Allah tidak akan menguji umatNya tanpa kemampuan, ada yang diuji dengan dugaan sedikit, tak kurang yang ditimpa ujian besar. Namun sejauh mana seseorang itu mampu menerima segala ujian tersebut reda.
Bagi Bazli Hazwan Che Osman atau lebih mesra disapa Bazli dari kumpulan UNIC ini, kehilangan anak sulung, Mohd Syahid akibat penyakit barah Lymphoma adalah ujian yang cukup hebat pada mereka sekeluarga.
Berkongsi kisah tersebut bersama Ustaz Ebit lew di dalam program A Bit Wit Ebi nyata mengundang kisah di sebaliknya.
Akui Bazli, sepanjang tempoh rawatan arwah anaknya, beliau menyaksikan sendiri penderitaan kanak-kanak pesakit kanser lain yang lebih teruk daripadanya.
“Bila kita merintih pada Tuhan Ya Allah hebatnya ujian, esoknya bila saya pergi ke hospital katil sebelah lagi teruk. Ada kanser otak, bilik sebelah kanser saraf, ada mata yang terkeluar sebab wad peadiatrik.
“Bila saya fikir sedikit sahaja ujian aku ni. Di sana nak urus anak kanser sampai ada penceraian. Itulah sisi kehidupan di wad kanser. Ada yang buang kerja sebab nak kena urus anak. 4 hari urus rawatan anak, balik 4 hari cuti dan ada yang seminggu cuti sampai adayang kena buang kerja. Itulah antara cabaran.
“Kadang saya malu dengan Tuhan, Banyaknya Tuhan bagi nikmat, secebis ujian yang Allah berikan untunglah Allah bagi isteri yang saling bertukar-tukar. Bila kita nak lepas , lepas pada isteri dan beri keyakinan pada kita, “boleh bang.
Ini antara perkongsian Bazli Unic menerusi program A Bit With Ebit malam nanti.
Ads
Untuk rekod, anak Bazli bernama Syahid telah meningga dunia 7 Jun 2017.
Bazli turut memuat naik teaser berkenaan ptrogram tersebut di laman instagramnya.
Menerusi perkongsian ini, ramai yang memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada Bazli supaya terus kuat dengan ujian yang menimpa mereka sekeluarga.
fatimahahmad3110Kita rasa allah bagi ujian anak yg sakit ya allah besar betul ujian tapi bila kita berasa didalam wad kita jumpa pelbagai hamba yg menghadapi ujian yg sama bezanya sakit ank2 mereka hadapi..masa tu baru terdetik ya allah ada yg lagi susah yg allah bagi..macam saya berhwnti kerja walaupn berat nk tngglkn impia selama ini inginkn tapi demi anak saya korbankn.doakan anak saya perjugaan jantung kronik.
nurulbarakahAllahuuu.. Banyaknya nikmat Allah bagi berbanding secebis ujian yang kita perlu hadapi #deep
amrsaifuddnHanya dengan ungkapan ‘SABAR’ dapat membawa ganjaran yang menanti dan bernilai.
Ads
sitizubaidahmdderussalam ustaz…dlu sy slalu tngok dan bc kisah org…sekarang sy sedang lalui ujian mcm ustaz lalui dlu….doa kan anak sy kuat lalui semua nye…
rushour.my@mohdafif_ bila kite rasa diuji,tengok org yg lagi besar ujiannya
jocelynlee50Ujian tiap org lain2. Bersyukur akan meringankan segala yg berat.
saifulanuar8? subhanallah. Allah beri ujian hebat buat hambaNya yg hebat.
nasyreeqidlan@nazirahfawdzan kita jangan pernah mengalah, ujian saudara lain lebih hebat. Allahuakbar
akeem.rusmi@bazliunic ujian saudara hebat bagi sy,tapi bagusnya saudara anggap itu ujian kecil yg mana org lain lebih hebat lagi ujian dari Allah.Allahu,mulianya hati saudara ?
http_saraahhteringat tengok video yr son repeatedly.. i watched before dia sakit & sesudah..he’s a cute & smart boy..tiap kali tengok,im teary
Kisah adik ini tular sehingga dikenali sebagai kampung boy apabila gambarnya bersama-sama kerbaunya terpilih diperingkat dunia. Foto Muhammad Syukor Khamis bersama beberapa ekor kerbau memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
Terbaru salah seekor dari kerbau tersebut bakal dikorbankan untuk majlis menyambut menantu di dalam keluarga Syukor. Kerbau yang dinamakan Tongkol itu adalah kerbau kesayangan Muhammad Syukor Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.
Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukor sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.
Abang kepada Muhammad Syukor, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.
“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.
“Bukan sahaja Syukor, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.
“Tongkol sudah serasi bersama Syukor dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah,” katanya.
Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disembelih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya.
“Seharian Syukor muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.
“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukor.
“Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disembelih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.
Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.
“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu.
“Sampai masa ia akan disembelih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.
Tular di media sosial mengenai Syukor menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu.
Bukan calang-calang ibu ayah untuk membesarkan anak autisme. Cabaran sikap anak-anak sebegini memang menduga kesabaran.
Namun, hasil didikan yang betul anak-anak ini mampu berdikari dan bersikap baik.
Begitulah yang diceritakan oleh pemilik akaun facebook, Tuan Amir Danau yang berkongsi kisah anaknya seorang autisme jenis ADD + Aspergers.
Katanya sejak kecil anaknya dianggap sebagai seorang yang biadap disebabkan sikap yang tidak sensitifnya.
Namun ia tidak menjadi alasan untuk beliau dan isteri lepas tangan untuk membiarkan membesar dengan sikap begitu.
Berkat sabar dan ilmu yang ada, anak keduanya itu mempunyai kendiri yang baik sebagaimana yang dikongsikannya di facebooknya.
Seterusnya ikuti kisahnya. Moga jadi inspirasi!
NI ANAK NOMBOR DUA AKU, ISTIMEWA SIKIT LAH
Ni anak no.2 aku. Huzaeer nama dia. Sekarang umur dia dah 17 tahun. Dia yang ada ADD + Aspergers (ADD ni dalam kategori Autistik/autism jugak) tu. Bila ADD ni banyak jugak jenisnya dan minatnya.
Macam anak aku yang ni, dari kecik kalau dia pergi mana pun, biasanya orang akan cakap dia ni biadab, tak reti hormat orang dan tak sensitif langsung.
Tau pasal apa? Pasal dia memang jujur je, tak reti bohong. Dia akan cakap apa yang dia nak cakap. Kira kalau kau merokok depan dia, depan kau dia akan cakap jangan merokok. Merokok ni bahaya bla bla bla. Tak kisah depan siapa pun.
Anak ni aku besarkan lain sikit dari yang Hyper tu. Tapi tetap aku masukkan elemen tegas supaya dia tahu dalam rumah ada lagi orang yang lebih berkuasa yang kadang-kadang dia kena pilih untuk tolak tepi logik dia dan terima logik dari aku. Susah sikit tapi aku percaya, tak mustahil.
Pernah tu aku nak ajak semua keluar pergi masuk hutan yang ada sungai. Semua seronok. Sampai dekat dia, dia jawab,
“Nak pergi mana? It’s okey. Huzaeer taknak ikut. “
“Huzaeer, follow. Semua ikut. Dedi nak semua ikut.”
“But, why? Hurm, okey..”
Dia pun siap-siap lah dengan muka agak bosan. Bila sampai je sungai tu, dia start perangai bersahaja dia lagi. Macam nak taknak gitu lah. Mata dok hadap phone, telinga ada earphone.
“Jom, dah sampai “
“Huzaeer tak follow kot, duduk dalam kereta je”
“Follow lah, jom jom jom. Semua adik-adik dah turun ni”
“It’s my life, I have my own rule”
Dia cakap macam tu, tercabar jugak aku. Kalau anak normal lain yang cakap macam ni, memang aku dah rulerkan je kepala tu tau. Tapi layan anak yang ADD ni, jawapan kau kena bagi dia berfikir dan nampak logik. Sabar kena tinggi. Kalau layan sangat nanti letih dan hilang power, kena tengah-tengah.
“Ya i know. I have my own rule too. You duduk dengan dedi, naik kereta dedi so you kena follow Dedi punya rule. Thank you “
Dia macam biasa, dia pending kejap lepas tu dia kemas-kemas barang dia, dia turun. Bila dah masuk hutan, dia lah yang paling seronok. First time tengok benda-benda real yang selama ni dia tengok dan baca dalam internet je, hari tu dia dapat tengok depan mata.
“Dedi, lepas ni kalau nak datang sini bagitau lah. Senang saya nak siapkan kelengkapan saya”
Haa tau pun seronok. Ingat rule aku suka-suka ke. Ni Tuan Amir Danau lah, mana aku bawak anak jantan tu semuanya bersebab. Aku nak korang lasak dan belajar erti kejantanan dan tanggungjawab.
Memang mencabar
Membesarkan si anak no.2 ni memang agak mencabar. Kau boleh tegas, tapi kena selitkan permainan psikologi tu lebih sikit. Kau kena explain, kena bagi dia faham. Bila dia faham, senang sikit nak susun tu. Bila dia tak faham, kalau kau tak kuat hati, memang rasa nak pulas je tangan dia sampai dia menjerit. Dia akan persoalkan kaw-kaw. Bila kau tak dapat jawab, kan ke rasa tercabar. Rasa kalah sikit lah. Kalau Conor Mcgregor yang persoalkan ni, boleh lagi kita nak kicapkan sampai menggelupur mintak nyawa. Ni anak, mana nak lepas. Sabar je lah boleh kan. Kah kah.
Ini belum cerita part suruh buat kerja lagi. Kalau kau bagi arahan tak spesifik dekat dia contohnya kau bagi arahan macam ni,
“Huzaeer, tolong kemas rumah ya. Basuh pinggan dengan lap meja “
Dia angguk. Lepas dia habis buat kerja dia, kau akan tengok yang lain masih bersepah, pinggan dengan meja je setel. Haa ini pun masalah besar. Awal-awal tu memang rasa macam nak baringkan dia dekat atas meja makan, panjat tangga terus lompat hentak je kan. Bila tengok muka dia, oh ok. Masih anak. Nasib baik.
Boleh bayang tak kesabaran tu macam mana? Tapi aku seronok, ni ujian aku dengan isteri sebab Allah pilih berdepan uruskan anak istimewa ni.
Sungguh awal tu, aku mental juga. Lama-lama aku belajar untuk faham, dan sekarang aku dah faham. Aku jadi seronok. Benda ni ajar aku banyak sangat tentang kehidupan.
Anak ADD + Aspergers ni memang Rare. Dia ada banyak kelebihan lain, banyak lah juga kekurangannya. Kalau dia minat sesuatu tu, esok memang jadi je benda alah tu. Dekat rumah aku ni apa je dia tak buat sendiri? Panah? Sumpit? Beyblade? Pistol? Semua dia buat pakai barangan dia je. Last hari tu dia pernah request nak barang apa tah suruh belikan dekat farmasi. Bila tanya nak buat apa? Dia cakap nak buat bom. Dia tak melawak. Sebab ADD ni kalau buat lawak memang tak akan kelakar. Dia bukan macam korang yang tengok muka pun dah kelakar. Dia memang serius nak buat bom. Dan aku percaya kalau kitorang layan, mesti bom tu jadi.
Silap-silap bilik dia tu meletup dulu tempat dia uji bom dia. Banyak pulak duit aku nak melayan eksperimen yang boleh hanguskan duit gila-gila tu kan.
Seram kadang-kadang.
Hari demi hari, tahun berganti tahun, Alhamdulillah, banyak perubahan dekat Huzaeer ni. Untuk pengetahuan korang, kerja rumah dekat rumah ni hampir 70% dia yang buat, dari basuh baju, sidai baju, mandikan adik, cebok adik, buatkan makanan untuk adik, gosok baju, sapu lantai bagai.
Paling rare sekali semalam lah, dia borak dengan bini aku. Katanya sekarang dia solat dah penuh dah. Dari kehidupan yang tak tahu menahu pasal agama, pasal surah yang perlu di baca. Hari ni, kalau tak solat tu dia rasa tak selesa, rasa tak boleh tidur, gelisah semacam. Bila solat, dia senang tidur. Dia jadi tenang sikit. Dia dah macam excited dengan bab-bab agama ni. Nak tau lagi dalam. Walaupun sebelum ni aku rasa dia budak yang penuh dengan logik, bab tak logik ni payah dia nak terima.
Nak dijadikan cerita satu hari tu, barang dia hilang. Puas dia cari tak jumpa. Dia tanya bini aku, bini aku suruh dia doa dekat Tuhan. Kena yakin, Mohon pada Tuhan. Mesti jumpa nanti. Dia pun pergi, kejap tu dia masuk bilik bukan main happy. Dia dah jumpa barang dia lepas dia doa. Start situ dia jadi yakin banyak sikit dengan agama ni.
Pagi tadi aku whatsapp dia, suruh dia download Apps Muslim Pro. Aku suruh dia baca macam buku cerita je terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Biar dia tahu apa yang ada dalam Al-Quran tu yang boleh dia relatekan dengan Sains yang dia belajar.
“Huzaeer, kalau free ke atau rasa nak tau kisah-kisah power. Nanti u biasakanlah baca terjemahan Al-Quran. Baca sampai habis. Dalam tu banyak cerita yang sangat power. Tu direct dari Tuhan tu, Allah ceritakan macam-macam kisah. U minat sains kan? Dalam tu, Allah ceritakan Tentang hukum, peraturan hidup, tentang rumahtangga, tentang kejadian bumi, tentang sifat yang baik, tentang angkasa lepas, sejarah nabi-nabi dulu, tentang hak-hak dan banyak lagi. “
Kau tahu dia balas apa?
Dia payung Bluetick je. Kah kah. Ni memang perangai dia. Bila dia bukak lambat whatsapp tu, dia memang takkan balas. Sebab dia rasa macam malu nak balas sebab dah lambat.
Mudah-mudahan membesar jadi pejuang agama yang tegas dan tak mudah di manipulasi oleh kelompok-kelompok yang berkepentingan.
Kena ada tegas dalam mendidik
Untuk korang yang ada anak ADD+Aspergers ni, memang kena kuat semangat sikit. Dalam melayan kena ada tegas, supaya anak tu tetap dahulukan kita daripada pandangan dia sendiri. Dari awal aku risau gila dengan anak ni, bila hidup dia dengan speaking je, dengan layan serba serbi lifestyle western. Sampai aku cakap ke bini aku, kebiasaannya spesis macam ni kalau dibiarkan, silap-silap jadi atheis. Sebab depa ni hidup dia penuh dengan persoalan yang dia sangat-sangat perlukan jawapan.
Kalau tak layan atau jawab endah tak endah, haa bahaya.
Apapun, kuat semangat semua ibu-ibu, ayah-ayah yang terpilih dapat anak-anak istimewa ni.
P/s : Dua orang anak aku yang sikit istimewa ni. Sorang ADD sorang lagi ADHD. Yang ADHD hari tu aku dah ceritakan? ADD ni dia pendiam dan buat hal sendiri, ADHD ni pulak dia hyper, kuat bercakap, kuat menyibuk, dan suka tanya soalan yang dia dah tau. Dia tak boleh diam. Bayangkan macam mana nak susun mental layan dua jenis yang berlawanan. Tapi dengan ADHD ni aku tak berapa bagi chance sangat, sebab hati dia sekarang dah tak senang koyak. Yang ADD je aku layan sikit tenang, tapi ada tegas dia jugak lah.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di