Sejak penutupan sekolah akibat penuluran kes positif Covid-19, pelbagai gelagat anak-anak kala berada di rumah.
Salah satu gelagat anak-anak yang biasa menjadi perbualan ibu-ibu apabila anak kerap ke dapur mencari makanan.
Bukan itu sahaja, ada juga anak-anak yang suka ke dapur membuka peti sejuk berulang kali hingga melahirkan kebimbangan ibu bapa. Bukan sahaja faktor keselamatan tetap bimbang boleh boleh berlaku kerosakan peti ais.
Begitu yang dilalui oleh seorang ibu ini. Beliau berkongsi kisah anaknya kerap membuka peti sejuk sehingga beliau mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada anaknya.
Mendapat idea meletakkan kepala patung dalam peti sejuk sebagai pengajaran. Idea yang mungkin boleh digunapakai kepada ibu-ibu yang rungsing jika mempunyai anak sebegini.
Gelagat anaknya ini terkejut sehingga menangis mencuit hati warganet. Maklumlah ada anak-anak berperangai sebegini sejak PKP lagi.
Solusi mudah untuk ibu-ibu yang menghadapi situasi yang sama. Boleh lah cuba!
Ads
Anak jarang sekali bersepah mainan..cuma hobi anak sulung suka buka tutup peti sejuk,
10kali buka tutup pintu sejuk tu.sampai nak tercabut pintu dibuat nye.
Lagi Mommy dia larang.lagi dia buat.menguji sungguh kesabaran..tarik nafas panjang2.
Ads
Mommy xde pilihan lain.terpaksa letak kepala patung di dalam peti sejuk
Sekali dia buka peti, muncul satu kepala..ahh sudah ,berlari xcukup tanah.takut punya pasal.menangis teresak2.sampai takut nak masuk dapo dan buka peti sejuk lagi
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.
Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.
4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semestinya kita kenal nama pelakon Sharifah Amani dan filem-filem yang dibintanginya seperti Sepet, Gol & Gincu dan Pekak. Baru-baru ini, Sharifah Amani, telah sah bergelar isteri kepada seorang CEO bernama Ahmed Fariz di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Mengikuti perkembangan pelakon ini, Sharifah, 36, meluahkan rasa syukur terhadap kelancaran semasa perjalanan majlis akad nikahnya yang sudah dirancang pada beberapa bulan yang lalu.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah” kata Sharifah.
Apabila ditanya berkenaan si suami, Sharifah mengaku bahawa kebijaksanaan suaminya adalah punca utama hatinya terpikat dan bukan kerana jawatannya sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat swasta.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘gila-gila’ dan terbaik” jelas pelakon Sepet itu.
Kami dari Keluarga mengucapkan tahniah kepada Sharifah Amani dan Ahmed Fariz. Semoga sentiasa bahagia! Semoga para pembaca juga mendapat inspirasi dari artikel hari ini.
Sumber: ROTIKAYA
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Kasih sayang dalam sebuah keluarga tidak semestinya terhenti walaupun sebuah perkahwinan telah berakhir. Itulah gambaran yang ditunjukkan oleh penerbit tersohor tanah air, Datuk Yusuf Haslam, apabila beliau dengan penuh keikhlasan mendoakan kebahagiaan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Tindakan Yusuf Haslam ini bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang tersentuh dengan sikap matang dan berjiwa besar beliau. Dalam dunia yang sering dipenuhi konflik pasca perceraian, kisah ini hadir sebagai satu pengecualian yang penuh nilai kemanusiaan.
Doa ringkas tetapi sarat makna itu nyata menyentuh hati ramai apabila Yusuf Haslam doakan Puteri Sarah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik pada masa hadapan. Ungkapan tersebut bukan sekadar kata-kata, malah menjadi bukti kasih seorang mentua yang kekal walau hubungan suami isteri tidak lagi sehaluan.
Doa itu juga memperlihatkan bahawa hubungan kekeluargaan tidak seharusnya diukur berdasarkan status perkahwinan semata-mata. Sebaliknya, ia dibina atas dasar hormat, empati dan keikhlasan yang berpanjangan.
“Mudah-mudahan kamu bertemu jodoh.”
Itulah doa yang diluahkan oleh Yusuf Haslam, satu ayat pendek namun cukup mendalam maknanya. Kata-kata tersebut mencerminkan keikhlasan dan kematangan seorang bapa yang telah melalui pelbagai asam garam kehidupan, termasuk ujian dalam keluarganya sendiri.
Bagi Yusuf Haslam, perpisahan bukan alasan untuk memutuskan silaturahim. Sebaliknya, beliau memilih untuk terus mendoakan kebaikan buat Puteri Sarah, seorang wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarganya dan ibu kepada cucu-cucu yang amat disayangi.
Puteri Sarah Liyana sebelum ini melalui fasa sukar dalam kehidupan rumah tangganya. Namun begitu, beliau tetap tampil tenang, menjaga tutur kata dan tidak pernah membuka aib sesiapa di khalayak ramai. Sikap inilah yang membuatkan ramai, termasuk mentuanya sendiri, terus menghormati dan menyanjung peribadinya.
Dalam banyak situasi, tidak mudah untuk seseorang mengekalkan ketenangan apabila berdepan tekanan emosi dan perhatian umum. Namun, Puteri Sarah membuktikan bahawa kematangan dan maruah diri adalah keutamaan, walaupun berhadapan dengan ujian yang berat.
Bagi Yusuf Haslam, Puteri Sarah bukan sekadar bekas menantu, malah masih dianggap ahli keluarga kerana peranannya sebagai seorang ibu. Hubungan yang dijaga dengan baik demi kebajikan cucu-cucu menjadi keutamaan, mengatasi segala perbezaan yang pernah berlaku.
Pendekatan ini memperlihatkan bahawa kepentingan anak-anak harus sentiasa didahulukan, dan konflik orang dewasa tidak wajar memberi kesan negatif kepada generasi seterusnya.
Dalam realiti masyarakat hari ini, hubungan mentua dan menantu sering dikaitkan dengan konflik serta salah faham. Namun, apa yang ditunjukkan oleh Yusuf Haslam menjadi contoh indah bahawa kasih sayang, empati dan kebijaksanaan mampu mengatasi luka masa lalu.
Doa yang dizahirkan itu juga membuktikan bahawa seorang mentua tidak semestinya berpihak secara membuta tuli. Sebaliknya, ia menunjukkan keupayaan untuk melihat sesuatu isu dengan hati yang terbuka dan penuh timbang rasa.
Perkongsian mengenai Yusuf Haslam doakan Puteri Sarah turut mendapat reaksi positif daripada netizen. Ramai yang meluahkan rasa sebak dan kagum dengan sikap beliau yang memilih untuk mendoakan kebahagiaan bekas menantunya, bukannya menyimpan rasa dendam.
Tidak kurang juga yang menganggap hubungan ini sebagai contoh terbaik bagaimana sebuah keluarga seharusnya mengendalikan perpisahan dengan penuh adab, hormat dan nilai kemanusiaan.
Kisah ini memberi pengajaran bahawa perkahwinan mungkin berakhir, namun nilai kekeluargaan tidak seharusnya terhapus. Apabila doa dan restu masih mengiringi, ia bukan sahaja menenangkan hati, malah menjadi teladan kepada anak-anak dan generasi akan datang.
Semoga Puteri Sarah Liyana terus kuat melangkah ke hadapan dan dipertemukan dengan kebahagiaan yang diimpikan. Dalam masa yang sama, Yusuf Haslam terus dikenang sebagai figura mentua berhati besar yang meletakkan kasih sayang keluarga sebagai keutamaan melebihi segalanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.