. Pindahkan beras tadi ke periuk elektrik dan masukkan 3 cawan air rebusan daging tadi bersama kiub pati ayam. Kiub pati ayam tu hancurkan atau elok cairkan dahulu. Tak perlu tambah garam dah. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
Ads
Biarkan nasi masak dan selepas masak gemburkan dengan garfu agar nasi tak berketul bila sejuk nanti.
Siap.
Now cara nak buat air asam kerisik pula:
1. Paling baik, tumbuk kasar, cili bersama sebahagian tomato dan sebahagian bawang serta belacan.
2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk dan bahan lain ke dalam bekas dan gaul sebati.
Siap.
Ads
Baki air rebusan daging korang tumislah bawang halia bagaindan jadikan sup. Nak lengkap lagi korang buatlah dalca okeh. Kau google lah resepi dalca tu. Maka siaplah sup dan dalca.
Maka hidanglah sepinggan nasi bersama beberapa ketul daging bersama semangkuk air asam. Perah limau dalam baki air rebusan daging tadi dan tabur daun sup.
Cara nak makan:
1. Ceduk 2 sudu kuah air asam dan gaul bersama nasi.
2. Cubit daging yang dah lembut tu, celupkan ke dalam air asam dan kaut sikit bawang, tomato dan cili dan letakkan ke atas nasi lalu suapkanlah ke mulut dengan penuh perasaan.
3. Rasa nasi yang gebu dan sedap diikuti rasa daging enak dan masam-masam manis pedas tu bikin air liur meleleh wehhh.
4. Hirup sikit demi sedikit baki air rebusan tadi yang kini dah jadi sup.
5. Dan makanlah dengan bersungguh-sungguh.
Cuba tau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau hendak menyediakan menu lala untuk dijadikan hidangan istimewa untuk berbuka, biasanya tentu akan terlintas difikiran kita ini untuk menyediakan lala masak lemak. Maklumlah menu berasaskan lala ini menjadi antara hidangan seafood yang digemari oleh seisi keluarga.
Pun begitu apa kata hari ini kita sediakan menu lala dengan rasa yang padu dan mewangi dengan aroma serai bila dimasak dengan resipi yang satu ini. Pasti mampu memancing selera!
Bahkan kita menggunakan bahan yang ringkas sahaja sudah menjanjikan rasa yang enak. Sesuai sangat untuk dijadikan menu membangkit selera di bulan Ramadan ini.
Jadi tunggu apa lagi, jom sediakan menu Lala Masak Serai Mewangi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar ini.
LALA MASAK SERAI MEWANGI
Bahan-Bahan
1 kg Lala
3 sudu besar cili kisar – nak pedas lebihkan
2 batang serai – ketuk
Garam
Gula nisan/gula biasa
Bahan Kisar
9 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1. Basuh dan rendamkan lala dalam 30 minit. Untuk buang pasir pada lala.
2. Tumis bahan kisar dan cili sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan serai, gula dan sedikit sahaja air. Gula ikut pada selera, Cik Tie suka manis sikit. Biarkan seketika. Tujuannya untuk keluarkan haruman serai.
3. Masukkan lala dan kacau dengan bahan tumis tadi sehingga sebati. Masak sehingga lala bertukar warna sedikit merah. Cik Tie tak suka masak lama sangat, nanti isi lala jadi keras dan hilang manisnya. Ikut pada taste masing-masing.
Nak buat kek tak perlu cari resipi yang susah-susah. Pilih yang simple tapi sedap untuk selera seisi keluarga. Seperti yang dikongsikan oleh puan Qaseh Hasnaa ini yang memuat naik resipi Kek Sunquick Moist Gebu. Cicah dengan air kopi ni memang layan kan.
Selain pati sunquick, parutan lemon boleh membuatkan kek menjadi harum. Jom cuba!
Harini saya nak share kek butter Sunquick Gebu..mmg sedap rasa lemak butter n masam manis Sunquick..resipi di bawah
Butter Kek Sunquick Moist Gebu Bahan bahan
250 g butter (Saya guna Anchor)
200 g gula kastor
1 sudu besar ovalette
5 biji telur (gred A)
220 g tepung gamdum (saya guna tepung naik sendiri)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
4 Sudu makan perisa orange Sunquick ( terpulang nak letak byk atau sikit)
1 sudu makan susu pekat manis
2 sudu besar susu full cream atau susu cair Cara
-First, ayakkan tepung gandum dan baking powder..(ketepikan)
-Next,masukkan butter,gula dan ovalette..mix adunan menggunakan mixer sampai adunan kembang gebu.
-Next, Masukkan telur satu persatu..time ni slowkan speed mixer. Then, Masukkan susu pekat,susu full cream ,esen vanilla dan perisa sunquick,mix sampai sebati..
-Next, masukkan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit,mix sebati or kaup balikkan sahaja.Letak Adunan dalam loyang yg telah disapu butter,ratakan dan hentak2 manja sikit..giteww.
-Bakar 170 selama 45 mnit atau bergantung pada oven masing2..sebelum bakar,panaskan dlu oven dalam 5 atau 10 minit. *Kalau guna tepung penaik..tak perlu letak baking powder..
*Nak tau masak ke tak kek..cucuk dgn lidi atau hujung sudu kek tu..kalau lidi tu licin je x melekat apa2 tu tandanya dia masak ya..kalau tak masak sambung lagi bakar.. *Kalau ada lemon..blh parut sedikit kulit..kek lagi harum n sedap.. *Loyang saiz 8
Krdt : ig Dapur Cik Wani
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menurut pakar Kimia, Puan Dr Fatimah Salim, krimer manis/ sejat berbeza dengan susu pekat manis/ sejat.
Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu!
Oleh itu, baca label sebelum membeli.
Susu pekat manis merupakan susu yang dihasilkan daripada membuang lebih daripada 60% kandungan air dalam susu lembu yang mana kemudiannya ditambahkan gula (~45%) dan ditinkan agar tahan lama.
Kebanyakkan susu pekat manis yang berada di pasaran juga ditambah dengan lemak kelapa sawit untuk mengurangkan penggunaan susu lembu dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah (biasanya dilabel ‘filled milk’).
Setiap 1 Oz (30 ml) susu ini mengandungi sekitar 15 g GULA (sukrosa dan laktosa), 2.5 g lemak (lebih separuh lemak tepu) dan 2.2 g protein. Ianya juga mengandungi kalsium, natrium, fosforus, selenium, riboflavin, vitamin B12 (biasanya ditambah vitamin A dan D3) dan choline.
Susu pekat manis sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis minuman dan makanan. Pengambilan susu pekat manis secara kerap dan berlebihan boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan seperti diabetis yang mana akan menjadi pemangkin kepada penyakit lain.
Disebabkan tinggi kandungan gula, alternatif yang lebih bagus ialah dengan mengantikannya dengan susu sejat. Ini kerana susu sejat juga dibuat daripada pepejal susu namun tiada penambahan gula.
BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH SUSU PEKAT MANIS
Susu pekat manis sebenarnya boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan mencampurkan 1 bahagian susu sejat dengan 1 1/4 bahagian gula. Panaskan dan kacau sehingga gula cair, susu bertekstur pekat dan sejukkan. Atau boleh juga didihkan susu dengan gula sehingga ianya menjadi pekat (~60% kandungan air meruap).
Nota:
• Susu pekat manis yang sudah dibuka perlu disimpan dalam peti sejuk kerana jangka hayatnya berkurangan sekitar 2 minggu.
• Krimer manis/ sejat BERBEZA dengan susu pekat manis/ sejat. Krimer diperbuat daripada lemak minyak kelapa sawit. Sangat minima atau TIADA langsung kandungan susu! Oleh itu, baca label sebelum membeli.
JOM KENALI SUSU DALAM TIN
Sumber: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa di Malaysia pasti mengimpikan masa depan anak yang cemerlang penuh pencapaian dan kejayaan. Namun impian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa...