Ditengh-tengah kemeriahan dan debaran perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam, Pasangan ini berdebar menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
Datuk Fizz Fairuz dan isteri Datin Almy Nadia telah selamat menimang anak ketiga, malam Sabtu yang lalu. Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Fizz Fairuz menerusi laman instagramnya
Ads
“Alhamdulilah isteri saya dah selamat bersalin anak kami yang nombor tiga,” ungkapnya
A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Ads
Fizz dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora serta anak angkat Nur Afrina Darwisya.
Sebelum Ini Almy Nadia meluahkan rasa bimbang bakal dibedah memandangkan anaknya dalam keadaan songsang. Namun, bayi seberat 3.31 kilogram itu akhirnya selamat dilahirkan tanpa perlu pembedahan.
Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.
Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Kini, anak perempuannya bernama Qadejah mewarisi genetik tersebut. Datin Seri Shahida dalam satu perkongsian semalam memaklumkan anak perempuannya itu lambat membaca apabila di hantar ke sekolah biasa.
Malah dia juga suka pakai kasut terbalik, menulis huruf terbalik, tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yang lama,imaginasi tinggi dan di luar kotak dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin.
“Atas nasihat guru Qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….dia tak suka,hari2 merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangan nya,menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…boleh membaca…sebab cara ajarannya tak boleh macam kanak2 biasa…jadi parents kalau ada anak yang lambat atau simptom macam ni saya sarankan buat test……jangan ingat anak kita tak pandai.
Akui Datin Seri Shahida lagi, anak-anak disleksia ini banyak keistimewaannya yang tersendiri.
“Tapi apa yg saya nampak anak disleksia ni suka melukis……bijak dan perpandangan jauh…berfikir di luar kotak yang orang lain tak fikir…sifat dia juga pelik2…..buat benda yang tak dijangka.”
Ramai ibu-ibu yang mempunyai anak disleksia turut berkongsi cerita di dalam posting tersebut.
sabariahmaksabDato’@aliffsyukriterlajaklaris telah membuktikan bahawa orang disleksia juga blh berjaya dlm hidup.. malah lbh berjaya dari org normal.. sebab tu kena faham juga kenapa dato’ @aliffsyukriterlajaklaris kdg suka buat perkara yg pelik pelik.. mungkin dato’@aliffsyukriterlajaklaris pun x perasan yg dia buat tu pelik sehingga kdg kdg mendapat kecaman.. walau apapun mmg tabik la sbb Dato’ blh berjaya hingga ke tahap skrg.. tahniah!.. semoga Dato’ sekeluarga.
qienashiqien@shahidadherbs Datin anak sy pun sama… Umur dia skrg dah 17thn… Dia dpt membaca penuh… Ketika umur 14thn… Sy sabar dan sy tgk minat dia… Dia dapat membaca dan menulis lancar melalui tel… Kami adik beradik…hari2 wssp dia…dgn menulis ayat yg penuh..tiada ayat singkatan cth : yg (yang) tgl (tinggal).. Dia akan mengeja… Lama2 dia pandai..sbb dia dah mula berasa nak pndi sbb kwn2 dia selalu wssp…jd dia ada perasaan malu… Dan dia berusaha utk kerah.
jepunammardarwisyAnak saya pun sama.. ada tak sek ni di bangi.. ampang terlalu jauh tuk sy nk htr.
muhaini_aiAnak sy pn mcm tu..ank2 disleksia ni mmg minat sgt seni..ank sy suka melukis..imaginasi dia sgt tinggi..sy pn hntar dia ke kelas muzik..sgt cpt..1 klas 1 buah lagu dia blh ingt.
mizfyfydaMcm adik sy dy boleh bace slow2 tp bile soal blik dia lupe walaupon 5 mnit..kalau dmrh tertibe dy trus lupe smua…sme cmni jgk k
jackychin1971Anak Saya pun dulu masa awal masuk tadika smart readerkids 1tahun masih susah membaca ABC n Selalu tulis ABC n 123 terbalik Tapi alhamdulillah setelah Saya pindah ke sekolah yg Dia minat(sekolah cina)Dia sekarang tulisan cantik Tak terbalik ,membaca Inglis,Malay,cina,n iqrok pun lancar.
eydamaifusaadSama ank teruna sy yg no 2 @shahidadherbs ? ada dyslexia & ADHD…ank sy ckp dlm kelas dia xbole fokus cikgu ngajar sbb lantai & dinding asik bgerak, huruf2 pn beterbangan ?
Karenah anak-anak yang sedang membesar adakalanya buat ibu-ibu pening dan tidak tahu bagaimana cara untuk mengawal sikap mereka.
Selain didikan daripada awal dengan menggunakan pelbagai psikologi dalam mendidik akhlak anak, mungkin kaedah tradisional ini boleh dipraktikkan.
Yang penting cara ini cukup mudah dalam mendidik anak, terutama dalam membentuk akhlak anak-anak kita. Petua ini dikongsikan oleh puan Maryam Salleh menerusi facebooknya.
PETUA LEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL
Nak kongsi petua ni mak saya yang ajarkan. Mak cakap dari orang tua dolu-dolu katanya.
Mak saya pesan lau nak bagi anak dengar kata dan tak melawan cakap orang tua masa sendukkan nasi nak bagi anak makan kepala nasi yang mula-mula senduk tu letak kat atas.
Jangan terus masuk ke pinggan.
Kepala nasi tu lau bagi anak makan bole buat hati anak jadi keras atau degil.
Sendukkan kali kedua barulah letak ke pinggan anak atau suami ye.
Saya amalkan petua mak saya ni setiap hari. Alhamdulillah setakat ni anak-anak dengar kata, tak membuas dan rajin solat.
Mungkin ini hanya petua, Nak amalkan atau tidak terpulanglah.
Dalam Islam,
Sifat anak-anak ni juga terbentuk daripada makanan yang diorang makan dan sumber makanan tu mestilah halal.
Saya sekadar berkongsi. Maaf jika tak setuju. Tapi hormat jer la petua orang-orang lama yang dah lama makan garam daripada kita kan☺️
Ramai yang meluahkan kecewa apabila perkhidmartan LRT tergendala bermula hari ini. Rata-rata bimbang apabila ia akan menjejaskan rutin harian untuk ke tempat kerja.
Memetik laporan Bernama, RapidKL pada hari ini mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT yang melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November ini melibatkan stesen LRT yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 11 malam sahaja.
16 Stesen LRT tersebut adalah, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan terakhir Ampang Park
Stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama 7 hari bermula hari ini (9 Nov).
Lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam. pic.twitter.com/C3djwnN8W6