Ramai ibubapa tidak dapat lari dari menghadapi masalah anak membuang air kecil pada waktu malam lebih-lebih lagi pada usia mereka 3-5 tahun.
Malah ada di antara mereka yang masih lagi gagal untuk menahan kencing dah terlepas di tilam tanpa disedari walaupun usia sudah menjejaki 6 – 7 tahun.
Sudah! Anda tidak perlu risau lagi. Mari cuba petua ini.
PETUA PERTAMA
Cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
Ads
Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air pada perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.
PETUA KEDUA
Dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas satu sudu kecil madu lebah dan suruh anak kecil minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan anak kecil akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak kawal.
PETUA KETIGA
Anda juga boleh mengamalkan kombinasi doa-doa ini:
Ads
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Mukminun ayat 115-118
3. Doa penahan di bawah ini.
Membina keluarga bahagia bersama pasangan tentunya menjadi impian dan harapan setiap insan yang berkahwin.
Memahami asam garam, pengharapan dan ujian berumah tangga, fahami juga nukilan daripada Puan Insyirah Soleha ini.
Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.
Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.
Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.
Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya? Siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?
Begitulah ujian.
Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.
Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.
Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.
Simple saja pesanan ibu ayah,
“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”
Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.
Jaga silaturrahim.
Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.
Hubungan dengan Allah kena A++ Hubungan sesama manusia juga kena A++
Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.
Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.
Ujian
Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.
Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah.
Sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.
Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.
Pernah tak, para ibu panggil suami dari dapur tetapi suami buat tak tahu je. Bila jengah kat ruang tamu, tengok si suami siap bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya.
Memang buat menyirap jugak kan, rasa nak marah je. Atau memang suara isteri tak cukup kuat. Siap jerit-jerit, tapi suami tetap tak dengar.
Jadi apa kata baca sampai hadam info menarik ni tentang lelaki. Menurut sumber ni, lelaki hanya menggunakan satu telinga sahaja.
Ikuti selanjutnya info ini.
Telinga Lelaki Pekak Sebelah? Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan. Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja.
Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar. Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang.
Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda. Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. Dipetik dari Pak Utih’s Page.
Semalam, pelakon, Zulin Aziz terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap penyakit apendiks dan batu hempedu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zulin mengakui bahawa dia berasa takut dan masih belum bersedia untuk melakukan pembedahan tersebut kerana pada awalnya dia menyangka hanya sakit gastrik.
“Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan ya?
“Jujurnya saya takut. Tak bersedia, ingat gastrik tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahuakbar. Ya Allah panjangkanlah umurku, Permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim.” tulisnya.
Terbaru, Zulin memaklumkan dia sudah selamat menjalani pembedahan di Instastory miliknya. Malah doktor juga memaklumkan rupanya Apendiks dah pecah dan kesan yang dilihat seperti cyst itu kemungkinan kesan nanah dan bengkak apendiks tersebut. Berikutan itu, Zulin memilih untuk memulakan makan makanan sihat bermula hari ini.
Sumber: Instagram Zulin Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.