Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tidak hanya sebelah pihak yang memainkan peranan sebaliknya suami isteri kena saling bekerjasama barulah rumah tangga bahagia.

Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu.  Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Gambar hiasan

Demikian juga suami, penat mana sekalipun bila pulang ke rumah disambut senyuman manis dan layanan baik sang isteri pasti hilang segala masalah.

Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.

Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya. Itu yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli.

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Gambar hiasan

Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.

IKLAN

Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Gambar hiasan

Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.

Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.

Lihat isteri nampak lain macam, jangan lupa tanya dia, ‘ayang okay ke?’ ‘ayang dah makan?’ ‘ayang dah solat?’

IKLAN
“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Gambar hiasan

 

 

Ada mulut, bertanyalah. Pujilah.
Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan.
Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak.
Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan. Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan kita.

Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.
Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?

IKLAN

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.

Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
#intandzulkefli
#randomthoughts


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Suami & Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI