Bersalin dalam kereta… Momen yang pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh ibu ini. Bukan semua orang dapat merasai situasi sebegini, namun mungkin sudah tertulis buat Athirah Yusof untuk merasai pengalaman yang pastinya sukar dilupakan seumur hidupnya.
Kisah yang menjadi bualan sepanjang hidupnya, yang akan diceritakan buat ‘anak bertuah’ apabila besar kelak.
Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Athirah Yusof menerusi laman facebooknya.
BERSALIN DALAM KERETA. Ini bukan cobaan.. Ini bethol bethol..🙈🙈
Memandangkan ramai gak kekawan yg piyem tepi suruh tya citer balik mcm mne keadaan bersalin dlm kereta aritu. So harini boring2 masih dok kt wad ni, kite buat la karangan utk korang hayati. Gittew.
17/2/2021 Pagi ni bangun je mcm biasa. Lps solat subuh, aku sambung tdo sbb badan letih.
9.00am – Terbangun sebab tetibe sakit perut. Rasa macam contraction sikit. Tapi disebabkan 3 hari sebelum tu dh kena false contraction.. malas nk pk sgt. So buat la rutin biasa. Godak cekelat. Buat chocojar. Tp time buat tu mmg rasa contraction dh on off. Tp x monitor timing.
Mama kena kuat
11.30am – masih menggodak cekelat #ChocojarByJismieKitchen. Tp rasa mcm dh x leh berdiri betol dah. Sakit yakmat.
12.30pm- husb ckp “pegi siap skrg, masuk kereta. Kite g hospital skrg”.
Ads
Zup zap bersiap dgn jalan yg x berapa nk kuat tu, 12.45pm gerak la kami berempat ke sepital.
Dalam perjalanan tu contraction makin lama makin kuat. Rasa mcm 2min sekali mcm tu. The struggle is real. Tak leh pk ape dh jerit tahan sakit sambil suruh husb drive cpt sikit. Paling best part Anas bg moral support “Mama tahan sikit ye, mama kena kuat.” Atiq plak bahagian bebel “Papa cepat la sikit, mama sakit tu”. Terharu dengar. Tp tgh sakit sangat2, tak terluah nk ckp terima kasih kat dua hero aku tu.
1.00pm- sampai je kat PPUM bangunan Kompleks Wanita & Kanak-Kanak. Husb pon tgh terpinga2 tatau nk ke mana. Aku suruh dia tny kat pondok polis bantuan.
Ngam2 Polis bantuan bukak pintu pagar n bgtau husb kena tekan button intercom utk panggil nurse. Ketuban pecah…
Baby menggelongsor keluar
Ads
Husb parking bebetol depan pintu kecemasan bersalin. Dia turun and tekan button intercom. Time dia turun tu aku dh rasa kepala baby kt bawah.
So aku xde pilihan, buka terus seluar and tetibe…
1.11pm- Ploopps, baby menggelongsor keluar. Maka lahirlah seorg baby girl, seberat 2.6kg lahir ke dunia ni. 😚
Terpinga sekejap Atiq & Anas tgk adik dia yg dah ade depan mata berlumuran darah tu.
Siap je husb azan & iqamatkan bby, dtg dua org nurse potong tali pusat baby & bawak aku terus ke Wad Bersalin.
1. Selalu doa, mintk2 la Kerajaan izinkan suami teman wife bersalin time covid ni. (Sekali bukan suami je teman, dgn anak2 sekali teman🙈😍) 2. Selalu doa, xnk buat swab test. (Sbb org ckp swab tu sakit) 3. Selalu doa, xnk contraction lelama. 4. Selalu doa, xnk kena seluk check jalan byk kali.
Ya rabbi, syukur sesangat. Allah permudahkan urusan bersalin kalini.
Ps: Sorry husband, Fitri Selamat sebab sepanjang jalan ke hospital sy marah2 awk suruh cpt.. thankyou gak sbb uruskan sy n uruskan anak2 sepanjang sy warded ni. Lebiu ❤️😘
#TheJAlegacy #KenanganBersalinDalamKereta
Dapatkan barangan baby dengan harga promosi di SINI
Jika dahulu, pepatah ini, ‘Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Yang Lain’, pasti kita membayangkan usaha dan tenaga cikgu mengadakan kelas tambahan untuk memastikan anak-anak muridnya berjaya. Kini selain tugas hakiki tersebut terdapat guru yang membuat kerja-kerja kebajikan untuk membantu anak murid yang miskin dan kurang bernasib baik.
Begitulah yang dilakukan olehMohd Fadli Salleh yang menguruskan urusan bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah yang disumbangkan oleh penderma buat anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan. Biarpun sudah hampir pertengahan tahun persekolah, bantuan tetap diberi kepada anak-anak ini.
Beliau juga sempat berpesan kepada anak-anak muridnya bahawa menghargai sumbang yang diberi dan tidak lupa diri. Menitipkan nasihat kepada anak-anak murinya agar ia menjadi pencetus kepada murid-murid ini menjadi seorang yang mensyukuri nikmat dalam kehidupannya
“Awak mungkin lupakan cikgu suatu hari nanti. Awak mungkin lupa wajah cikgu. Mungkin lupa nama cikgu.
Namun cikgu harap awak akan ingat kejadian hari ini. Kejadian di mana ada orang yang tiada hubungan persaudaraan dengan kamu datang membantu.
Cikgu sangat berharap kamu sentiasa ingat ada seseorang yang tidak melupakan awak disaat awak dan keluarga awak dalam kesusahan.
Awak mungkin seorang anak yatim pada hari ini, awak mungkin dari keluarga miskin hari ini, dan bila awak besar esok, beribu-ribu kanak-kanak senasib dengan awak diluar sana.
Awak bantulah mereka seperti mana awak dibantu hari ini. Bantu apa sahaja. Jika pun tidak kaya, bantu dengan tenaga. Bantu mengelap air mata.
Kita hidup tidak lama. Dan hidup ini bukan hanya berkisar tentang kita.
Jangan biarkan kitaran peduli seperti ini terhenti. Jangan biarkan putaran kebaikan seperti ini mati.
Jangan biarkan!
Cikgu tak marah jika kamu lupa cikgu suatu hari nanti. Namun cikgu sangat marah jika kamu hentikan kitaran kecaknaan ini!”
Itulah antara bait kata yang sering aku tuturkan pada murid bila aku kumpulkan mereka untuk serahkan bantuan dan sumbangan yang kawan-kawan kirimkan.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Menghantar dan menjemput anak dari pusat asuhan kanak-kanak menjadi rutin wajib ibu ayah yang bekerja setiap hari. Ketika sedang memandu, anak yang berada di sebelah tempat duduk penumpang biasanya tidak akan duduk diam dan mula bergerak bebas di dalam kereta.
Hal ini mungkin berlaku bagi anak yang tidak mahu kekal duduk di dalam carseat. Ibu ayah yang membenarkan keadaan ini kena buka mata. Cuba fikirkan nyawa anak jika apa-apa berlaku ketika pemanduan. BAHAYA! Itu yang ibu ayah kena tahu.
Walau macam mana cara sekalipun, anak menangis, tantrum dan mengamuk teruk, mak ayah kena pastikan anak sentiasa berada di dalam car seat. Ini yang sebaiknya. Perkongsian oleh Khairul Abdullah mengenai tip nak biasakan anak dalam carseat ini kita kena ikuti. Berbeza cara dan pendekatannya. Jom ikut tipnya.
BIASAKAN SEJAK KELUAR HOSPITAL
“Anak-anak saya kalau masuk kereta nak balik kampung atau ke mana pun, paling lama bertahan sekitar 30-40 minit sahaja. Lepas tu memang akan lelap. Bila dah lelap maka suasana aman damai. Bolehlah borak-borak dengan isteri sekejap sebelum dia pun lelap juga.
Tak kisahlah, janji diorang dapat tidur nyenyak dan saya boleh layan rock kapak kat Sinar FM. Paling penting adalah betapa anak-anak lebih selamat ketika berada di dalam kereta dengan seatbelt terpasang kemas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita.
Mungkin kita dah cukup berhati-hati, tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.
Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.
Memang benar, semuanya kuasa Tuhan, namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal.
Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, memakai seatbelt dan memandu dengan berhemah.
Ada yang cakap, anak saya susah lah tak nak duduk dalam carseat, nanti menjerit, tantrum dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan yang mereka akan memberontak bagi yang tak biasa. Anak-anak saya sudah dilatih ketika hari pertama keluar dari hospital lagi, jadi tiada masalah buat mereka untuk duduk diam di dalam carseat masing-masing.
Bagi anak yang berusia 1-5 tahun dan baru hendak mula belajar menggunakannya maka ianya pasti sukar. Namun ianya tidak mustahil sekiranya kita sebagai ibu
bapa terus berusaha.
Berikut adalah beberapa tips asas yang mudah untuk dicuba.
1. Berikan yang terbaik.
Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada “3 point harness” ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.
2. Mulakan dari kecil
Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.
Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.
3. Biasakan
Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.
Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.
4. Kelengkapan
Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka. Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka, namun kalau boleh elakkan. Dah terpaksa sangat maka berikan gajet tersebut.
5. Rutin Peringatan
Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.
6. Waktu rehat.
Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka. Kalau mereka tidur maka boleh teruskan.
Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.
7. Puji-pujian
Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-
sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.
8. Tiada pengecualian
Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga. Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt.
Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.
Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.
*******************
Tips asas di atas adalah rutin. Ianya perlu dilakukan tanpa selang dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Kalau tidak rutin maka anak-anak merasakan yang ianya tidak serius dan mereka boleh “negotiate” dengan anda untuk tidak menggunakannya dengan melepaskan tantrum.
Walaupun diasuh sejak bayi menggunakan carseat, ketika umurnya 8 -16 bulan, mereka akan mula meragam dan tidak mahu duduk lama di dalam carseat. Maka tips nombor 3-7 harus dipraktikkan. Tetapkan hati dan terus mengamalkannya walaupun ribut dan badai melanda.
Namun, selepas anda berjaya melakukannya maka anda akan tahu betapa leganya dan senangnya hati anda memandu tanpa gangguan. Dapat bercinta suami isteri sambil makan jeruk Pak Ali tanpa perlu berkungfu dengan anak-anak.
Paling best nanti bila awak seorang diri, suami atau isteri tak ada pun awak boleh memandu dengan anak dibelakang tanpa gangguan.
Namun paling penting, anda telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberi keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak anda. Kalau
apa berlaku anda tidak akan ralat lagi kerana telah mencuba sebaiknya.
Ujian besar ditanggung Datuk Aaron Aziz apabila dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.
Pendedahan tersebut dibuat oleh anak kelahiran Kota Singa baru-baru ini menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram.
Pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurut Aaron lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan. Namun terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.
“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.
Malah, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.
Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.
Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.