Ambil 5 Makanan Ini Sebelum Tidur, Besar Khasiatnya Pada Tubuh. No 4 Paling Sedap!

Share

Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada antara anda yang sedang merana kerana sukar tidur malam.

Jika terlelap pun hanya sekejap kerana tidur sering terganggu. Usah susah hati, artikel kali ini menerangkan tentang empat makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.

Kesemua makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.

1. Teh & Madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.

2. Susu Panas
Segelas susu panas atau milo panas mampu membuatkan perut berada dalam keadaan yang selesa dan kenyang. Sebelum tidur ambillah segelas susu dan lengkapkan dengan segelas air kosong untuk rasa lebih selesa. Pasti tidur anda lebih nyenyak sepanjang malam.

3. Badam
Badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur. Sambil menonton, kunyahnya beberapa biji badam!

4. Pisang
Ini paling best!. Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

5. Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.

Pastikan kesemua makanan ini tersedia di rumah anda. Jika tidur anda terganggu, kesemua makanan ini pastinya sangat membantu!

IKLAN