Tidak dinafikan ramai ibu bapa risau mengenai sikap anak yang ‘ketagih’ bermain gajet.
Situasi ini mengakibatkan anak alpa dengan pelajaran.
Sikap begini akan mengganggu motivasi anak untuk fokus belajar.
Nak tahu cara untuk pisahkan anak dengan gajet. Ikuti panduan ustazah ini yang merupakan pendidik disebuah sekolah.
Pisahkan anak dari gajet
Mungkin tip ini dapat membantu. Saya kumpulkan disini cara ibu ayah hebat bantu anak mereka agar tidak terikat dengan gajet
Ads
1. Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka
Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Anak-anak leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR, tidur lewat malam kerana bermain game, mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu ta’asub dengan hiburan, melayari Internet tanpa batasan. Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu ayah meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar anak-anak kita diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
Ads
2. Selesai PdPR, bina aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakkan komunikasi, cari point penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan. Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu ayah melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik dari kita. Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadi seperti kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.
3. Berjamaah setiap kali waktu solat. Bila solat sendiri-sendiri, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada Allah dan baca surah-surah lazim.
4. Waktu petang ajak anak-anak keluar untuk bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai. Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman Kanak-Kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.
Ads
5. Selepas selesai solat maghrib berjamaah jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.
6. Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game. Ibu ayah yang saya kasihi.. Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti.
Ustazah Aminah bersama pelajar-pelajarnya . p/s: Gambar diambil sebelum wabak Covid-19.
Jarakkan anak-anak dari gajet, penuhi hidupnya dengan penuh bermakna.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pergilah me time, family time, nak tunggu banyak duit baru boleh seronok, susahlah, belanja ikut bajet. Dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan hari ini, ramai di antara kita sering terlepas pandang akan kepentingan masa untuk diri sendiri (me time) dan masa bersama keluarga (family time).
Kedua-dua masa ini adalah sangat penting untuk kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita. Banyak manfaat ‘me time’ dan ‘family time’ terutama dari segi kesihatan mental. Tidak perlu pergi jauh-jauh atau perlu keluarkan belanja yang banyak, yang penting kita ada masa untuk ‘masa untuk diri sendiri.’
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah…
Ada sikit, kita seronok la cara sikit…
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang…
Jadi tak seronok jugak… Si suami pergi balik keje hari-hari…si isteri uruskan hal rumah hari-hari…si anak pergi belajar hari-hari…
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui…
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat…
Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah itu…
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak…tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah…
Duit sikit, kita belanja cara sikit…duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat…
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu…
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan…isi minyak kereta, jalan… Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut…Balik semua happy.
Kepentingan ‘Me Time’
‘Me time’ merujuk kepada masa yang diperuntukkan khusus untuk diri sendiri tanpa gangguan dari pihak lain. Masa ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti yang kita sukai, seperti membaca buku, bersenam, meditasi, atau hanya berehat tanpa sebarang tanggungjawab.
Mengurangkan Tekanan:
Masa untuk diri sendiri membolehkan kita berehat dan melepaskan tekanan yang terkumpul akibat rutin harian. Dengan mengambil masa untuk berehat, kita dapat mengurangkan risiko keletihan dan tekanan.
Meningkatkan Produktiviti:
Apabila kita mempunyai masa untuk memulihkan tenaga, kita akan menjadi lebih produktif. Masa rehat yang berkualiti membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan membuat keputusan yang lebih baik.
Penjagaan Diri:
‘Me time’ adalah masa untuk kita menjaga diri sendiri, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Ia memberi peluang kepada kita untuk memahami diri sendiri, mengenal pasti apa yang kita perlukan, dan merancang langkah-langkah untuk mencapai kesejahteraan.
Kepentingan ‘Family Time’
‘Family time’ pula merujuk kepada masa yang diluangkan bersama keluarga, tanpa gangguan dari kerja atau komitmen lain. Masa ini sangat penting untuk membina hubungan yang erat dan harmoni dalam keluarga.
Mengukuhkan Hubungan:
Masa bersama keluarga membantu mengukuhkan ikatan antara ahli keluarga. Aktiviti bersama seperti makan malam, bermain permainan, atau menonton filem bersama-sama dapat meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara satu sama lain.
Menanam Nilai dan Budaya:
Masa bersama keluarga adalah peluang terbaik untuk ibu bapa menanam nilai-nilai murni dan budaya kepada anak-anak. Ia juga memberi ruang untuk berkongsi pengalaman hidup dan memberi nasihat yang berguna.
Menyokong Pembangunan Emosi:
Anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Mereka merasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Mengurangkan Tekanan:
Seperti ‘me time’, ‘family time’ juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Berada dalam lingkungan keluarga yang menyokong memberi kita rasa selamat dan tenang, yang dapat membantu mengurangkan tekanan harian.
Mengimbangkan ‘Me Time’ dan ‘Family Time’
Adalah penting untuk mencari keseimbangan antara ‘me time’ dan ‘family time’. Kedua-duanya adalah penting dan saling melengkapi. Kita perlu bijak mengurus masa untuk memastikan kita mendapat manfaat daripada kedua-dua jenis masa ini.
Jadualkan Masa:
Tetapkan jadual yang jelas untuk ‘me time’ dan ‘family time’. Contohnya, luangkan masa untuk diri sendiri pada waktu pagi atau sebelum tidur, dan habiskan masa bersama keluarga pada hujung minggu atau waktu makan malam.
Komunikasi Terbuka:
Berkomunikasi dengan keluarga tentang keperluan untuk ‘me time’. Jelaskan bahawa masa ini adalah penting untuk kesejahteraan diri sendiri dan akan memberi manfaat kepada keluarga secara keseluruhan.
Fleksibiliti:
Jadilah fleksibel dalam mengatur masa. Kadang-kadang, kita mungkin perlu menyesuaikan jadual kita untuk memenuhi keperluan semasa, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi kita.
Dengan mengurus masa dengan bijak dan mencari keseimbangan antara keduanya, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan harmonis. Oleh itu, jangan abaikan kepentingan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Pastikan kita sentiasa meluangkan masa untuk kedua-duanya demi kesejahteraan yang berpanjangan.
Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Sebagai ibu bapa, semestinya mahukan terbaik buat anak-anak. Meskipun dah meningkat dewasa, anak-anak masih dilihat kecil oleh orang tuanya sehinggalah mereka mempunyai keluarga sendiri.
Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak istimewa, selagi mereka belum temui kebahagian sendiri, selagi itu menjadi tumpuan lebih dari ibu ayah buat mereka. Seperti pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin yang menitipkan ucapan hari lahir buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang ke 26 tahun.
Dalam hantaran di Instagram tersebut, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time” tulisnya.
Manakala dalam hantaran yang lain, Zarina ada berkongsi permintaan Azal untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka sebagai hadiah hari lahirnya, tetapi bagi suaminya permintaan disifatkan membazir dan takut terbiasa.
“Azal cakap dia teringin sambut birthday stay overnight kat Mandrine Oriental Hotel.. then the next morning breakfast kat hotel.. bila cakap dengan abah .. abah dia cakap jangan membazir .. jangan ajar anak yang bukan2 dah terbiasa susah kita nanti .. kita ada takpe esok esok kite tkde macamana? .. saya terdiam dan cakap kat azal .. okay lah kita dinner jer lah malam ni .. azal cajap baiklah ibu 🥰”, tulisnya dalam perkongsian lain.
Penerimaan baik Azal tentang perkara ini mendapat pujian di ruangan komen. Bagaimanapun, hari lahir pasangan kembar ini akhirnya disambut meriah di sebuah kedai makan milik rakan selebriti, Zizan Razak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.