Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri, malah perasaan keterujaan menanti kehadiran anak sulung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bahkan perasaan yang sama juga turut dirasai oleh insan yang bergelar seorang datuk dan nenek. Kehadiran cucu menjadi penyeri buat hidup mereka. Yakinlah bila tiba masanya itu, mereka akan menjadi orang paling bahagia dalam dunia ini.
Ini sepertimana perkongsian video yang tular di TikTok apabila seorang wanita membuat kejutan berkongsi keputusan pragnancy test yang menunjukkan dia telah hamil kepada ayahnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kamkocam kelihatan mereka sekeluarga di dalam kenderaan untuk menuju ke suatu destinasi.
Pun begitu apa yang menarik perhatian di dalam video tersebut, apabila wanita yang membahasakan dirinya adik yang duduk bersebelahan dengan ayahnya tiba-tiba mengambil bag tangan dan meminta ayahnya memakai kaca mata kerana ingin menunjukkan sesuatu.
Lalu dicapainya pregnancy test kit di dalam bag dan dihulurkan kepada ayahnya, pun begitu ayah masih tidak faham apa makna alat tersebut.
Ads
Namun selepas anaknya memaklumkan bahawa dia sudah mengandung, ayah tersebut terus menadah tangan ucap syukur. Dia juga terlihat begitu gembira dengan perkhabaran tersebut dan berasa sebak.
Auto airmata turun…Netizen
Perkongsian video ini berjaya mencuri tumpuan dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat reaksi pakcik tersebut. Malah ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut.
@kamkocamDulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. hahahaha!♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran
“Allahu terus menangis sy tgk reaksi ayah awk sebab sy belum ada rezeki nak bagitahu abah sy berita macam ni. 6 tahun sy tunggu. Korang plis doakn zaza,” kongsi Zaza Tampin.
Ads
Manakala tulis fiaaaaaaaa44 pula , “Sebak tngk 🥹 congrats sis…”
“Gugur air mata aku..sama mcm arwah ayah aku..bila suprise kan dye..jenis spontan mcm nie..reaksi sama..,” komen Faizal Fahmi
“Alhamdulillah…tahniah..sebak akk tgk nya…😭😭moga sntiasa dalam jagaan Allah swt…selamat kandungan nya…hingga selamat melahirkn.sht kedua²nya,” komen zilazainudin5208
Setiap awal tahun, pasti meriah dengan kisah-kisah anak memulakan sesi persekolahan, namun, dek pendamik Covid-19 menyebabkan semuanya tertangguh.
Anak-anak kini terpaksa belajar secara online di rumah. Ini menimbulkan pelbagai reaksi baik kepada pelajar, ibu bapa mahupun guru sendiri.
Ada sahaja pandangan dan luahan dari pelbagai pihak tentang isu ini. Termasuklah juga golongan selebriti. Terbaru, pengacara Awal Ashaari menyuarakan kebimbangan akan keberkesanan pembelajaran menerusi atas talian.
Duduk rumah lama sgt, tudung pun dah tak muat!
Sedih sangat tengok budak budak sekarang, struggling with online classes, see how they try so hard everyday to adapt with the virtual class.
Rasanya dalam 100% yang cikgu ajar, berapa peratus je yang masuk dalam kepala? With all the distractions at home, among classmates.. ada yang terlentang, ada yang meniarap.. ada melompat.. ada yang menyanyi.. ada yang buat stunt..
Obviously cikgu susah nak control them because these kids are not in a real classroom.. it must be really challenging to the teachers too.
Oh lets pray that all this will end soon, so they can go back to school, like normal.
Perkongsian Awal turut dipersetujui oleh selebriti dan juga warganet lain.
azrinazmazharhakim Oh dear… pity kids now adays… pray all this pandemic cepat2 lah diangkat dan dihisab hapus dlm dunia ni
fateharrayan79Betul awal.. Bdk bdk kesian sbb depa pun nk bergaul dgn rakan sekolah 😩..bkn takat belajar je.. kita yg adult ni pun stress ngadap komputer.. Virtual meetingla.. Ni kn depa
raihans_shop_murahJgn ckp anak2 kecik saya yg dh beso ni pon struggle online class ni..pjj Student pulak tu 😭 @awalashaari
Cukup mudah untuk mengatur pertemuan bersama personaliti Arena Wan Mun-Yi Iman Wan yang juga merangkap Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019 baru-baru ini. Tahniah Arena!
Cantik, yakin dan penuh motivasi antara keistimewaaan yang dimiliki oleh anak sulung daripada tiga beradik ini. Mesra disapa sebagai Arena, gadis berusia 19 tahun seorang yang merendah diri serta tidak lokek dengan senyuman. Tapi siapa sangka, gadis manis ini bertubuh kecil ini seorang yang tabah dan kuat semangat bagi memberikan yang terbaik buat adik beradik dan ibu bapa.
Arena merupakan kakak kepada Adam Wan ‘Adam Autism Family’ , menyifatkan keluarganya adalah inspirasinya untuk mengorak langkah lebih yakin dalam hala tuju kehidupannya.
Kisah keluarganya yang pernah viral sebelum ini berkisar adiknya Adam, seorang Autisme telah mendapat perhatian ramai, Arena menyifatkan itu sebagai perkongsian yang bermanfaat supaya mendapat kesedaran daripada masyarakat apa itu Autisme ini. Malah ketika ditembual oleh Keluarga, kelihatan tangan Arena ada kesan luka selepas Adam mengamuk di rumah.
“Bagi saya, ada segelintir masyarakat segelintir yang tidak tahu apa sebenarnya autisme. Ada yang kata down syndrom atau penyakit dan boleh sembuh. Hakikatnya autsime adalah kekurangan dalam diri yang dialami oleh seseorang individu.
“Kita tak boleh mengira sejauh mana kekurangan itu tetapi boleh membaikinya. Ia bukan penyakit. Autisme ini ada karektor. Ada yang boleh jaga diri sendiri , bercakap, melakukan rutin, boleh faham dan menjaga diri.
“Manakala bagi yang jenis memerlukan perhatian lebih, mudah mengamuk. Paling menyedihkan ada segelintir mengatakan mereka ini tidak waras. Saya berharap masyarakat jangan mudah menghukum tanpa mengetahui punca sebenar ia berlaku.
“Saya dan ibu bapa sendiri mengalami situasi yang sama apabila masyarakat tidak faham apa yang kami lalui. Saya masih ingat, ketika adik saya, Adam mengamuk sehingga ayah terpaksa meredakan keadaan Adam dengan cubaan untuk baringkannya ke lantai. Ia bertujuan untuk mengelak Adam secara tidak sengeja mencederakan orang awam yang berdekatan.
Tanpa diduga, ada individu telah menghubungi pihak polis setelah menganggap ia unsur penderaan.
“Saya mohon masyarakat, jika melihat situasi ini, tolonglah bertanya dan jangan mudah menghukum. Tak tahu tolong tanya dan jangan buat andaian yang salah mengenai austime ini,” jelasnya dengan mata yang berkaca.
Hampir putus asas
Menyentuh pula mengenai kejayaannya yang meraih gelaran Dewi Favorite bagi Dewi Remaja 2018/2019, anak kepada komposer terkenal, Iman Wan ini, tidak menyangka mendapat gelaran khas melalui pertandingan anjuran Majalah Remaja itu setelah beliau hampir putus dan keadan emosi yang tidak stabil ketika menghadiri uji bakat buat pertama kali.
Sebelum tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2018 / 2019, Arena telah terlebih dahulu dipilih sebagai peserta Top 20.
“Ibu bapa saya memang memberi galakkan untuk saya menyertai pertandingan ini. Cuma pada hari uji bakat yang melibatkan ratusan calon, saya hampir putus asas.
“Ketika itu Adam mengamuk. Ayah pula kerja luar kawasan. Melihat situasi itu membuatkan saya putus asas untuk menghadiri casting itu. Lebih-lebih lagi ketika itu Adam sudah mula semakin agresif.
“Ibu tetap mahu saya menghadiri uji bakat itu. Dalam kereta Adam mula menendang kerusi, Saya mula risau Adam akan mencederakan ibu dan adik yang baru berusia 7 tahun. Ibu hanya sempat menghantar saya separuh jalan. Selebihnya saya pergi sendiri menaiki kenderaan awam.
“Saya tak sangka terpilih. Walaupun ketika itu emosi saya tidak stabil. Malah saya amat bersyukur, walaupun ini adalah casting pertama buat saya, saya terpilih,” ujarnya mahir bermain gamelan, piano, ukulele dan gitar.
Anak sulung yang tabah
Arena juga tidak menafikan kehidupannya banyak tertumpu kepada keluarganya setelah Adam disahkan autisme seawal tiga tahun.
“Dulu saya mempunyai perasaan malu apabila mempunyai adik sebegini. Biasalah perasaan seorang remaja. Namun, saya belajar untuk lebih bersabar dan redha. Belajar untuk terima seadanya.
“Oleh kerana anak sulung, saya banyak memberi tumpuan kepada keluarga sehingga saya tidak pandai bersosial dan tidak ramai kawan. Malah ada yang kata, saya tak pandai bersosial.
“Saya tidak berkecil hati jika dikatakan begitu. Bagi saya jika mempunyai ahli keluarga yang ‘istimewa’ sebegini, saya perlu berkorban. Saya lihat bagaimana ibu dan ayah saya berhenti kerja untuk memberi fokus kepada Adam. Begitu juga saya,” katanya dengan nada sebak.
Harapan
“Selalu saya berbual dengan ibu bapa dengan membayangkan jika Adam seorang anak yang normal tentu kami akan pergi melancong, Adam punya ramai peminat dan pastinya akan buli saya.
Setiap kali selepas solat, saya doakan Adam kurang agresif masa hadapan.
“Apa yang saya bimbangkan adalah mengelak daripada mencederakan ibu ayah. Masa sentiasa bergerak, usia ibu ayah saya semakin meningkat. Mereka akan berusia dan mudah letih dan adik bongsu pula semakin membesar.
“Dan ini semua adalah tanggungjawab saya untuk menjaga mereka. Saya berharap dapat melangkah lebih jauh dalam industri ini supaya dapat membantu menambah pendapatan keluarga terutaman kos pengurusan terapi Adam agak mahal.
“Saya ikut the flow, Ingat tuhan dan mengharapkan yang terbaik buat keluarga,” jelasnya yang mengharapkan sinar kejayaan akan mengiringinya kelak.
Sumber: Majalah Keluarga Mac 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri..”Bait lagu allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma ini sememangnya menggambarkan pahit manis hubungan suami isteri.
Ada masa manis, dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sudah menjadi adat dalam rumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah.
Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim.
Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Boleh ke polis periksa telefon kita? Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menjelaskan bahawa polis berhak memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada maklumat yang menunjukkan seseorang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah.