Ikan bilis rangup memang enak di makan bersama nasi lemak panas. Lebih enak lagi kalau di rumah hanya makan berlaukkan ikan bilis rangup bersama kicap kegemaran. Ohh..rasa dunia ini kita yang punya. Silap haribulan, boleh makan nasi bertambah-tambah.
Tapi adakalanya keenakkan bersantap boleh jadi ‘potong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat tiga perkara ini! Jom cuba
# Petua 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
Ads
# Petua 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
Ads
# Petua 3
Salah satu petua lain yang boleh dilakukan adalah dengan membersihkan ikan bilis seperti biasa kemudian masukkan ke dalam bekas. Kemudian masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis. Biarkan diperap selama 5 minit. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Hasilnya ikan bilis akan kekal rangup dan enak dimakan.
Tip Perlu Tahu
1. Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
Ads
2. Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
3. Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
4. Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Adakalanya tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba membuatkan kita jadi blur nak sediakan apa untuk menyambut mereka kan. Jadi, apa kata cuba buat resipi ini. Bukan hanya memudahkan anda, malah anak-anak juga pasti sukakannya.
Tak perlu nak fikir apa lagi menu minum petang nanti. buat je resipi Popia Mushroom ni pasti seisi keluarga sukakannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Atiqah Nadirah ni.
Salam semua..
Ada lagi ke yang buat rumah terbuka? Kalau ada meh sis nak share sikit resepi. Simple je nak buat.. Boleh simpan siap-siap dalam peti sejuk tu. Tetamu datang, boleh goreng je.. Dah tentu sedap tau..
Popiah mushroom yummy... Bahan-bahan
1 pkt kulit popiah besar
1/2 biji bawang besar (cincang)
1/2 cwn minyak untuk menumis
1 pkt daging kisar
1/2 pkt sausage
1/2 pkt crab stick
1 tin cendawan butang (x letak pn x pe)
1 batang carrot (sagat halus)
2 tin prego carbonara cendawan
1/2 sudu kecil garam
1 sd kecil serbuk lada hitam
pepper (optional) Cara-cara
1. Tumis bawang merah sampai naik bau.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak.
3. Masukkan carrot, crab stick, cendawan dan sausage. Masak sekejab.
4. Kemudian, prego dan perasakan. Siap.
5. Biarkan inti sejuk sebentar dan gulungkan seperti popiah. Simpan dalam freezer sebelum digoreng. Hasilnya.. tentu puas hati… Makan bersama thai sauce… SELAMAT MENCUBA…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ditanya apa akan anda buat sekiranya jam di dinding rumah anda rosak? Mungkin ada yang menjawab, dibaiki semula atau jika tidak pun dibuang begitu sahaja.
Pun begitu, tahukah anda bahawa jam tersebut boleh dipraktikkan sebagai hiasan dinding yang cantik seperti mana yang dihasilkan oleh Puan Nani ini.
Cantik bukan?
Teruja untuk mengetahu langkah demi langkah menghasilkan hiasan dinding seperti ini, ayuh ketahui lebih lanjut bahan dan cara membuatnya.
Bahan-Bahan: Jam dinding, pembuka skrew, spray, pelekat Love dan bunga.
Step 1: Buka semua bahagian jam. Kemudian spray bingkai jam mengikut warna yang diingini
Step 2: Terbalikkan paper tengah, kemudian cantum semula kesemuannya kecuali jarum jam dan cermin.
Step 3:Gubah bunga di dalamnya mengikut kreativiti.
Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, hati ibu dan ayah ini cukup besar dan cekal orangnya. Betapa kuatnya suami isteri ini melangkah, kental jiwanya biar diduga dengan ujian yang sedemikian hebat. Bukan calang-calang orang dan mereka adalah antara insan terpilih. Keterbukaan Muhammad Hamka menceritakan perihal anak istimewanya pasti memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun Muhammad Hamka atau dikenali sebagai Hamka Mekar menerusi facebooknya, dan isteri Nurhaniza memilih untuk REDA, kekal KUAT demi anak-anak tanpa menyimpan rasa kecewa mahupun mahu mempersoalkan apa yang sudah ‘dihadiahkan’ oleh Yang Maha Pencipta untuk mereka. “Iman sekarang berumur 6 tahun, dulu kami tak tahu apa-apa tentang OKU ( Orang Kelainan Upaya), autism, anak 3 tahun tak bercakap ingat dia normal sebab anak bongsu, manja sikit, tapi hinggalah waktu hantar anak ke tadika 4 tahun, gurunya kata Iman tak sama dengan kanak-kanak lain, mungkin dia anak OKU kata gurunya.
“Tapi ibu bapa mana yang mahu anaknya OKU, lalu kami nafikan dan tetap hantar sekolah tu walaupun tahu anak tak belajar apa sebab bukunya kosong, cikgu cakap, anak banyak tidur dan jika tak tidur kacau orang, lalu saya baca di internet masalah anak dan syak anak saya ni autism.
“Bila bawa dia jumpa doktor tak boleh sahkan, banyak ujian cara kerja, pertuturan, bertulis tapi tak dapat sahkan kerana bukan pakar, masa terbuang, sementara itu anak di sarankan hantar ke tadika lain oleh guru tadika sebab tak normal. Masa tu susah cari tadika yang boleh terima anak OKU, tadika khas untuk anak autism dah penuh dan kena tunggu giliran,” ujar Muhamamd Hamka memulakan bicara awal tentang anak istimewanya. Nampak tanda autism pada anak
Nasib menyebelahi mereka kerana kebetulan kawan Muhamamd Hamka membuka tadika sendiri, Lalu pasangan ini mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sana.
“Walaupun Iman di hantar belajar ke sana, namun dalam masa yang sama saya masih terus buat ujian masalah anak di hospital. Sambil tu berdoa agar doktor cakap anak kami bukan OKU cuma speech delay.
“Dipendekkan cerita, masalah timbul bila bisnes tadika kawan saya itu rugi dan tadika terpaksa ditutup. Jadi saya terpaksa menjaga anak sendiri. Jadi saya terpaksa bawa dia ke mana-mana, masuk pejabat sama-sama, Bersama dengannya 24 jam, saya tak boleh nafikan lagi, memang saya nampak tanda autism yang jelas pada anak saya lalu saya minta doktor yang selalu saya jumpa agar dapat tulis surat untuk saya rujuk pakar kanak-kanak.
“Waktu tu umurnya sudah lima tahun, baru dapat jumpa doktor pakar, dan terus disahkan autism. Maka saya terima, saya ada anak OKU, dan saya pun belajar uruskan anak ini, rupa rupanya bila hati kita dah terima, maka mudah sahaja nak jaga anak OKU ni. Yang susah bila kita tak terima, jadi pesan saya, apa pun masalah anak, kita niat nak uruskan. Sebab hidup ini bukan untuk dirisaukan, tapi untuk di urus. Ramai orang gagal urus kejayaan hingga buat maksiat, dan lebih ramai lagi yang gagal urus ujian hidup hingga juga buat maksiat, jadi saya ada anak OKU dan saya okey,” ujar Muhammad Hamka lagi. Bertanya soalan aktiviti bonding time
Biarpun memiliki anak istimewa, namun Muhammad Hamka dan isteri memastikan ‘bonding’ antara keluarga dipraktikkan sebaik mungkin.
“Kami akan cari sebanyak masa yang ada untuk buat aktiviti bersama. Dengan anak normal, saya banyak ajar mereka bertanyakan soalan, apa sahaja soalan dan jika mereka tiada soalan, saya akan tanya. Dari situ akan dapat tugasan atau sasaran untuk di selesaikan bersama, bagi anak syurga pula saya ikut nasihat pakar dan cuba bermain permainan yang mampu meningkatkan kemahiran motor, pertuturan dan pergaulan.
“Dalam permainan anak tanya ayah jawab (biasanya dalam kereta, di meja makan, atau sebelum menonton) dari kesempatan saya menjawab soalan tentang masalah hidup dari anak-anak, dari masa ke semasa saya terangkan kelebihan ada adik syurga, kenapa dia adik syurga? Bagaimana dia bantu kita di sana dan bermacam macam lagi semuanya melalui komunikasi bersemuka. “Memandangkan anak saya tiga di asrama, dua di rumah, maka memang banyak masa bersama anak istimewa, jadi tak dapat di nafikan layanan pada anak istimewa ini lebih sebab dia pertama seumpamanya dalam keluarga kami dan semoga anak- anak lain faham kenapa ayah terpaksa pecah kecilkan kasih sayang dan untuk anak syurga, potongan ‘kek kasih sayang’ itu tidak dapat tidak, lebih besar,” jelas Muhammad Hamka lagi.
Bersyukur dan bersabar tip elak hidup tertekan
Dalam pada itu, Muhammad Hamka turut berkongsi tip mengelakkan diri dari tertekan.
“Saya dan isteri mengamalkan dua perkara dan cara ini membolehkan semua masalah hidup menjadi mudah insya-Allah. Dua cara tersebut adalah bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabar dengan segala ujian walaupun sekecil kecil ujian, saya bersyukur juga dikurniakan pasangan yang berjiwa ‘fighter’.
“Teringat saya pada kisah di mana ada orang jumpa Nabi dan beritahu tak pernah cium anak-anak sebab sibuk beribadat, dan Nabi kata, sebaik baik manusia tapi masih mencium anak, memeluk dan berkasih sayang. Ada juga pesan ulamak: Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia. Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia. Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu. Orang yang tak bagi masa pada al-Quran, maka al-Quran akan hilang dari orang itu. “Demi masa, semua manusia dalam kerugian. Maka silalah kreatif dalam mencari masa untuk banyak bersama anak- anak, dalam kereta main teka teki, mesyuarat bila di rumah, bincang isu semasa waktu makan, dan banyak bermain bersama mereka, sungguh anak cepat membesar, maka banyakan masa ‘peluk’ mereka agar ‘lambat’ membesar,” jelas Muhammad Hamka tatkala diminta memberikan tip ‘bonding’ yang dipraktikkan mereka sekeluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di