Ujian besar ditanggung Datuk Aaron Aziz apabila dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.

“Bekerja Dalam Kesakitan, Hanya Tuhan Tahu Apa Saya Rasa.” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Perlu Jalani Pembedahan!Pendedahan tersebut dibuat oleh anak kelahiran Kota Singa baru-baru ini menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram.

Pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurut Aaron lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan. Namun terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.

“Bekerja Dalam Kesakitan, Hanya Tuhan Tahu Apa Saya Rasa.” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Perlu Jalani Pembedahan!“Bekerja Dalam Kesakitan, Hanya Tuhan Tahu Apa Saya Rasa.” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Perlu Jalani Pembedahan!“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.

“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.

Malah, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.

“Bekerja Dalam Kesakitan, Hanya Tuhan Tahu Apa Saya Rasa.” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Perlu Jalani Pembedahan!Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.

IKLAN

Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.

“Bekerja Dalam Kesakitan, Hanya Tuhan Tahu Apa Saya Rasa.” Aaron Aziz Dedah Hidap Tumor, Perlu Jalani Pembedahan!Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 Sumber: aarondwiaziz


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI