Penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu kini mengalami sedikit masalah apabila kedua-duanya tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata, doktor bimbang keadaan tersebut boleh mengakibatkan dirinya melahirkan bayi pramatang.
“Sekarang usia kandungan dah 31 minggu. Tadi, saya pergi buat pemeriksaan, doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit.
“Sorang baru 1.1kg, sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doktor suruh cucuk dexa (dexamethasone),” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Ads
Menurut Ainan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu. Esok kena cucuk lagi untuk dos kedua
Ads
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat bayi tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang saya kena bersalin awal je,” katanya.
Pada masa sama, Ainan turut memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya kali ini dipermudahkan.
“Allah.. Ainan tak bersedia lagi. Tak boleh bayangkan bayi masuk NICU dan kena berpantang tanpa bayi di sisi.
Ads
“Sekarang nak terus positif je. Harapnya bayi membesar dengan baik dalam perut dan dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa daripada kalian semua ya,” luahnya.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pembukaan sempadan negara Malaysia-Singapura baru-baru ini sungguh bermakna apabila menyatukan kembali keluarga yang terpisah selama 2 tahun akibat wabak covid-19.
Sebelum ini pernah tular sekeluarga melambai ayah mereka dari Tambak Johor untuk melepaskan rindu, sambil membuat panggilan video.
Siapa sangka, setelah dua tahun berpisah, mereka bersatu semula di mana ayahnya membuat kejutan pada setiap anak-anaknya.
Mereka masing-masing terkejut dengan kewujudan ayah mereka di rumah, berpelukan dan bersalaman dengannya. Malah ada yang menitiskan air mata setelah lama tidak bersua.
Dalam video tersebut juga, anaknya sempat ucap syukur dan terima kasih pada Allah atas nikmat disatukan kembali dengan yang tersayang.
Malah, pemilik akaun Tiktok yang dikenali sebagai Haifa Hassaney juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ayahnya.
Video yang dikongsikan itu meraih 3.3M dan rata-rata akui sebak dan turut menitiskan air mata menonton video tersebut. Malah ada juga berkongsi cerita kehilangan yang tersayang.
Kisah adik-beradik ini pernah tular sebelum ini apabila si abang menunjukkan keprihatinan dan sikap penyayang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa .
Dikenali sebagai ‘Makhlok Macho’ di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari sangat famous di laman sosial kerana sering menghasilkan video bersama adik istimewanya iaitu Afiatul Salsabila.
Dia yang digelar si abang penyayang berkongsi video gelagat nya menyakat si adik begitu mencuit hati benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial.
Sehingga kini, aksi dua beradik ini tetap menjadi perhatian warganet. Walaupun si abang sudah pun mendirikan rumah tangga, namun hubungannya dengan adik tetap utuh.
Sikap sporting isteri yang turut serta di dalam setiap video menunjukkan dia boleh menerima insan istimewa ini.
Terbaru Bengah berkongsi berita gembira yang isterinya kini sedang berbadan dua. Berita tersebut dimuat naik di dalam instagramnya.
Apa yang melucukan, jika sebelum ini dia sering dimarahi isteri tetapi kali ini isterinya menangis kesukaan.
Syukur Alhamdulillah atas kurnian rezeki ini.. . Kita (suami) nak tanya lebih lebih takut isteri stress. Kita diam jela.. nak bagitahu umum macam terlalu awal. Harini pergi klinik buat pemeriksaan.. dan isteri cakap “KITA DAH JADI SEBUAH KELUARGA” awww… pedih mata kena jerebu! 🥺 . Macam biasa la.. Suami dah plan nak bagi bunga pada isteri tanda kasih dan sayang suami pada isteri. Suami akan jaga isteri dan anak kita.. yang ni kelakar sikit. bagi bunga ros pon kena marah! 😅 bagi dua jambak bunga terus menangis! 😂 suami tahu kesukaan isteri ialah dapat hadiah bunga.. 😊🌸
. Terima kasih yang memberi ucapan dan yang mendoakan juga. jangan penat berhenti berdoa.. Aku dah jadi Ayah.. amin ya rab. Allah Sayang 🌸 . ALLAH HUAKBAR . Sukar nak digambarkan dengan kata kata perasaan ni. level berapatah perasaan ni.. 😭 . Alhamdulillah.. Terima Kasih Cinta. Suami Sayang Isteri.. 🌹 . #AbangYangPenyayang #DahPutihPonPakaiBedak #MakhlokMachoJr
Jika masih ada yang ingat dengan kisah Prof Dr. Midhat Nabil yang pernah viral ketika dulu apabila berkongsi episod hidupnya dari seorang yang pernah gagal hingga berjaya bergelar seorang profesor. Benar, begitu banyak halangannya dan kegigihannya itu yang harus dijadikan inspirasi.
Bertepatan dengan niatnya untuk terus menyuntik inspirasi buat anak-anak yang sedang belajar, beliau turut berkongsi tip di awal-awal tahun ini di akaun fbnya. Jom semak untuk manfaat bersama.
Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM pada tahun ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.
1) Pastikan untuk mengulangkaji semenjak awal. Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya. Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua matapelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulangkaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulangkaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur). Hindarkanlah diri dari sifat malas. Bayangkanlah dengan mengulangkaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi dikemudian hari.
2) Elok untuk mengulangkaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain. Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain. Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergossip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergossip pasal artis, yang tu memang salah. Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).
3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’. Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita. Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulangkaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian. Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Ulangkaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!
4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik. Walaupun kita sudah mengulangkaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sessi menjawab soalan nanti. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, supplement tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.
5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta bonda. Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya. Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik2 peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.
Kepada yang mengambil peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM atau apa2 jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang. Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah s.w.t. jua…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.