Baru pulang mengerjakan Umrah bersama suami dan anak-anak, Mua Bellaz berkongsi berita gembira sedang hamil anak keempat.
Biarpun dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Utara ini tidak menyebut secara jelas, namun ‘ hint’ Yang diberikan jelas menunjukkan dia kini sedang berbadan dua.
Assamualaikum doa baik2 Insyallah rezeki … Allahuakbar 👶🍼 patutlah tgk nasi arab xlalu nk makan 😅
Demikian perkongsian ringkas Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini yang dimuatnaik menerusi media sosial miliknya.
Untuk rekod, anak ketiga pasangan ini adalah Muhammad Aisy Ean Yusuf. Lahir pada Julai tahun lalu, si kecil ini menjadi kegilaan ramai dek kerana kecomelannya.
Walaupun masih kecil, bayi lelaki ini juga telah berjaya meraih lebih 21 ribu pengikut di laman Instagram.
Ads
Dua lagi anak pasangan ini adalah Nur Airis Alisha dan Mohd Aidil Mikhali.
Rata-rata pengikut Mua Bellaz menitipkan ucapan tahniah atas rezeki yang diperoleh Bellaz dan suami kerana bakal menimang ahli keluarga baru tidak lama lagi.
fezolznina MashaAllah tabarakallah. Alhamdulillah.. tahniah bella.. ❤️ doakan kami yg ttc ni naa.. moga next yr dikurniakan zuriat.. aaminnn ya mujib..
Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi momen meraikan anak sulung Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah yang baru menyambut hari lahir baru-baru ini.
Uwais Al Qarni yang kini berumur 10 tahun dilihat hadir bersama dua lagi adiknya di dalam dalam majlis yang diadakan khas oleh pemilik nama sebenar usahawan produk kesihatan dan kosmetik ini.
Menurutnya lagi, majlis tersebut diadakan kerana dia tidak berkesempatan hadir ketika sambutan hari lahir Uwais baru-baru ini.
”
Dalam perkongsian tersebut DSV meminta semua orang menitipkan bacaan Al-Fatihah khas buat Allahyarham Siti Sarah sebelum bermulanya acara memotong kek.
HAPPY BIRTHDAY UWAIS 🌟 Maaf Mama Vida tak dapat datang Masa Uwais celebrate haritu. So Mama Vida Celebrate sekali lagi . Semoga Uwais & Adik adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu , Jadi anak Daddy yang HEBAT . Ramai Ramai kita sedekahkan Al – Fatihah kepada Bidadari Syuga @sitisarahraissuddin
Ibu bapa tiada galang gantinya, berbaktilah kepada mereka selagi hayat masih ada. Usah terlalu mengejar kejayaan, kekayaan kerana perginya mereka, maka hilanglah keredhaan Dia.
Kisah ini cukup menyentuh hati. Bagaimana rajuk seorang anak menyebabkan dia akhirnya menyesal. Namun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia tiada gunanya. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan oleh Nomie Mat Lias ini.
Balik dari kantin tadi, terserempak dengan staf yang dalam gambar tu.
Terus saya sebak teringatkan berita dari seorang kenalan.
“Kakkkkk.. Mak saya dah takde.”
Hiba dan sayu suara Ina dalam telefon.
Saya kenal Ina sejak 2018, tika itu menunggu emak kami sama² masuk di wad di Hospital Temerloh.
Sedikit tentang Ina.
Ina lewat 30an, masih single. Ramah Wanita bekerjaya, korporat – Lady Boss. Ibunya pula pesara guru, sekitar 68thn. Ayah telah meninggal dunia. Punya 1 orang Abang & 1 orang adik perempuan.
Abang & adik telah berumahtangga.
Dalam sendu, dia bercerita:-
“Saya tak sangka kak, ingat Mak tak teruk sangat. Rupanya Mak menanggung sakit dia. Abang dan Adik tahu, patutlah diaorang suruh sangat saya ambil cuti.
Saya kesal sangat. Saya memang degil kak. Saya keras hati. Punca dia, saya dulu berkenalan dengan seorang lelaki. Boleh tahan lah rupanya.
Kami berkawan 2-3 tahun, tapi Mak kurang setuju. Bila saya balik rumah, Mak selalu cakap,
“Saya merajuk. Saya sibukkan diri dengan kerja, kerna saya tahu Abang & Adik ada di kampung. Saya tak perlu risau nak hulur duit belanja Mak, sebab Mak ada pencen.
Saya teruskan hubungan dengan A. Cumanya yang saya sendiri tak tahan, A ni jenis baran. Mudah naik tangan. Kerja bertukar². Tak pernah kekal lama di satu² syarikat. Macam² saya belanja, yang paling besar, minta saya bayarkan deposit kereta dia.
Dalam setahun, rasanya 10x kot saya yang kena bayar installment kereta tu.
Kemuncak yang saya naik hangin, 2016, ada pulak budak pompuan call. Katanya Mira, budak KL. Dia kata A ni tunang dia, nak nikah bulan 6. Saya memang terkejut sangat!
Saya nekad stop dengan A. Dan saya fokus pada kerja saja. Oh kereta A, kena tarik dek bank sebab tak mampu bayor. Padan muka dia! Padan muka saya juga. Duit habis membazir. “
Bila Ina fokus kerja, saya memang jarang² balik jumpa Mak. Banyak trip ke luar negara dan mesyuarat sana sini.
“Lagipun Mak seakan merajuk hati dengan saya. Hanya sesekali kami bersembang dalam telefon.
Awal tahun ni, Mak ada call saya. Mak ajak saya balik kg, nak buat tahlil sikit di rumah. Dah lama tak kenduri. “
Saya pun cakap, “Alah Mak, hantar jela lauk pauk ke Masjid. Tak payah kalut di rumah. Nanti nak kemas umah lagi, nak layan orang lagi. Sape nak buat?!”
Lama Mak diam. Satu ayat Mak yang masih terngiang², lembut bicaranya:-
“Mak tak suruh Akak buat kerja, Mak minta balik saja. Abang, Adik dan sedara mara kita insyaallah ada nak tolong. Diaorang dah setuju.
Takpelah Kak, kalau dapat balik, Akak balik. Tak dapat, tak apa. Mak faham, anak Mak orang besar, sibuk.”
Saya tika itu serabut sedang urus satu program besar anjuran syarikat. Jemputan orang² besar negara. Jadi saya abaikan permintaan Mak.
Dalam hati, Iblis berbisik, “Sikit je, tahlil arwah je pun. Bila² pun boleh doa”.
Dan ya, saya kejam. Saya pentingkan diri. Saya tak balik kenduri.
Seingat saya, memang saya takde berhubung dengan Mak selepas itu.
Awal bulan Feb, Adik call, Mak masuk wad.
“Balik lah Kak. Mak sebut nama Akak tu.”
Saya balik, tapi hanya sebentar – balik hari. Ada mesyuarat penting esoknya.
Muka Mak tika itu pucat. Kata Adik doktor yang merawat kata Mak lemah sebab tak cukup darah. Tambahan pulak Mak ada menghidapi sakit Lelah.
Saya tak pasti kenapa saya terlalu bodoh hari tu Kak. Saya tinggalkan Mak, walaupun saya nampak Mak memang lemah.
Abang & Adik tak kata apa. Yelah, mana mungkin diaorang sanggup tahan saya, saya kan sibuk.
Saya tetap dengan kesibukan kerja rutin.
Selepas 2 minggu, waktu itu Mak di rumah. Jam 11malam, Adik call lagi kata, ” Akak, Mak nak cakap dengan akak ni.”
Perlahan suara Mak berbisik, “Akak, jaga diri ya. Jangan lupa balik kampung, tengok Abang & Adik. Tolong diaorang, diaorang susah. Mak sayang Akak.”
Saya terdiam, terasa panas kolam mata.
“Ye Mak, Akak balik. Akak sayang Mak juga”
Saat itu, saya tarik 2-3 helai baju dari almari, terus pecut balik kampung. Sebaik tiba tol Gombak, Abang call. Saya tergamam, tak berani nak angkat. Bimbang berita buruk.
“Akak, Mak dah takde. Baru sangat ni. Akak balik ya.”
Terputus² suara Abang dek kerana sedih.
Innalilahiwainnailaihirojiun. Saya berhentikan kereta di tepi jalan dan saya menangis sepuas²nya.
Masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya :- kecewa, sedih, sayu, sebak, kosong.
Saya gagahkan juga drive balik.
Sampai dirumah, ramai saudara mara berkumpul.
Esoknya, jenazah Mak selamat dikebumikan.
Selepas Mak meninggal, saya terus ambil cuti sebulan untuk tenangkan hati. Saya duduk di rumah Mak seorang diri. Banyak benda yang saya fikir dalam tempoh tu. Saya marah pada diri sendiri kerana terlalu pentingkan diri.
Sekarang, saya akan cari masa untuk balik kampung. Rumah Mak kami sepakat Adik yang jaga dan menetap di situ.
Walaupun saya alhamdullilah ada kerjaya, ada kehidupan, tapi kak, jiwa saya kosong, sekosong kosongnya.
1. Kejar lah impian walau setinggi mana pun, jadilah orang yang berjaya. Tetapi jangan pernah lupa pada mak & ayah kita.
2. Cari masa dan jalan untuk melayan dan gembirakan mak dan ayah.
3. Bila mak dan ayah dah tiada, separuh jiwa seorang anak itu sebenarnya sudah hilang. Saat ini, tiada guna lagi penyesalan. Hanya doa, doa dan doa sebanyak² untuk roh mereka.
Biasanya apabila kita membeli produk makanan atau minuman kita akan fokua kepada tarikh luput produk itu.
Namun tahukah anda sebenarnya ada beza antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti penjelaskan pakar kimia ini, Fatimah Salim.
Perbezaan Kedua Jenis Tarikh Luput Ini
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum (Use by)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada:
Perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
Warna (berubah dari yang asal)
Bau (tengit disebabkan oksidasi)
Rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.