Pemergian arwah suami dalam keadaan mengejutkan sukar untuk diterima. Lebih memilukan, berita kehamilannya juga tidak sempat diketahui arwah.
Balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun dalam satu kenyataan berkongsi rasa sedih dan hiba kerana suaminya tidak sempat mengetahui yang dia sedang hamil.
“Dua hari (selepas) arwah tiada, ada kawan yang kenal saya bertanya, mengandung ke Saya terkejut, betul ke saya mengandung, sebab dalam sebulan lebih kebelakangan ini, saya tidak buat pemeriksaan, saya rasa biasa saja.
“Tetapi tengok keadaan badan memang rasa naik, berat badan naik, makan pun tak berapa banyak sebab sedang diet, sampailah doktor dan kaunselor datang jumpa saya dan dia bertanya kenapa badan berisi dan kemungkinan mengandung,” ujar Nour Shafinar.
Tambahnya lagi, dia kemudian menggunakan kit ujian kehamilan sebelum mendapati dirinya sah hamil. Walau bagaimanapun, dia tidak pasti akan usia kandungannya kerana masih belum ada kesempatan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor.
“Saya kuatkan hati, buat pemeriksaan guna alat ujian kehamilan, saya tengok (positif), Alhamdulillah saya mengandung, cuma saya sedih, arwah tak sempat tahu saya mengandung.
Ads
Beliau sebelum itu menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengah hari berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan Nour Shafinar dan keluarganya.
Sementara itu, Nour Shafinar, 31 dan keluarganya juga tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas insiden yang menimpa suaminya.
Beliau berkata, sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam pasukan tentera, dia memahami risiko keselamatan yang dihadapi sama ada ketika latihan atau bertugas.
Ads
“Saya juga seorang penembak dan memang selalu bermain dengan peluru hidup, saya juga kenal rapat dengan kawan-kawan arwah ketika demonstrasi itu.
“Jadi saya minta semua pihak tidak membuat spekulasi atau andaian mengenai kejadian itu, saya serahkan sepenuhnya kepada siasatan pihak berkuasa,” katanya.
Menurut Nour Shafinar lagi, mengikut perancangan asal, dia dan tiga anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia 6 bulan, berpindah ke Ipoh pada November nanti sementara arwah akan memohon bertukar tempat kerja.
“Tetapi ketentuan tuhan tiada siapa yang tahu, buat masa ini saya perlu uruskan beberapa perkara berkaitan arwah dan daftar sekolah anak-anak, bila semua urusan selesai, kami akan berpindah dan mulakan hidup baru di sini, sama seperti yang diminta arwah,” katanya.
Ads
Nour Shafinar yang menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera di 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja, Jun lalu berhasrat untuk meneruskan minat Allahyarham dalam perniagaan.
Katanya, selain tugas ketenteraan, Allahyarham juga sebenarnya mahir dalam mereka bentuk baju yang digunakan anggota dalam program dan misi-misi khas menerusi label Zeck’s Empire yang diusahakan bersama sejak dua tahun lalu.
“Saya sendiri pun akan teruskan perniagaan perancang perkahwinan saya, buat masa ini mungkin akan mulakan secara kecil-kecilan dulu seperti buai berendoi dan mini pelamin,” katanya.
Mohd Zahir yang merupakan Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9.28 pagi kelmarin selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Jenazah selamat dikebumikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, semalam.
Sebelum ini, berita kehamilan Nour Shafinar dikongsikan oleh kakaknya menerusi laman facebooknya.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan kebun dirosakkan oleh binatang liar.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Sebelum ini ayah saya guna minyak kibas untuk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau rimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat.
Aroma kencing harimau yang berada di paras tanah menyebabkan haiwan seperti babi hutan, ular, tikus, musang, memerang, monyet, gajah, tupai dan lain-lain akan terkesan dan lari dari kawasan tersebut.
Cubalah buat, tengok teori orang kampung berkesan atau tidak.
Ini cara membuat air kencing harimau tiruan dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu belacan dan ubat gegat sahaja.
Hancurkan dua bahan ini. Gaul bagi sebati. Masuk dalam botol. Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.
Fasa kesukaran hidup yang dilalui oleh sebilangan besar antara ahli keluarga kesan daripada pandemik Covid-19 ini wajar didepani dengan sikap yang positif.
Biar ada ketua isi rumah yang telah kehilangan punca rezeki, isteri dan anak-anak perlu bijak memainkan perananan agar sama-sama terus bangkit dengan usahakan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk anak beranak.
Senario ini dikongsikan sendiri oleh doktor ini tentang beberapa kisah yang terjadi di kliniknya.
Jom kita baca agar perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bangkit bersama bagi merancakkan ekonomi keluarga.
Sepanjang PKP (hingga sekarang), setiap hari ada sahaja pesakit datang ke klinik mengadu hilang kerja atau pendapatan seisi rumah berkurang sampai tak cukup nak sara hidup.
Kebanyakan mereka datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk jadi penghantar makanan. Sebahagian pula datang untuk ambil suntikan vaksin tifoid, untuk mula meniaga makanan.
Apa yang buat saya rasa ralat adalah; ada antara mereka ni yang dah berumur lebih separuh abad. Paling tua yang saya jumpa adalah pakcik berumur 56 tahun. Dah ada cucu dah.
“Cucu dah nak start taska. Ayah dia belum dapat kerja tetap, sekarang kerja GrabPanda. Duit tak cukup nak bayar taska,” kata pakcik tu.
Ayah mana yang sanggup lihat anak susah, inikan pula seorang datuk nak lihat cucu dia ada kekangan nak sambung sekolah. Sebab itu pakcik ni nak kerja jadi penghantar makanan juga. Nak bantu anak dan cucu.
Sedih bila membayangkan pakcik ni kena ke sana ke mari, redah panas dan gerimis untuk hantar makanan dari kedai-kedai ke rumah-rumah, demi untuk pastikan cucu boleh pergi taska nanti.
Seorang lagi emak, diajak oleh anaknya yang berumur 16 tahun untuk ke klinik. Budak tu nak menjual nasi lemak di hadapan rumah untuk bantu tambah pendapatan mereka sekeluarga.
“Saya kata dekat dia, nak jual depan rumah je, tak payahlah nak inject (suntikan tifoid). Lainlah nak ambil lesen meniaga,” kata emaknya, sambil buat muka tak puas hati.
“Kita nak jual makanan, kenalah ambil. Tak kisahlah nak ambil lesen ke tak. Benda ni kan untuk elak kita sebarkan penyakit pada orang, bukan untuk lesen,” jawab anaknya.
“Masalahnya, injection ni mahal! Faham tak?” balas maknya.
Saya tak tahu nak sokong yang mana. Si anak, bagus sudah pemikirannya. Keselamatan pembeli perlu diutamakan. Si emak punya keengganan pun ada asasnya. RM70-80 tu bukan nilai kecil.
Entahlah…
Ini antara cerita, daripada berpuluh-puluh masalah yang saya dengar dan saksikan sendiri sepanjang PKP ni. Tak tahu nak tolong bagaimana dah. Paling-paling kos pemeriksaan dan suntikan tu, saya bayar kepada klinik guna duit saya sendiri.
Tak bolehlah saya tak caj, kerana klinik saya pun nak hidup juga. Ada kos nak ditanggung, ada pekerja nak dibayar. Jadi, klinik caj pesakit, tapi saya yang bayar dari poket saya. Biar saya tanggung, bukan klinik.
Klinik saya pun terkesan juga dengan keadaan semasa. Gaji saya pun dipotong 50%. Namun, Alhamdulillah masih bolehlah meneruskan hidup, ada simpanan, ada sumber pendapatan lain.
Pendek kata, semua orang terasa impak daripada wabak COVID-19 ni, namun setiap orang lain dugaannya. Ada yang masih mampu berdiri, ada yang jatuh tersungkur ke tanah.
Sama-samalah kita bina semula ekonomi kita.
Kita sokong perniagaan di kawasan rumah kita, di kawasan tempat kerja kita. Utamakan perniagaan kecil-kecilan, berbanding perusahaan mega. Utamakan perniagaan tempatan, berbanding luar negara.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seseorang. Sebab itu kita kena kawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang dikongsikan Puan Zeta Azzahra Abd Rahman. Yang ada masalah kolesterol tu bolehlah cuba petua ni.
Tapi jangan pula abaikan pengambilan ubat dengan doktor. Tak semua petua itu sesuai, segalanya bergantung kepada penerimaan tubuh seseorang.
Air Kentut kata si kecik mak aji. Sila baca sbb resepi di dalam entry ini.
Terima kasih pada semua di MAHN. Viral sekejap dan siap ada perkongsian dr Majalah Mingguan Wanita, di insta dll serta di radio. Tahun baharu ni baru berkesempatan bg tutorial nya.
Resepi utk seminggu atau kdg2 boleh jadi utk 3 ke 4 hari bagi mak aji lah. Mungkin juga boleh jadi utk sebulan (stok sejuk beku ).
Boleh tgk pada gambar tersebut. Semoga bermanfaat.
Harapnya diamalkan secara konsisten.
Kesannya..berbeza2 mengikut individu rasanya.
Sebab..
Mula2 dulu..kolestrol tak turun mana. Tapi berat badan mak aji turun. Lama kemudian dia stagnant..itu je, tak turun2 beratnya. Tp tetap minum. Kemudian baru lah dtg berita gembira.
Time turun kpd 3.3 tu baharu lh mak aji berani share dgn semua. Skrg mak aji jumpa doktor utk review kolestrol setiap 6 bulan sekali. Mak aji mmg tiada kencing manis dan darah tinggi. Jd mak aji tidak pasti adakah ini sesuai sbg remedy atau usaha mengurangkan bacaan diabetes atau menurunkan tekanan darah tinggi ye. Sbb ramai yg tanya.
Mak aji sarankan diambil/minum/amalkan sekurang2nya dua gelas sehari. 1 gelas pagi sebelum sarapan atau jika rasa tidak boleh, selepas sarapan. 1 gelas lagi sebelum dinner, atau mgkn selepas dinner. Jgn minum sebelum nk masuk tidur, takut nanti perut tak selesa kan?
Minum ikut kemampuan badan sendiri ye. Jgn sampai memudaratkan diri. Kalau dah biasa mcm mak aji, sehari mmg boleh habis 2L.
Yg sudah sedia ada makan ubat kolestrol yang diberi doktor, sebaiknya tanya doktor. Ubat wajib makan.
Mak aji hanya kongsi remedy utk normalkan atau setidak2nya menurunkan bacaaan kolestrol.
Mak aji mmg doktor nak ON kan ubat kolestrol pada masa tu. Cuma mak aji bincang dan bgtau doktor mak aji nk cuba secara natural/alami dan berusaha jaga makan dan exercise.
(Siapa yg pernah baca post terdahulu mak aji tentu dah tahu)
RESEPI : ada pada setiap gambar supaya lebih faham
Air 6L (4 x 1.5L botol air) Lemon 3 biji sahaja (anggaran berat 600g ke 700g) Halia 3 ke 4 ketul ( anggaran berat 600g ke 700g) Nenas separuh (buah besar) kalau buah kecil, guna sebiji. *******************************************
Mak aji sediakan 6L utk 3 ke 7 hari. Bykkan minum air kosong juga ye. Mak aji ni pagi2 minum je nescafe ais. Tp sblm sarapan, mak aji minum dulu segelas.
Mak aji cikgu. Kurang exercise mcm zumba tu,atau jogging. Mak aji cuma naik turun tangga di sekolah shj dan jalan2 dlm mall.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.