Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEREBUT TEMPAT DUDUK BALIK DARI SEKOLAH
Sebagaimana laporan Harian Metro, ibu mangsa mendakwa remaja berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Johor
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Ads
BALING PISAU KE ARAH MANGSA
Gambar sekadar hiasan
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
“Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon senior, Datuk Paduka Mustapha Kamal yang bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni tahah air.
Beliau sangat terkenal dengan watak CEO syarikat yang sering dimainkannya. Malah ada yang menggelarkannya sebagai ‘Ceo Megah Holding’ atau ‘Papa Megah Holding.’
Terbaru menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok milik anaknya, @salsabil.qurani yang baru berusia 18 tahun mengucapkan selamat hari lahir buat bapa tersayang. Gelagat bersahaja Mustapha Kamal berada di sisinya anak ketiganya itu telah menarik perhatian netizen.
Pelbagai komen nakal dan mencuit hati yang di ruangan aplikasi berkenaan. Ia termasuk menawarkan diri untuk menjadi menantu dan dialog yang menghiburkan.
Untuk rekod, Mustapha mendirikan rumahtangga bersama Susan Manen yang juga merupakan pelakon. Mereka dikurnikan empat orang anak iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani dan Naqli Qaddiem.
Baru-baru ini trending isu berhubung jenama “Harimau Menangis” di media sosial sehingga syarikat Noor Khan Enterprise tampil membuat penjelasan menarik balik permohonan penjenaman Harimau Menangis daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Kontroversi timbul ekoran susulan penularan sebuah video yang mendakwa pemilik bisnes tersebut menghalang mana-mana pihak menggunakan nama yang sama sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet yang dijuga merupakan peniaga yang menjual produk sama. Hakikatnya nama daging harimau menangis telah digunakan sekian lama dan rasanya paling sedap dan lembut juga merupakan kedudukan dicelah tulang belakang lembu. Ada yang kata susah nak dicapai oleh mulut harimau, barangkali itu yang digelar ‘daging harimau menangis!
Terbaru Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj juga turut terpanggil untuk berkongsi padangan mengenai daging harimau menangis ini menerusi muat naik di instagram milik banginda.
Menurut baginda Tunku Azizah, daging berkenaan adalah bahagian dari lembu. Orang johor memanggilnya daging tetel. Ini juga diketahui daripada arwah Dato Hussin.
Malah baginda sendiri turut gemar menggunakan daging tetel untuk memasak mee rebus johor.
Tunku Azizah juga mengatakan tidak salah mengunakan nama daging harimau menangis kerana bahagian daging lembu memang ada nama tersebut. Cuma nasihatnya perlu mengunakan nama hidangan lauk apabila menggunakan nama bahagian daging harimau menangis.
Ikuti perkongsian baginda Tengku Azizah.
“Memang ada bahagian lembu yang org sebut ” daging harimau menangis ” atau di Johor kita sebut daging tetel ….. dan Aruah Dato Hussin pernah hantar kpd saya …. dan dia cerita kepada saya ” bahagian yg paling sedap sampai harimau pun menangis kalau tengok lembu dan akan makan bahagian itu dahulu ” ….. saya selalu gunakan utk masak mee rebus johor … bahagian ini memang sedap sekali …… Ibu neelofar @noorkartini tdk salah …. cuma nama masakan itu sepatutnya “daging lembu harimau menangis masak ……….??? “… name the dish ….. dia tidak salah kerana ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis ” ….. saya harap semua faham dan terima penjelasan dari saya ….. mungkin org muda tdk tahu , tapi kalau tanya org tua… dia tdk salah ! cuma saya nak tahu , tetel tu dari bahagian mana … is it the belly ? @noorkartini tdk salah, cuma kena “name the dish” using daging harimau menangis ….. i maybe wrong, but to me tetel and harimau menangis is from same part …. kalau saya salah tolong betulkan …. pokok nya memang ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis” … seperti juga sy menangis kalau tengok lamb shank.
Sebenar nya, daging harimau manangis ialah bahagian dari lembu, kalau orang johor dia panggil daging tetel .. Aruah dato hussin beritahu saya.
Daging harimau menangis atau tetel, lembut dan berlemak ….Dato Hussin hantar kepada saya untuk hari raya.
Kalau orang johor buat dalcha, singgang atau asam pedas atau soup. Memang ada bahagian lembu yang di panggil harimau menangis kerana apabila harimau nampak lembu ia akan menangis melihat bahagian itu.
Seperti juga daging batang pinang atau musir .bahagian harimau menangis memang sedap, lembut… lemak campur daging. Tidak salah sebut daging harimau menangis kerana itulah nama bahagian itu .. tetel.
Selebriti popular Korea Selatan Hyun Bin dan Son Ye-Jin pernah menjadi Fenomena menerusi drama bersiri Crash Landing On You (CLOY).
Pembabitan dalam drama itu akhirnya membawa pasangan ini ke satu fasa lebih intim sebagai kekasih. Cinta mereka bersemi bermula Mac 2020. Selain CLOY, mereka juga pernah bergandingan menerusi filem The Negotiation pada 2018.
Hubungan mereka turut mendapat restu peminatnya dan kini mereka sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup. Hanya dihadiri ibu bapa mereka, saudara dan rakan terdekat.
Pasangan tersebut telah berkongsi majlis gembira dan mengeluarkan foto-foto pra-perkahwinan melalui agensi masing-masing.
Selepas beberapa kali dilihat bersama, mereka secara terbuka mengakui bercinta pada Januari 2021.
Pada Februari lalu mereka mengumumkan bakal berkahwin.
Seperti dipetik Soompi, agensi memaklumkan pasangan itu akan mengadakan majlis perkhawinan mereka pada Khamis.
“Majlis ini akan diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi dengan Covid-19, jadi kami memohon pengertian anda semua.
“Kami berkongsi berita itu dengan gambar perkahwinan mereka.
“Kami merakamkan rasa terima kasih yang mendalam atas sokongan yang dihantar kepada mereka untuk permulaan kehidupan baharu,” ujar agensi.
Hyun mula mencipta nama sejak 2003 menerusi sitkom Nonstop 4. Kemudian, dia menjadi kegilaan ramai selepas menjayakan siri My Lovely Sam-soon dan Secret Garden.
Son pula mencipta nama selepas membintangi filem Lover’s Concerto dan The Classic. Dia turut popular menerusi filem A Moment to Remember.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.