Mahukan kulit wajah yang putih gebu dan licin? Jadi bolehlah mencuba petua kecantikan yang diamalkan oleh Aroora Dayana ini.
Jom semak apa amalannya itu.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu. Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
-Menyerap minyak berlebihan di muka
-Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
-Tiada bahan kimia
-Mengurangkan jerawat
-Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
-Menanggalkan sel-sel kulit mati
-Menyerikan kulit muka
cara -cara :
1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih. Lupa dah harga.
Ads
2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi
letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.
3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa-apa sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda.
Ads
4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
Ads
5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah. Jerawat semua tak kan muncul.
Nak cakap kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua orang perfect kan.So kak yana nak share lah sebab benda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan? Tak perlu guna produk mahal-mahal.
Ikatan perkahwinan melibatkan dua insan untuk hidup bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak. Lumrah hidup berumah tangga, jika ingin bahagia kena sama-sama memberi dan menerima.
Sebagai suami, kena ada sifat tolak ansur jugak. Jangan hanya tahu mengharapkan pasangan sahaja yang menguruskan hal rumah tangga. Harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah.
Suami lah harus bantu isteri di rumah. Berikut kami kongsikan pandangan dari saudara Mohd Fhais dari laman facebooknya.
Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
p/s : Sila join channel group #notakekeluargaanfhais jika anda mahu lebih banyak tips kekeluargaan seperti ini. Klik sini ? t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan kekeluargaan pastinya tidak lepas daripada ditimpa masalah. Marah adalah satu penyakit emosi yang sememangnya sukar dikawal. Apabila dimarahi atau memarahi ahli keluarga, banyak perkara yang perlu anda fikirkan.
Jangan hanya sewenang-wenangnya melemparkan kemarahan anda tanpa usul periksa. Ini semua akan hanya mengundangkan masalah kecil hati dan punya impak yang besar dalam hubungan.
Tambah lagi ketika ini kita sedang berada di bulan puasa nan mulia. Ada baiknya kita mengawal kemarahan yang meluap-luap. Semua ini adalah bisikan syaitan yang tidak sihat untuk minda kita.
Tip tenangkan diri ini patut anda contohi bila setiap kali anda marah.
Tip Kawal Kemarahan
*Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.
* Duduk dalam keadaan badan tegak, letakkan kedua tangan di atas paha dan genggam tangan kemas. Buka dan genggam tangan anda dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Ini akan membantu tubuh menjadi lebih relak dan kemarahan juga makin reda.
*Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan.
*Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.
*Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.
*Membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda anda lebih terbuka dan relaks. Secara tidak langsung kemarahan juga makin reda.
* Jika perlu, beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah anda. Keluar dari rumah atau bercucuk tanam di luar rumah pastinya buat mood anda semakin baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu, takkan dapat dipisahkan. Namun, setiap orang miliki pengertian tersendiri mengenai kecantikan. Demikian juga dengan gadis manis bersuara serak-serek basah ini.
Jika sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti akan terbayang seraut wajah jelita milik empunya didi, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Menurut pelantun lagu Eh? ini, kecantikan bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Tidak sangka, rupa-rupanya sejak tahun 2018, Zizi pernah mengakui ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
Kata penyanyi dari Sabah ini berkata dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan.
Menurut Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan Spa. Sebaliknya hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja.
Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan. Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
Menurut Zizi lagi, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja. Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalosi dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Turut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang kompleks dan rumit untuk dilakukan kerana memerlukan pemantauan pada setiap masa.
Jadi bagi yang mahu kelihatan cantik dan sihat, boleh cuba petua kesihatan dan kecantikan Zizi Kirana yang kini lebih selesa tampil berhijab.
Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka dengan bantuan one-off RM1,000 untuk anak autisme yang layak. Semak syarat kelayakan dan cara mohon bantuan JKM.