Wahai anak dara yang ada teman lelaki atau tunang. Jangan baik hati keluar duit sendiri bagi dekat teman lelaki atau tunang untuk duit hantaran atu duit sara seharian.
Nanti dah kahwin, mereka dah biasa perempuan bagi duit. Duit nafkah rumahtangga nanti diorang tak bagi.Tak larat dah nak bagi nasihat.
Itu antara petikan kata-kata nasihat yang diberikan oleh Adam Corrie di dalam akaun twitternya.
Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa Adam Corrie menyampaikan pesanan khas begini buat anak dara atau wanita yang belum berkahwin.
Ads
Jangan bagi ikan, bagilah kail supaya mereka boleh mencari rezeki sendiri dan menjana pendapatan kelak.
Tolong jangan mengadu dengan saya, teman lelaki atau tunang asyik minta duit dari anda. Anda yang rela bagi duit sebab kesian dan cinta..sanggup bagi semua duit, body dan segalanya.. tanya diri sendiri.
Ads
Tak salah kongsi duit, tapi jangan ambil kesempatan dan lepas tanggungnjawab. Sebab ramai yang lepas tanggungjawab bila tahu pasangannya boleh tanggung semua. Bukan mudah jadi suami kalau tak ada rasa tanggungjawab pada keluarga.
Ads
Kalau rasa duit hantaran mahal, boleh bincang dengan keluarga pihak wanita. Tunjukkan yang anda sebagai lelaki mampu sara hidup dan jaga anak perempuan mereka kelak. Kalau belum kahwin, duit rokok pun hari-hari minta dengan teman wanita . Macam mana tu. Doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.
Ada benarnya juga nasihat Adam Corrie ni, iyalah jika sebelum berkahwin lelaki dah terbiasa minta duit dekat perempuan, apatah lagi bila dah berkahwin nanti. Mahu lepas semua tanggungjawab pada isteri nanti.
Jadi buat anak-anak dara dan kaum wanita, mohon take note dan renung-renungkanlah nasihat ini. Buatlah keputusan yang bijak sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tumpang seronok bila melihat ada yang berjaya menanam pokok kobis di laman rumah. Bukan sahaja nampak begitu segar bugar malah cantik dipandang sebagai penyeri laman.
Oleh itu buat anda yang mana ada terdetik untuk mencuba menanam kobis ini, jadi bolehlah baca 2 perkongsian ini untuk info bermanfaat.
Macamana nak bagi buah kobis anda besar.
Saya baru belajar dari seorang pegawai di Jabatan Pertanian Serdang.
Jika kita nak buah kobis yang kita tanam tu berbuah BESAR pastikan kita tanam dalam pasu atau polibeg yang bersaiz besar.
Mendengar penjelasan daripada beliau saya terus pindahkan semua pokok-pokok kobis saya ke dalam bekas ais yang bersaiz besar seperti dalam gambar.
Dengan harapan nanti ia boleh berbuah dengan saiz yang besar.
Kaedah yang sama juga untuk tanaman Cauliflower dan brokoli.
Sumber : Riza Kamaruddin
Manakala melihat pada perkongsian cara menanam kobis daripada Noramira Kassim Nurul ini juga boleh dijadikan panduan untuk beginner.
Ini perkongsiannya.
Nie cara saya tanam Kobis
1. Sediakan tanah(boleh beli kat kedai,
(saya guna tanah bakar+tanah biasa)
2. Semai biji benih dalam tray semaian,1biji 1lubang (saya beli benih kat ecosave jer sebab murah)
3. Masa semai siram pagi jer untuk lembapkan tanah
4. Masa semai letak tempat separuh panas
5. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Masa ubah anak pokok letak tempat redup selama 3-4 hari tak bagi pokok layu.. Lepas tu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali. Sukatan ikut jenis baja yang digunakan (saya guna baja tahi ayam, baja kopi guna baja npk 15.15.15..(baja-baja nie saya buh 2 minggu sekali ikut giliran ye bukan letak semua sekali gus)
8. Kawalan serangga seminggu sekali (saya guna cuka kayu, 5ml untuk 1liter air)
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk tapi bergantung pada cara penjagaannya.
Sumber : Noramira Kassim Nurul
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine atau di Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi jom sertainya sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak ajar anak menulis dengan cara memegang pensil yang betul bukan mudah. Anak selalu mengadu cepat penat lepas menulis. Semuanya disebabkan salah memegang pensil dengan cara yang betul.
Jadi sejak usia anak kecil lagi perlu diasah kemahiran dan aktiviti yang melibatkan jari dan tangan.
Nak tahu lanjut, aktiviti untuk menguatkan jari jemari anak sebagai persediaan menulis, ini sepatutnya ibu bapa sediakan untuk anak-anak di rumah. Tak semestinya semua peralatan ini dibeli, yang penting kena sentiasa kreatif dan rangsang tangan si kecil. Berikut perkongsian Influencer Parenting, Wawa Shauqi.
Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa. Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik.
Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah. Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi.
Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah.
Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.
Fidget sensory toy ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu. Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari.
Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau.
Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh anda cari.
Ini pun koordinasi mata dan tangan. Selain kawalan tangan dna kemahiran kognitif jugak. Mak-mak join anak main sambil berangan jual sate.
Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai.
Shape sorting macam ni orang selalu nampak benefit kat kognitif. Tapi, ia juga melatih koordinasi tangan serta tangan dan mata.
Yang ni best. Melatih kemahiran visual, koordinasi kata tangan dan ofkoz, kognitif dan fokus jugak. Cuma bertabah kalau anak pakai buat acah-acah masak cendawan Sebab saya dah kena.
Antaranya :
Ini untuk ares yang lebih tinggi. Sebab ini melibatkan integrasi otak kanan dan kiri. Serta koordinasi tangan-mata
Ini pun best. Sebab dia offer multiple activities. So anak dapat multiple benefits jugak. Anak boleh latih kognitif, kawalan tangan, koordinasi tangan-mata, pincwr dan sebagainya. Anak-anak saya minat nau main benda ni.
Dan baaanyak lagi! Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali. Dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif. Untuk improve motor kasar juga.
Kredit: Wawa Shauqi (Influencer Parenting)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya. Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang. Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
• Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
• Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
• Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan- lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
• Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetes, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetes) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili benggala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.