“Alhamdulillah Syukur. Sepatutnya Hari Ni Last Check Up…” Berkat Hari Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua

Share

Pelakon, Anzalna Nasir selamat melahirkan anak keduanya. Berita gembira itu dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up.

However, Allah works in a mysterious way,” tulis Finalis Dewi Remaja 2910 menerusi kapsyennya

Sebelum itu, isteri kesayangan Hanif Zaki meluahkan rasa menerusi Insta Storiesnya. Dalam perkongsian tersebut, dia memohon maaf serta mengharapkan semoga urusan bersalin dipermudahkan.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Minta maaf sekiranya ada buat salah silap.

“Doakan Anzalna dan baby dipermudahkan segalanya. Amin,” coretnya.

Pasangan ini  mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil Perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak sulung, Muhammad Eidrees pada 31 Mei 2019.

Sumber: Anzalna


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club
IKLAN