Tidak dinafikan mendidikan anak-anak merupakan cabaran besar buat ibu bapa. Jika salah didikan ia akan memberi impak kepada sahsiah anak-anak.

Jadi setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak. Anak ramai atau tidak, semua itu bergantung kepada ibu bapa itu untuk mendidik anak-anaknya. Usah mempertikai cara kita dengan cara orang lain didik anak. Masing-masing ada cara tersendiri.

Sebagaimana perkongsian ini.

‘Anak 10, Anak Seorang Ker, Setiap Cara Ibu Bapa Tak Sama Urus Anak. Itu Pilihan Peribadi’. Deep Perkongsian ini.

Aku baca la Kaka Ashraf kata dia penat sampai menangis jaga anak.

Tu takpa lah. Biasa.

Yang luar biasanya orang yang komen. “Baru jaga satu anak dah nangis”. “Baru sorang anak dah komplen penat”. “Orang dulu 10 anak elok je”.

Pada aku begini je. Tengok lah.

Memang ada orang anak dia 10, tapi dia okay je. Dia lebih suka biarkan anak dia belajar untuk urus masa dan diri. Tu pilihan peribadi.

Mungkin dia nak biar anak dia lasak dan memenuhi waktu dengan cara berdikari. Nak anak belajar dari pengalaman sendiri dan tegur bila dia nampak ada perkara yang kena perbaiki.

IKLAN

Tapi, bukan kata tak penat.Penat juga. Penat cara dia.

‘Anak 10, Anak Seorang Ker, Setiap Cara Ibu Bapa Tak Sama Urus Anak. Itu Pilihan Peribadi’. Deep Perkongsian ini.

Ada juga orang anak cuma 1-2. Tapi penat dia tu tak boleh nak kata.

Sebab apa? Sebab dia ambik kira. Setiap satu benda.

Ada waktu bangun. Ada waktu makan. Ada waktu main. Ada waktu membaca.
Ada waktu untuk semua perkara. Dan untuk setiap satu perkara tu, dia pastikan dia berada di sana. Bersama-sama.

IKLAN

Tu belum kira yang jenis nak full breastfeed. Pam 3-4 kali sehari. Simpan susu. Panaskan susu. Sterile bekas susu.

Tak campur lagi jenis yang semua benda nak sihat. Makanan sihat. Udara sihat. Puri buat sendiri. Bubur buat sendiri. Roti buat sendiri. Menyapu mop rumah 3-4 kali sehari.

Lagi pulak jadi mak buat pertama kali.

Ada orang tak pertama kali pun tapi kalau setiap anak dia komit benda yang sama, sentiasalah penatnya serupa seperti kali pertama kekdahnya.

Kadang bukan pasal penat. Pasal kita rasa kita tak beri secukupnya. Pun boleh trigger juga.

IKLAN

Tak pun kita biasa aktif dan lasak ke sini sana. Bila pertama kali dapat anak, banyak aktiviti kena bertukar warna. Tu pun boleh menyentuh rasa.

Bukanlah maksudnya orang tu tak bersyukur dapat zuriat. Tapi, biasalah. Perkara baru. Banyak nak belajar ubah segala minat dan tabiat.

Kisah apa. Dia menangis pun kat bahu suami dia. Bukannya di bahu suami kita.

 

Apa pun, untuk membina keluarga bahagia, hargai setiap detik bersama anak-anak dan pasangan. Pastinya setiap yang kita rasa susah itu akan bertukar menjadi momen indah. Semoga muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang dapat mendidikan anak-anak dengan baik.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI