Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi dan khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah dalam kenyataan awalnya.
Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.
Katanya lagi, seluruh kepimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Mamat dikenali dengan filem-filem arahannya antaranya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.
Selain itu Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.
Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.
Sementara itu, Tiara dalam post terkini di akaun Instagramnya awal pagi ini menzahirkan rasa dukanya di atas pemergian Allahyarham yang begitu rapat dengannya.
Ads
Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, turut dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.
“Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita berpulang.
“Sahabat saya, pengarah filem Mamat Khalid, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulis Pyanhabib.
Pasangan suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur empat tahun.
Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga, 28, dan suaminya, 30, warga Singapura selepas mereka mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Eco Majestic, Semenyih pada 1.25 tengah hari, antara April dan 18 Julai 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan itu dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka tiada niat untuk mendera mangsa, sebaliknya bimbang dengan kesihatan anak angkat mereka.
“Kami tiada niat untuk mendera, sebenarnya kami cuma hendak pastikan dia makan dan tidak kurang zat dalam badan,” kata tertuduh lelaki.
Hakim Amir memohon hukuman penjara dan denda atas alasan tindakan tertuduh bukannya untuk mendidik tetapi ia dianggap zalim dan tidak adil selain mereka tidak amanah serta tidak bertanggungjawab dalam menjaga mangsa.
“Kecederaan mangsa bukan satu tempat sahaja tetapi satu badan. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu trauma seumur hidup dan dia sepatutnya diberi perhatian dan kasih sayang,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, seorang pengadu yang juga pekerja kepada tertuduh melihat majikannya itu memukul kanak-kanak berkenaan menggunakan penyangkut baju dan batang kayu penyapu.
Pengadu memaklumkan kejadian itu kepada ibu mentua tertuduh, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dimarahi oleh wanita itu.
Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh tertuduh yang dipanggil ‘mummy’ pada anggota badan dan dua doktor di Hospital Kajang mengesahkan kecederaan dialami kanak-kanak itu selari dengan laporan polis dibuat pengadu.
Di mahkamah sama, suaminya didenda maksimum RM10,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah tinggal lebih tempoh yang dibenarkan di Malaysia.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama pada 2.30 pagi, 22 Julai lepas, mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, sebelum ini tular seorang wanita memukul seorang anak kecil bernama Alia dipercayai anak angkatnya menggunakan kayu penyapu disebabkan enggan makan. Perbuatan itu direkod oleh pekerjanya yang bertindak membuat laporan polis tentang majikan mereka dan memuat naik video tersebut di media sosial.
“Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil,” tulisnya bersama tanda pagar #justiceforalia.
Selalu kita lihat bila datuk atau nenek yang menjaga cucu, automatik luahan kasih sayang yang ditunjukkan cukup luar biasa. Limpahan kasih sayang untuk cucu adakalanya melebihi bagaimana ketika dia menjaga anak sendiri.
Senang cakap, nampak sangat manjakan cucu. Begitulah kelazimannya!
Pun begitu, mungkin jarang kita lihat dalam mereka memanjakan cucu sebenarnya seorang datuk ini juga sanggup berkorban demi cucu-cucunya, meskipun kudratnya tidak segagah zaman mudanya.
Ini sebagaimana baru-baru ini tular di media sosial perkongsian rakaman video yang memperlihatkan kasih seorang lelaki yang pada awalnya disangka ayah kepada anak perempuan tersebut namun sebenarnya adalah datuk yang sanggup mengambil dan menghantar cucunya ke sekolah walaupun hanya dengan berbasikal.
“Saya datang duduk rumah abg di alor setar sekejap ja. Jadi saya memang tak pernah nampak pakcik ni. Kalau ada sesiapa yg tau rumah pakcik ni dimana bgtau ya. semoga Allah lindungi pakcik ni sekeluarga dan murahkan rezeki mereka 🤲🏼🤲🏼🤲🏼” begitulah hantaran kepsyen video yang dikongsikan oleh Fatimah Zainol.
Melihat dalam video tersebut, seorang lelaki berusia dengan keadaan baju yang sedikit kotor yang mungkin sedang bekerja dan mengambil masa rehatnya untuk menjemput cucunya dari sekolah.
Ini dapat dipastikan oleh pemilik video apabila viral tersebut menarik perhatian ramai dan ada salah seorang jiran pakcik tersebut memaklumkan kepadanya. Difahamkan lelaki tua itu yang akan urus cucunya setiap hari dengan menghantar ke sekolah dari Tandop ke Seberang perak.
Perkongsian video ini nyata telah meruntun hati 1.2M wargamaya yang menonton video tersebut. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan.
Melalui hantaran video berasingan, dikongsikan video terkini datuk tersebut dan sumbangan juga berjaya dikutip untuk meringankan beban pakcik tersebut.
Kadar kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan yang tinggi setiap hati sehingga kerajaan mengumumkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) 2.0.
Pematuhan SOP termasuk memakai pelitup muka setiap masa ketika berada di tempat awam sentiada di war-warkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Biarpun pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh KKM untuk membendung virus ini merebak, kadar kes jangkitan positif saban hari meningkat.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Zicko Syah biarpun dirinya sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM, beliau tidak menyangka akhirnya bergelar pesakit covid-19.
Mahu kisahnya dijadikan pengajaran, beliau throwback bagaimana beliau berjuang untuk kembali sihat dengan rawatan yang diterima. Moga kisah ini dijadikan iktibar kepada kita semua bahawa wabak ini bukan demam biasa-biasa aje sebaliknya jika mula menyerang seluruh anggota badan, ia pasti mengugat nyawa!
Ikuti perkongsian lelaki ini.
COVID-19 STAGE 5
Alhamdulillah aku sembuh dari virus Covid-19 Stage 5! Melawan covid-19 Stage 5 selama 30hari!
Syukur Alhamdulillah aku sihat juga selama berberapa hari melawan virus covid-19. ni antara serba sedikit pengalaman aku kena virus covid19 moga-moga ada yang baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti kita ambil iktibar.
Semoga kita di jauhkan dari dijangkiti virus ni, sebab ramai menganggap kalo tkena ni kena kurantin 2 minggu bagi penadol dan boleh balik ternaya tidak covid ada peringkat dia. ni serba sedikit tahap jangkitan covid19:
Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19.
Tahap 1. tanpa gejala. Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru. Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru. Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan. Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.
GEJALA YANG TERUK
Aku adalah sorang yang paling jaga sop, sampaikan kedai dan cod pun aku xbuka sebab risau kena jangkit. Ramai yg msg macm mna boleh kena , sebenarnya kalo mau jawab soalan tu mmg susah sebab kita x nampak virus ni. kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi x sahih. Usah buat andaian berteka teki dengan pesakit berikan kata2 semangat sudah memadai.
Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off makan panadol sihat pas tu sakit balik . 5hari juga aku tahan sakit d rumah . lepas tu ada kekuatan sikit baru la p hospital,lepas chek doktor sahkan aku POSITIF COVID-19. sedih juga tapi tawakal ja mau sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yg teruk, ada jenis covid x symptom. ni antara symptom aku:
* demam * sakit kepala * hilang deria bau * sesak nafas * batuk
Lepas chek aku terus kena bawa di pusat kurantin kota belud , malam pertama aku bgelut sendiri demam yg teruk sakit kepala , demam time tu teruk suhu 38.8 . sampai la malam ke 2 d pust kurantin d kota belud aku kena chek dan di bawa semula ke hospital kb untuk rawatan chek tekanan darah dan sbaginya. pukul 3am doktor maklumkan aku akan di hantar di HQE . tepat pukul 4am mcm tu aku sudah start muntah2 pakaian habis basah pas tu tukar baju hospital.
pukul 5am ambulance hantar dri Kota belud ke HQE dalam perjalanan mmg aku x sedar time tu aku pakai bantuan alat pernafasan, sampai ja naik kerusi roda p emergency HQE. ndak menyangka time tu aku boleh terkena virus, bila tgk kiri kanan semua pakai PPE perasan time tu jgn cakap la takut pun ada sebab yala covid ni mana ada ubat !!
VIRUS SUDAH SERANG PARU-PARU
Time di emergency aku kena chek jantung paru2 dan mmg covid sudah serang paru2 badan penuh dengan wayar time tu . lepas 8jam d emergency aku terus di bawa masuk wad biasa untuk hari pertama d HQE. malam pertama d wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad , tingkat 3 di HDW( unit rawatan rapi ) sebelah dengan ICU.
Sampai di hdw baru oksigen aku di naikkan lagi, sebab nafas makin sesak serius mmg susah bernafas padahal aku tak sejarah asthma dan sbgainya. Keadaan aku makin terkawal d hdw , keesokkan hari nya keadaan aku makin sesak nafas dan di tukar lagi oksigen yg lagi tinggi. mcm2 jaram kena serius sakit lagi2 kena jarum saraf nadi untuk chek tepat oksigen dalam badan.
Selama berapa hari d hdw kencing & buang air besar semua d atas katil, tapi aku jarang buang air besar time d hdw , tapi pernah sekali aku buang air besar semuanya d atas katil paling risau adalah bab meneran bila-bila masa boleh sesak nafas.
Yes lepas meneran aku sesak nafas yang xampun. kesian nurse semua dorang yg buat bersihkan aku keluar juga air mata balik2 aku ucap “ tq nurse” “ ndak apa bha bisa sudah kami yg penting kamu sihat” hanya Allah balas jasa baik dorang selama aku di sana . tq nurse dan doktor yg jga aku d hdw HQE1. sedih kencing dan buang air besar d katil .
KESIHATAN SEMAKIN BAIK
Keadaan pun semakin hari semakin ok aku boleh sudah bcakap dulu time masuk wad bcakap ja aku penat dan boleh sesak nafas. tapi alhamdulillah makin ok. Doktor ada chek jantung dia cakap ada bengkak sikit dan takut paru2 ada darah beku pas tu dorang akan buat ct scan untuk detail. masuk terowong ct scan mmg seram lagi2 masuk ubat dalam badan risk dia ubat tu boleh rosakkan buah pinggang tapi Alhamdulillah keputusan ct scan ok.
Alhamdulillah lepas berapa hari di hdw oksigen makin pulih dan paru2 mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindah ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan.
Setelah 4 hari d wad biasa perkara yang paling happy adalah aku tak perlu sudah guna bantuan alat pernafasan. syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari di wad barulah merasa masuk toilet !
paling haapy bila dapat mandi ya Allah teruja mandi setelah 13 hari x mandi menangis dalam toilet berdoa time mandi . Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin ok cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama d wad aku hari2 kena insulline.
keadaan aku semakin hari semakin ok di wad biasa , Alhamdulillah. tapi tangan pula bengkak bekas jaram ( bengkak yg amat sakit ) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic.
selain bengkak bahu pula tisu koyak, mmg sakit xdapat tido dalam wad xtau pasal apa mungkin terlalu banyak baring d wad atau sakit sudah lama . lepas keluar wad aku sambung buat rawatan di biorehab, skg masih buat rawatan susulan d birorehab.
RESPEK FRONTLINERS
Pesanan untuk semua Dont be selfish!!! Frontliners keje siang malam tanpa rehat dah setahun, ambil risiko yg sgt tinggi,kes makin naik,hospital penuh,ambulan smpai tak ckp, wang ringgit xpyh ckp lah berapa dah hbs, tp masih ade lg yg jenis dont care dont bother, sebab ape, sebab tak kene kat batang hidung sendiri.
Semoga doa yg ikhlas dr semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibah yg melanda kita semua dan selamatkan semua pesakit yg sedang bertarung dgn covid19 ni ya Allah. Ameen YRA
Nur Nadia meluahkan kerinduan terhadap Allahyarham Amirul Hafiz selepas tiga bulan pemergiannya, sambil berharap keadilan dapat ditegakkan demi masa depan tiga anak mereka.