Ramai ibu bapa panik apabila mendapati anak mengalami pendarahan hidung secara secara tiba-tiba.

Perasaan takut turut datang bersilih ganti apabila memikirkan hidung berdarah sebagai petanda penyakit serius.

Usah bimbang mengenai hal ini, Otorinolaringologi Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M Sallih menjelaskan hal ini menerusi perkongsian di facebook miliknya.

Anak Asyik Hidung Berdarah Bukan Petanda Penyakit Serius. Dr Ini Jelaskan Sebabnya. Take Note Semua!

Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.

Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :

1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.

IKLAN

2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.

3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.

4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.

5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.

IKLAN

6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.

7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.

Anak Asyik Hidung Berdarah Bukan Petanda Penyakit Serius. Dr Ini Jelaskan Sebabnya. Take Note Semua!

IKLAN

8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.

10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Anak Asyik Hidung Berdarah Bukan Petanda Penyakit Serius. Dr Ini Jelaskan Sebabnya. Take Note Semua!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI