Sepanjang ramadan ni, selain dari masak menu untuk berbuka, ada juga dalam kalangan para isteri ingin mencabar diri untuk membuat juadah sampingan seperti kuih muih.

Lebih-lebih lagi sekarang ni kuasa di hujung jari. Nak buat apa, tingga google sahaja! Itu baru resipi, belum lagi yang dah siap buat video tutorial step by step. Lebih mudah kan?

Terutamanya video yang dihasilkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Khairulaming, resipinya sememangnya menjadi ikutan orang ramai termasuklah seorang wanita ini yang turut terjebak mengikuti selebriti tersebut .

Perkara itu dikongsikan oleh suaminya, Muhd Hafiz di laman Facebook, isterinya telah membuat kuih keria yang mungkin buat kali pertama. Sekilas pandang. juadah itu dilihat sangat cantik sehingga menarik minat si suami untuk menyantapnya.

Namun siapa sangka, kuih tersebut ternyata tidak seperti yang diharapkan serta melekat antara satu sama lain. Lebih melucukan, keria dan pinggan itu seolah-olah bersatu ketika cuba diangkat oleh suaminya.

Ambil Satu Terangkat Pinggan! Hasi Kuih Keria Ibu Undang Tawa Suami, Anak-Anak

Moment itu menyebabkan lelaki berkenaan bersama anak-anak tidak mampu menahan tawa. Bagaimanapun, ia tetap habis dimakan oleh kerana rasanya yang enak.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian si suami ini.

Ambil Satu Terangkat Pinggan! Hasi Kuih Keria Ibu Undang Tawa Suami, Anak-Anak Ambil Satu Terangkat Pinggan! Hasi Kuih Keria Ibu Undang Tawa Suami, Anak-Anak

 

IKLAN

Sumber : Hafiz Zainuddin

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

IKLAN

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI