Rentetan kes melibatkan pengasuh yang berlaku di negara kita buat ibu-ibu makin risau untuk menghantar anak.
Siapapun tidak mahu berdepan dengan situasi sebegini. Menghantar anak pada orang lain sebenarnya cukup berat dilakukan namun apakan daya. Hanya doa dan tawakal mengiringi anak setiap hari.
Demi menjaga kesejahteraan kita sekeluarga, ada baiknya kita amalkan bacaan surah AL Ikhlas, seperti yang dikongikan oleh ibu Diyana Jamal.
Selepas kes penuh tragis adik #AdamRayqal, kini adik #Naufal. Bila terjadinya kejadian yang melibatkan pengasuh, ramai ibu-ibu yang bekerja khuatir dan risau.
Tak terkecuali, ada pula drama tuduh menuduh. Marah hingga mencaci. Kata pengasuh begitu begini.
Yang mengangkat diri atau isteri mereka paling hebat berhenti bekerja kerana menjaga anak, tak kurang dahsyatnya.
Astagfirullah…
Ads
Kawan-kawan, perkara begini tiada siapa yang mahu. Ibu-ibu yang bekerja itu bukan kerana tak sayangkan anak, tapi mereka ada sebabnya.
Bila jadi keadaan begini, kita kawallah diri dari berkata-kata atau menulis dengan kata-kata yang menghiris.
Usah tambah luka si ibu si ayah. Usah menambah benci dan dosa. Diam adalah suatu perkara yang ternyata banyak baiknya.
Kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan. Janganlah kita memandai-mandai buat andaian.
Ads
Benda tak jadi pada kita. Kita bolehlah berkata itu ini. Cuba berlaku pada diri atau keluarga terdekat kita.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sering menyampaikan dakwah tanpa memilih agama, bangsa atau latar belakang untuk dibantu. Tutur katanya yang lemah lembut serta pembawakannya yang sederhana menjadikan beliau senang didekati oleh ramai orang.
Di laman sosialnya, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan kisah benar tentang kisah sepasang suami isteri rezeki. Yang mana masih mencari sebab kenapa rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni.
Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..Iyerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kasih pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. Saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibu bapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut.
Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..Bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri.
Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab.
Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Mencari sahabat buat isteri. Mungkin ada yang beranggapan lain apabila membaca ayat tersebut. Baca apa yang ingin disampaikan oleh saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya.
Mencari sahabat buat isteri.
Bayangkan anda seorang suri rumah. Anda berada di rumah, membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, memasak, mengemas, menghias dan menjaga anak-anak.
Seharian aktiviti anda dipenuhi dengan tugasan ini sambil menunggu orang yang dicintai pulang untuk kembali menjadi manusia biasa.
Manusia biasa yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mempunyai kawan dan sahabat yang boleh dibawa berbual. Bukan mengumpat, tapi berbual.
Lepas kahwin tak perlu kawan ! Itu kata-kata suami yang memandang isteri seperti satu alat, seperti satu perkhidmatan atau servis buat dirinya.
Kita jangan jadi seperti itu. Isteri ini adalah manusia biasa. Isteri suri rumah paling utama kerana tiada kawan lain selain suaminya. Jika ada rezeki, ada anak-anak untuk mengisi jiwanya sementara menunggu suami pulang.
Namun, suami ialah suami. Kawan ialah kawan. Lelaki ialah lelaki, wanita ialah wanita. Sehebat mana suami pun, kami tidak mampu berfikiran 100% seperti wanita. Ada benda yang walapun sudah menjadi isteri, masih malu untuk dibualkan bersama suami kerana ianya perkara wanita.
Perkara-perkara seperti alat solek, perhiasan, deko, pakaian, masakan, jualan murah, anak, keluarga dan lain-lain lagi. Ramai suami yang boleh borak benda-benda ni, tapi takkan sedalam seorang wanita. Kita lelaki, tahu warna biru, warna hijau, mereka tahu warna tiffany blue, pink belacan, dusty pink, apa benda ni? Ini namanya wanita punya pandangan. Lelaki ada tahapnya. Sampai satu tahap tu, kita tak rasa perlu untuk tahu. Warna-warna itu contohnya. Tapi bukan wanita. Benda tu penting bagi mereka.
Jadi, untuk mengisi satu ruang khas untuk berkawan di hati isteri, berilah dia ruang. Ada masanya isteri perlu ME TIME bersama kawan-kawannya. ME TIME ini ialah masa peribadi seseorang yang tidak diganggu pasangan. Bukan perlu selalu atau kerap. Tetapi cukup untuk mengembalikan norma kehidupan kepada isteri.
Jadi, beberapa hari lepas saya menghantar isteri saya Nora Azni untuk membuat rawatan rambut di sebuah Salon mesra Muslimah bersama 3 orang sahabat yang dikenali dari 3 tempat yang berlainan. Seorang jiran Mulan Chayank, seorang bisneswomen Aiza Ab Aziz dan seorang kenalan dari Facebook Aniza Zakaria.
Saya mengambil alih tugas beberapa jam menjaga anak-anak supaya dia tidak diganggu. Saya pesan, jangan risau pasal kami. Saya boleh jaga. Tak perlu rasa kena balik cepat. Saya tak nak ada perasaan tergesa-gesa.
Terpancar kegembiraan di muka isteri sewaktu melangkah keluar dari kenderaan, menuju ke salon. Melihat isteri tersenyum sebegitu telah menjadi matlamat hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Isteri ini kadang-kadang dia tak bagitau. Tapi jika kita buka mata, kita akan nampak keperluan-keperluan kecil dia. Bukan nak kata dia bosan, tetapi kita nak pandangan dia luas. Isteri yang bekerja, keluar hari-hari melihat dunia, tetapi bukan isteri suri rumah. Jadi, tanggungjawab suami untuk bawa dunia kepada dia.
Alhamdulillah sesi ME TIME berjalan dengan amat gembira hasil keriangan isteri selepas pulang sambil melibas-libaskan rambutnya. Ya, membuat rawatan rambut ini amat penting. Jangan memandang rendah. Rambut wanita dan lelaki tidak sama. Mereka lebih panjang, lebih lebat, lebih perlu penjagaan.
Bantulah isteri anda, beri apa yang mereka perlukan mengikut kemampuan. Jika rawatan rambut itu kosnya RM100. Kumpul la RM10 sebulan. Bukan suruh buat hari-hari. Jangan membesarkan benda yang seringkas ini.
Di samping rambut yang sihat, mereka juga boleh bersama-sama kawan menjadi seorang wanita normal.
Saya sentiasa percaya isteri ini umpama layang-layang. Biarkan ia bebas mengikut angin, melihat kehidupan, membuka mata, merasai kegembiraan terbang tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih terkawal dengan tali perhubungan yang kemas. Biar angin kuat melayang dia ke sana, sini, ia tetap akan pulang ke pangkuan yang dicintainya.
Jom bawa isteri anda ke salon !
Kongsikan penulisan ini supaya terdetik idea ini di dalam kepada para suami. Janganlah ingat perkara ini menyusahkan kerana isteri yang gembira bakal menggembirakan semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan minuman berkultur Yakult, lagi-lagi anak kita. Apa yang pasti, minuman Yakult sememangnya merupakan minuman yang berkualiti hasil penemuan Doktor Minoru Shirota. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat.
Tidak dengan itu, turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menghasilkan ramuan yang terbaik untuk dijadikan plant booster dengan kadar kos yang rendah namun hasilnya cukup luar biasa. Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Suhaili di akaun fbnya. Jom semak.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Bahan-bahan:
2 biji telur
sebotol yakult
Cara Penyediaan :
2. Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
3. Kemudian spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.