Bawang putih yang menjadi antara bahan wajib dalam masakan untuk memberi aroma dan rasa pada masakan, diakui juga semamangnya bermanfaat dalam penjagaan kesihatan. Ini kerana antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Dikatakan juga, sebaiknya dimakan mentah untuk kesan yang optimum.
Pun begitu, jika tidak ‘lalu’ dengan rasa dan baunya untuk dimakan mentah, boleh juga mencuba petua yang dikongsikan oleh Myra Chaqkey yang amalkan makan bawang putih yang dimasak semasa menanak nasi.
Ujarnya, “Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih. Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)”
Bawang putih Antibiotik Semulajadi
Berkongsi pengalaman bagaimana mula mengamalkan petua makan bawang putih ini, menurutnya dia pernah mengalami batuk yang teruk semasa mengandung dan setelah amalkan pelbagai cara,nyata berkesan dengan bawang putih.
“Pengalaman saya sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk. Macam-macam ubat, macam-macam petua saya cuba.
Ads
“Saya ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah batuk saya beransur pulih. Tapi hampa jangan makan banyak sangat, nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari.
“Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi. Rasa macam ubi rebus”
Semoga Memberi manfaat untuk semua.
Tanaman menghijau yang ada disekeliling rumah dapat memberikan ketenangan tambahan pula bila berbunga lebat atau berbuah, pasti mendatangkan kepuasan di hati.
Namun, jika pokok yang ditanam tidak sebagaimana yang diharapkan, bolehlah dicuba menghasilkan baja roti yang dikongsikan cara pembuatannya oleh Liyana Mohd Poad.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti yang telah dijanjikan, saya share cara-cara nak buat mol roti (baja roti). Fungsi baja roti sama seperti baja yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun.
Ikut step by step ye.
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 keping roti Gardenia expired, gula
merah, air mineral 1.5 L.. Boleh guna air
mati/air hujan atau air tapis. Asalkan
bukan air paip. Gunting, sudu & corong kertas
Step 1
Penutup botol perlu ditebuk untuk mengeluarkan gas.
Step 2 :
Roti digunting.
Step 3 :
Masukkan roti ke dalam botol yang berisi air.
Step 4 :
Masukkan 4 sudu makan gula merah ke dalam botol.
Step 5 :
Tutup botol rapat-rapat dan goncang.
Paling perlu ambil perhatian adalah pada gambar yang terakhir.
Step 6 :
Simpan di tmpat yang gelap selama seminggu.
Setelah seminggu, tapis mol roti. Ambik
patinya sahaja. (roti yang terurai buang).
Guna air yang bening sahaja sebagai pati.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Ambik 10ml mol roti dan + dengan 1L air
biasa.
Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga. Tak ada masalah. Routine seminggu sekali, waktu pagi sahaja.
Fungsi mol roti untuk menggalakkan
pengeluaran bunga dan melebatkan buah
serta mnggemuk dan menghijaukan daun.
Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.
Sumber : Liyana Mohd Poad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mak-mak mana yang tak pernah terlepas marah anak dan menyinga tak tentu pasal jika anak ada terbuat salah. Yang perlu anda tahu itu normal mama!
Namun jangan dibiasakan ‘angkat tangan’ pada anak-anak. Itu salah sama sekali! Belajarlah untuk mengawal diri kita untuk menggunakan kekerasan dengan cara fizikal hingga memudaratkan anak.
Walau hanya dikaki namun jangan dibiasakan hal ini. Biar kita belajar mengawal diri kita atau ikuti tip yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Puan Aisyah Rozalli.
Tips kalau kita parents yang PANAS BARAN DAN SELALU TERLEPAS PUKUL ANAK.
1. Jauhkan diri dari anak bila kita rasa marah.
Tutup pintu bilik dan kunci, biar anak menangis di luar. Dari menangis sebab kita pukul dia.
2. Remind diri jangan pegang apa-apa alat.
Rotan ke, hanger ke. Jangan biasakan pegang dan acah-acah pukul anak. Nanti, bila kita marah, kita tak dapat kawal perasaan, takut kita terpukul lebih batasan sampai cederakan anak.
3. Pukul dinding atau lantai bila kita rasa nak pukul anak.
Baru kita rasa sakit atau tak tangan kita tu. Sekuat tu lah anak kita akan rasa sakit.
4. Ketap gigi sekuatnya kalau rasa nak menjerit dan maki hamun anak. Kita akan automatik guna suara yang lebih rendah, dan kemarahan akan dapat dikawal sedikit.
5. Tarik nafas dalam-dalam dan kira sampai 10 setiap kali rasa nak pukul atau maki anak.
Ini akan PAUSE kan rage emosi kita, dan akan beri kita ruang untuk berfikir secara logik dan rasional.
6. EMERGENCY TIPS KALAU TERLALU MARAH: Luahkan dengan suara dulu. Kalau terlalu marah, elak guna tangan. Marah verbal dulu. Nanti, slow-slow usaha untuk tak marah verbal pula.
Pukul cederakan badan. Marah verbal cederakan emosi. Dua-dua kena kawal agar tak cedera.
Tapi, pukul lebih berbahaya kepada keselamatan diri dan fizikal anak. Ingat. Kalau pukul terlalu kuat, hilang pertimbangan, boleh bawa mati. Hilangkan pukul dulu.
Nanti, usaha hilangkan marah verbal yang rosakkan emosi anak pula. Tapi, jangan tangguh lama sangat nak hilangkan tu. Usaha usaha usaha.
7. Minta bantuan pasangan untuk ingatkan kita.
Ingatkan dengan sentuh bahu kita, atau sebut perkataan reminder macam “ABANG…” atau “ANAK KECIL TU”…
Takut bila baca kes-kes anak kena pukul sampai cedera, kena pukul sampai koma, pukul sampai mati ni. Hilang pertimbangan ibu ayah.
Dalam Islam, ada garis panduan nak rotan anak ni tau. Bukan untuk luahkan rasa marah kita.
Semakin ramai ibu bapa cakna mengenai kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Namun ramai yang risau apabila anak tidak fasih berbahasa Inggeris. Sudah tentu ada sebabnya.
Siapa tak gembira apabila anak boleh berrcakap dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Namun untuk mempunyai kemahiran sebegitu sebenarnya ada cara. Sebagaimana perkongsian guru bahasa Inggeris ini, Cikgu Nurzuhaili Shamsudin menujukkan bahawa untuk belajar tidak perlu tunggu sehingga anak besar sebaliknya ketika anak pra sekolah. Malah menggunakan pendekatan kelas tambahan salah satu cara untuk melatih anaknya boleh berbahasa Inggeris.
Nak anak mahir bahasa Inggeris ini caranya.
Harini saya nak menjawab soalan ini: “Cikgu Nurzuhaili Shamsudin, nk tnya.kenapa budak2 ssh nk boleh utk bi? Adakah sbb minat? Atau dorg letak mental blocking xnk blaja bi?” Jawapan:
Saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, guru Bahasa Inggeris dan ibu. Saya cuba tulis dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami. Semoga bermanfaat.
1. Persekitaran.
Semasa saya di tadika di Perak, saya bersyukur sebab Teacher Mary (guru India) mengajar saya dengan penuh semangat. Saya tak faham sepatah pun perkataan yang teacher Mary cakap sebab saya tak pernah bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Semasa di tadika, saya tak tahu apa itu English grammar, tapi saya ‘pick up the language’ melalui apa yang saya dengar, dan saya terpaksa cakap Bahasa Inggeris di tadika walaupun ambil masa.
Kemudian apabila saya berpindah ke sekolah rendah di Terengganu, di mana hampir semua pelajar Melayu, saya tak dengar orang bercakap Bahasa Inggeris. Saya jadi malu untuk bercakap Bahasa Inggeris sebab takut ‘tak geng’ dengan kawan-kawan lain 😅
Apabila ke sekolah menengah pula (SMKA), kawan-kawan saya terdiri daripada pelajar-pelajar pandai. Mereka sentiasa dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris walaupun tak pernah saya dengar mereka bercakap Bahasa Inggeris.
Tapi penulisan mereka sangat bagus kerana mereka rajin membaca buku Bahasa Inggeris. Budaya dan persekitaran di sekolah menengah yang sentiasa berlumba-lumba untuk belajar membuatkan saya terikut-ikut dengan kawan-kawan supaya belajar dengan baik.
2. Cikgu yang baik dan kreatif.
Saya suka Teacher Mary, sebab dia baik, pandai ambil hati dan selalu buat aktiviti bersama-sama. Kalaulah pada waktu itu saya dapat seorang cikgu yang garang dan suka membebel, saya rasa minat saya terhadap Bahasa Inggeris terus mati.
Datang ke tadika setiap hari sangat menyeronokkan, sebab akan buat banyak aktiviti hands-on, nyanyi nursery rhymes sama-sama dan ada story telling session. Saya lihat Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang seronok, bukan sesuatu yang susah. Minat terhadap Bahasa Inggeris mula timbul dan sejak itu, saya suka belajar Bahasa Inggeris.
3. Peranan ibubapa
Ibubapa saya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya lihat, kawan-kawan saya yang bercakap Bahasa Inggeris di rumah dengan ibu bapa mereka, lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris berbanding saya yang hanya belajar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Mereka mempunyai sokongan, dan persekitaran belajar yang baik di rumah. Sentiasa menonton movie Inggeris dan menyanyi lagu dan membaca buku Inggeris.
Saya telah melakukan eksperimen terhadap 2 orang anak saya, Safiyya dan Adam.
1. Saya hantar Safiyya ke tadika Cina (ada pelajar Melayu, Cina dan India) sejak berusia 4 tahun. Di rumah, saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun pertama dia di tadika, cikgunya cakap dia langsung tak bercakap di tadika.
Sewaktu umur 5 tahun, dia mula faham arahan mudah, tapi masih belum boleh bercakap dalam Bahasa Cina. Dia mula bercakap Bahasa Cina semasa berumur 6 tahun. Kemudian, saya menghantarnya ke SJKC. Pada sebelah petang, saya hantar dia ke tusyen Bahasa Cina. Safiyya cemerlang di sekolah, mampu belajar dengan baik.
Walaupun saya tak dapat mengajarnya di rumah, tapi saya membantu menyediakan persekitaran yang baik untuknya. Mendapatkan guru yang baik, supaya dia mempunyai lebih masa untuk belajar dan terdedah dengan Bahasa Cina.
Saya yakin, begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Kini, Safiyya mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan baik.
Kelas belajar bahasa Inggeris
2. Adam pula, dari kecil lagi saya telah bercadang untuk dia belajar di sekolah biasa, sebab saya mahu dia ke sekolah agama apabila masuk sekolah rendah nanti. Dia belajar di Tadika SMG (Melayu) sejak berumur 4 tahun.
Alhamdulillah, banyak dia belajar terutama tentang Al-Quran, berbanding kakaknya yang bersekolah Cina. Di tadika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Di rumah juga bercakap Bahasa Melayu.
Adam boleh membaca buku Bahasa Inggeris, tapi tak faham apa yang dibaca. Apabila dia masuk umur 6 tahun, saya buat langkah drastik untuk bantu dia belajar Bahasa Inggeris. Saya daftarkan dia ke kelas perbualan Bahasa Inggeris (online) sepanjang PKP baru-baru ni. Setiap malam saya buat sesi story telling dalam Bahasa Inggeris.
Pada awal kelas online, Adam sangat pendiam, sentiasa perlukan bantuan saya untuk faham arahan cikgu. Alhamdulillah, cikgunya pandai tarik minat dia dan buat banyak aktiviti menarik berbentuk game. Adam suka mencuba, walaupun dia bercakap tunggang langgang pada awalnya, saya terus betulkan. Saya sentiasa cakap “It’s ok to make mistakes”. Saya dapati Bahasa Inggeris dia semakin bertambah baik.
Ok, cukuplah rasanya setakat ni perkongsian saya. Banyak juga faktor lain yang mempengaruhi. Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi. Pupuk minat anak belajar Bahasa Inggeris sejak kecil, kalau kita mempunyai kepakaran, alhamdulillah, teruskan membantu.
Tapi kalau kita tak mempunyai kepakaran, bantulah anak dari segi sokongan (iaitu mendapatkan persekitaran dan guru yang baik) untuk anak. Saya suka nak tahu pengalaman orang lain juga. Boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen. Semoga kita sama-sama belajar.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...