Ads

“Tak Percaya Sudah Setahun…” Raja Ilya Teruja Buat Sambutan Birthday Talita Love!

Apabila anak semakin meningkat usia, pastinya sebagai ibu bapa merasakan betapa cepat anak-anak membesar. Setiap tahun ketika tibanya hari lahir si anak, pasti akan diadakan sambutan hari lahir sama ada secara bersederhana atau pun besar-besaran.

Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya yang menginjak ke usia setahun. Ianya merupakan sambutan kali pertama, pastinya sambutan tersebut diadakan dengan penuh kemeriahan.

Mula Dari 'Tengok Kebajikan Anak', Terus Jadi Suri Hati!

Bertemakan warna pink, Talita Love kelihatan sangat comel mengenakan gaun berwarna pink. Ketika majlis tersebut, pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak kecil dan juga hiasannya juga sangat cantik dengan bunga-bungaan berwarna pink.

Majlis dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga di sebelah suami Raja Ilya, Trent Garrett. Raja Ilya kini menetap di Australia mengikuti suaminya yang berasal dari sana. Alahai, comel betul Talita yang banyak mewarisi wajah ayahnya.

Ads

Untuk rekod, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 bersama dengan Trent Garrent. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Ads

Sumber: Instagram Raja Ilya

Baca artikel menarik lain di sini:

Ads

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

"Tak Percaya Sudah Setahun..." Raja Ilya Teruja Buat Sambutan Birthday Talita Love!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Pelepasan Cukai 2027: Berita Gembira Buat Mak Ayah, Naik RM12,000!

Pelepasan cukai 2027 naik kepada RM12,000! Ketahui manfaat untuk mak ayah termasuk tuisyen anak, langganan AI, kasut sukan dan penjagaan ibu bapa.