Perkongsian ibu ini menarik juga untuk kita praktikkan untuk mendidik anak-anak kita agar lebih memahami nilai wang.
Umumnya, kita sering arahkan anak untuk menabung pada anak-anak tanpa memberi kefahaman tentang tujuan, kepentingan dan sebagainya.
Jadi apa kata kita guna pendekatan ini.
JANGAN ajar anak menabung…… it is a big NO NO!Selagi dia tak faham erti value. Ibarat suruh orang yang tak mengantuk untuk tidur. Dia liat nak buat.
So, ajar dia nilai duit dulu. I give umar RM2 per day each day dia pergi sekolah. Sabtu ahad tak dapat, MC atau ponteng tak dapat.
Ads
Everytime keluar, pergi mall, restaurant, petronas, bawak duit tu. Belikan wallet, saya beli wallet mickey tu di kedai ECO RM2 sahaja.
Ads
So, apa-apa yang dia minta. Suruh dia guna duit dia. Ajar dia macam mana nak tengok price tag.
Cth: RM5.50, saya akan cakap 5 keping. So dia kira 5 keping.
Ads
Apa yang membuatkan saya terkejut. Dia boros, suprise egg kinder , choki-choki, twiggies, u name it, one day dia termenung. I tanya kenapa Umar? Dia jawab duit dia dah nak habis. KENA MENABUNG ni mama, jangan membazir . Allah! Dia faham nilai dan value duit. Dan menabung dengan sendiri tanpa i paksa terpekik. Budak 4 tahun dah faham, u want somthing you have to earn it. Kalau dia request untuk guna duit u instead. Bawak beg duit extra. Beg duit kosong. Tunjuk kat dia duit kita habis. Anak kecik kurang faham dengan audio, dia lebih faham visual. Dia tengok, dia faham.
2 minggu kami keluar dia tak minta apa-apa. Terkatup rapat mulut. Tiap-tiap hari belek wallet dia. Hehehhehe. Minggu ke tiga dia beli cheezy wedges untuk mama! Terharu nyaaaa! Kumpul duit untuk mama rupanya!
BUT! Only bagi duit time dia nak g sekolah. Biar dia faham kita pergi kerja cari duit, untuk belanja beli barang keperluan. Chores, kerja rumah. Jangan ajar upah, sebab itu adalah tanggungjawab. Buat dengan FREE and ikhlas. Sebab takut anak jadi money oriented. Sikit-sikit mintak duit.
Sekian dari saya.
Kredit : Shanaa Amirah via Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kabinet Dapur Usia 10 Tahun, Lepas ‘Makeover’ Auto Nampak Macam Baru
Kabinet dapur yang lama, usahlah dibuang. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru. Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati.
Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya.
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
INILAH HASILNYA:
Mana-mana perabot yang rosak sikit-sikit itu bolehlah kita baik pulih. Jangan buang. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini eloklah kita berjimat-cermat.
Pening kepala adalah perkara biasa, tetapi jika terlalu kerap, boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan rutin harian. Perkongsian Dr. Ezairy M.Sallih ini sungguh bermanfaat untuk diketahui. Jom semak!
“Isteri saya ini selalu sangat pening. Ada doktor kata migraine, ada kata vertigo, ada kata resdung, darah tinggi. Pening kepala saya!”
Bawa bertenang. Pening kepala merupakan simptom general yang boleh berlaku kepada sesiapa. Kadangkala, sukar untuk berjaya mengenalpasti punca lebih awal. Sebab ia gejala yang tidak spesifik!
Kajian di barat menunjukkan lebih 30 peratus daripada kita berjumpa doktor akibat simptom pening kepala saja sebelum mencapai usia 65 tahun. Dahsyat kan?
Perlu pemeriksaan.
Doktor perlu memeriksa pesakit secara keseluruhan. Darah tinggi, kencing manis, bacaan kolesterol, gejala resdung, pendengaran, mata dan banyak lagi. Adalah sukar untuk mengenalpasti penyakit itu tanpa melakukan pemeriksaan. Perlu berjumpa doktor.
“Tapi, setiap kali pening kepala saja, bacaan darah tinggi saya mesti naik?”
Ini biasa ditemui. Ramai daripada kita tidak sedar bahawa mereka mengalami beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak tahu sebelum itu. Ini bahaya. Dirisaukan ia diketahui sebaik sahaja mendapat komplikasi seperti serangan strok, kerosakan organ dan lain-lain.
Jadi, apa sebab pening kepala ini? Apa punca-puncanya?
Gejala pening kepala boleh dibahagikan kepada fisiologikal, postraumatik, neurologikal, psikologikal dan beberapa lagi. Apa beberapa kaedah pembahagian untuk mengenalpasti punca pening kepala. Rumit kalau nak dibincangkan satu persatu.
Maka itu saya ringkaskan seperti di bawah.
1. Sea sickness atau kita selalu sebut sebagai mabuk laut. Ini berlaku akibat konflik yang berlaku apabila visual input(pandangan kita kepada lantai bot) mengalami konflik dengan pergerakan bot yang terolang-aling. Jadi apa kena buat? Sebab itu anda dinasihat pandang saja ke depan bagi mengurangkan konflik ini.
2. Visual. Anda yang berkaca mata pasti mudah faham apa yang saya maksudkan kan? Apabila seseorang baru memakai atau menukar power cermin mata contohnya, ini akan memerlukan perubahan adaptasi pada refleks yang dipanggil vestibulocular reflex(VOR) bagi memastikan pergerakan mata seiring dengan pergerakan kepala. VOR bagi mereka yang berusia sangat perlahan dan ini merupakan salah satu sebab mereka mudah mengalami pening kepala.
3. Ketinggian atau dipanggil ‘height vertigo’. Bagi memastikan postur badan kita stabil, perubahan pergerakan kepala 2cm sahaja dibenarkan bagi membolehkan pandangan(visual) kita membantu kestabilan tubuh. Sebab itu apabila anda berdiri melihat ke bawah di bangunan tinggi, anda akan rasa melayang dan ingin berpusing. Tak percaya? Boleh cuba. Tapi pastikan ada seseorang di sisi. Hati-hati.
4. Migraine. Masalah ini sering dikaitkan dengan simptom pening kepala sebelah bahagian sahaja. Betul? Tapi pernahkah anda mengalami pening kepala, apabila berjumpa doktor itu katanya migraine, bila jumpa doktor ini katanya vertigo. Jadi mana satu betul ini? Anda pernah dengar ‘Migraine associated vertigo’? Masalah ini boleh berlaku kepada anda dan kadangkala amat sukar untuk membezakan dengan ‘meniere disease'(saya akan cerita tentang meniere selepas ini). Sebanyak 40 peratus pesakit yang mengalami meniere turut mengalami migraine!
5. Meniere disease merupakan salah satu gejala vertigo iaitu pening kepala berpusing dan disertai dengan masalah pendengaran. Ia berlaku disebabkan oleh masalah pada vestibular sistem iaitu organ keseimbangan tubuh dan pendengaran juga.
6. BPPV atau benign positional paroxysmal vertigo berlaku apabila berlaku perubahan pada pergerakan kepala. Serangan berlaku biasanya sekejap saja dalam beberapa saat ke minit. Ia berlaku akibat masalah pada semicircular canal iaitu struktur keseimbangan tubuh. Pesakit BPPV tidak mempunyai masalah pada pendengaran. Berbeza dengan meniere.
7. Ubat. Beberapa jenis ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan pening kepala seperti ubat yang bertindak central iaitu phenytoin, barbiturates, carbamazepine dan banyak lagi.
8. Pendarahan kepala atau gegaran otak. Ini biasa berlaku selepas kemalangan. Pening merupakan salah satu gejala utama yang biasa ditemui.
9. Sinusitis atau resdung. Pesakit biasa akan mengadu berat kepala dan muka disamping masalah pada hidung seperti tersumbat, hidung berair, kurang bau dan lain-lain.
10. Ketumbuhan. Ini yang paling kita tak mahu dengar. Ketumbuhan paling biasa menyebabkan masalah vertigo ialah pada kawasan pangkal otal (cerebellopontine angle). Ketumbuhan dalam otak sendiri juga boleh menyebabkan simptom pening kepala kepada pesakit. Pesakit boleh datang dengan gejala pengsan, serangan sawan selepas beberapa hari pening kepala di rumah.
Kalian… jangan lambat dapatkan rawatan. Jangan jumpa bomoh-bomoh. Jangan dapatkan suplemen dan jamu dulu. Jangan urut-urut, buat rawatan kampung dulu. Jumpa doktor dulu, periksa apa masalah kita. Doktor membantu selagi boleh. InshaaAllah.
Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih Maklumat di atas adalah sebagai rujukan tambahan. Tidak bertujuan sebagai konsultasi penyakit anda. Jumpa doktor untuk diagnosis tepat.
*Saya tambah nombor sebelas yang ramai lupa termasuk saya. Stres dan tekanan hidup. Hidup ini pilihan. Kita yang pilih untuk gembira atau berduka. Nak sedih, nak ketawa, nak menangis atau apa-apa hak kita kan? Dekatkan diri dengan Tuhan. Hati tenang, fikiran senang dan InshaaAllah masalah hilang.
Sila tekan butang #SHARE jika anda rasa tulisan ini berguna. Semoaga membantu lebih ramai orang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbahagianya dapat makan aiskrim ketika musim panas begini bukan? Pasti terasa lega tekak yang kering ini apabila dapat menelan aiskrim yang sejuk. Apatah lagi jika aiskrim itu kaya nutrisi. Jadi tidaklah sahaja dapat hilangkan dahaga, malah boleh juga bekalkan khasiat untuk tubuh badan.
Bahkan kita sebagai ibu pun tidaklah bimbang sangat kalau anak-anak makan terlebih aiskrim tersebut. Maklumlah kita sendiri yang sediakannya, pasti kita hanya masukkan bahan-bahan yang terbaik di dalam penyediaan aiskrim tersebut.
Untuk yang belum pernah mencuba menyediakan aiskrim berkhasiat ini, jom sediakan sepertimana yang dikongsikan oleh MamaD ini.
Melihat bahan-bahan yang dikongsikannya untuk membuat resipi aiskrim itu pun kita sudah dapat bayangkan kesedapan rasanya, tak sabar pula untuk dicuba!
Anak-anak suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confirm mengamok nak aiskrim. Pening kepala mak pak kan nak kontrol. Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yang sihat.
AISKRIM HOMEMADE SIHAT
Bahan-bahan:
1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat( mamaD tak letak, sebab tak nak manis
Perisa ikut suka. MamaD letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett
2 Badam disangai atau beli yang siap sedia dimakan, kemudian blend hancur.
3 Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yang sudah ditapis air rendaman tadi. Blend sekejap.
4 Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam blender ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 min dan boleh dimasukkan badam yang siap diblend hancur.
5) Sedia dibekukan. Enjoy.
Ekstra info :
*Sebenarnya, boleh je terus diblend dalam blender bahan-bahan tu tanpa alih bancuhan ke dalam pemutar kek. Tapi efek dia kurang gebu sikit la. *Kismis dan badam tu boleh je kalo nk masukkan ke dlm aiskrim secara kasar, tp disebabkan ank mamaD ni kecil lg, sbb tu mamaD blend hancur. ? *Gantikan kismis dgn pisang pon best tau. *Untuk lagi gebu, pukul sebiji telur bersama ovallett sehingga gebu dahulu. Baru dimasukkan susu dan bahan-bahan lain. Jangan risau, tak hanyir pun.
Ok, enjoy ya. Kita yang dewasa pon berebut aiskrim ni. Lemak manis.
sumber : Miera Irayz Nordin via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.