Hamil 28 Minggu, Wanita Ini Tawan Acara Lasak ‘Spartan Race’. Inspirasi!

Siapa sangka ibu hamil pun mampu menawan acara lasak. Lazimnya ketika ini keadaan ibu hamil pergerakannya terbatas, namun bebeza dengan wanita ini.

Tular kehebatan ibu ini yang hamil 28 minggu telah menamatkan  acara Spartan Race yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada pagi 24 September yang lalu.

Difahamkan bahawa ibu hebat ini berjaya menamatkan acara tersebut dengan catatan masa yang mengagumkan iaitu, 1 jam 10 minit 38 saat.

Artikel Berkaitan: Siapa Kata Usia Menjejak 40 Tahun Tidak Boleh Hamil? Ketahui 9 Artis Yang Memiliki Anak Di Usia Ini

Artikel Berkaitan: Bayi Ajaib, Ibu Tak Tahu Hamil, Datang Bulan Macam Biasa

Artikel Berkaitan: Satu Badan Cat Silver Demi Rezeki, Wanita Hamil Ini Undang Sebak, Ebit Lew Hulur Bantuan.

Menerusi perkongsianya instagram miliknya @kamahaidir telah meraih perhatian para pengikutnya sehingga menjadi tular di platform media sosial yang lain.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Hamil 28 Minggu, Wanita Ini Tawan Acara Lasak ‘Spartan Race’. Inspirasi!

IKLAN

Menurut Puan Kama, peserta bagi acara tersebut perlu berlari sepanjang lima kilometer berserta 20 halangan dan ia bukan satu perkara yang mudah baginya yang sedang berbadan dua 28 minggu.

Namun, semua cabaran itu berjaya dihadapinya selepas menjalani latihan kecergasan selain mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada barisan jurulatih kecergasan di gymnasium yang dikunjunginya.

BAYI KEKAL SIHAT

Menurut Puan Kama, dia ingin memaklumkan bahawa dirinya bersama bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan menjalankan pemeriksaan rutin dengan pegawai perubatan bertauliah di Klinik Kesihatan.

Menyentuh mengenai rahsia kecergasan, Puan Kama mendedahkan dia mengamalkan gaya hidup aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Pada masa yang sama juga, tugasnya sebagai freelance instructor turut memberikan kelebihan kepada dirinya kerana mempunyai ilmu mengenai senaman yang sesuai dengan wanita mengandung.

Kongsinya lebih lanjut, dia mengambil makanan dua jam lebih awal sebelum bersenam selain mengambil beberapa supplemen untuk memastikan dirinya kekal cergas dan bayi membesar dengan sihat.

IKLAN

Dia juga menasihati golongan ibu-ibu untuk terus kekal aktif, kerana jika si ibu sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat. Namun, semua aktiviti kecergasan yang dibuat perlu bersesuaian dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada kandungan. Paling utama, jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, lebih selamat jika mendapatkan nasihat daripada jurulatih kecergasan yang berpengalaman dan bertauliah.

Akhir sekali, dia sangat menyokong aktiviti senaman ketika hamil kerana memberi manfaat kepada perkembangan bayi dan membantu para ibu mengurangkan kadar tekanan semasa mengandung, mencegah diabetes, meningkatkan stamina dan kesihatan jantung serta banyak lagi. Sungguh inspirasi kisah ibu ini!

Hamil 28 Minggu, Wanita Ini Tawan Acara Lasak ‘Spartan Race’. Inspirasi!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAMA FITNESS CENTER ® (@kamahaidir)

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KAMA FITNESS CENTER ® (@kamahaidir)

Sumber: kamahaidir& Siakap Keli

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Hamil 28 Minggu, Wanita Ini Tawan Acara Lasak ‘Spartan Race’. Inspirasi!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI