Pelakon, Uqasha Senrose berkongsi khabar duka sudah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Memetik laporan gempak, menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu tidak mengetahui dirinya berbadan dua sehinggalah mengalami tempoh haid yang panjang selain sakit pinggang.
Bagaimanapun Uqasha kemudiaannya berjumpa pakar dan doktor mengesahkan telah mengalami keguguran dan pembedahan sudah dilakukan untuk mengeluarkan gumpalan darah.
“Saya mengalami keguguran dua kali. Pertama semasa mengerjakan umrah, saya datang bulan dan keluar darah yang agak banyak.
“Doktor minta saya buat ujian kehamilan dan ternyata alat ujian menunjukkan dua garisan menandakan saya hamil, cuma kandungan tu memang dah tak ada.
“Ternyata saya hamil dua bulan,” ujarnya.
Ads
Namun tambah Uqasha lagi, dia dan suaminya, Kamal Adli menganggap masih belum ada rezeki untuk menjadi ibu bapa.
“Bukan tak nak mengandung dalam masa terdekat, tetapi sekarang ini terikat dengan komitmen dan jadual kerja.
Ads
Namun tambah Uqasha lagi, dia dan suaminya, Kamal Adli menganggap masih belum ada rezeki untuk menjadi ibu bapa
“Bukan tak nak mengandung dalam masa terdekat, tetapi sekarang ini terikat dengan komitmen dan jadual kerja.
“Namun begitu, saya lega sebab tahu yang saya boleh mengandung. Cuma belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.
Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.
“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.
Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.
“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.
“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
Perkongsian gambar keluarga pelakon, Raja Ilya bersama suami dan dua anak mereka, Talita Love dan Royal Abraham mendapat pujian ramai.
Raja Ilya yang telah lama menetap di Australia bersama suami dan keluarga dilihat turut memuat naik beberapa momen indah bersama dua orang buah hatinya itu.
Paling menarik perhatian pastinya dua wajah comel kesayangan Raja Ilya dan suami terutama si comel Abraham yang kini semakin membesar.
Menerusi perkongsian itu, ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki itu.
“What’s blessed year.
“Sedar-sedar dah anak dua. Orang kata satu muka mak, satu muka daddy. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Anak kedua Raja Ilya dilihat lebih mirip wajah ibunya semementara Talita pula memiliki raut wajah ayahnya, Trent Garret. Memang comel.
Meninjau diruangan komen, peminat turut memuji keluarga kecil Raja Ilya bersama dua anak comelnya.
Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga bersama Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara Austaralia.
Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Talita Love,2 tahun dan Royal Abraham.
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Semua orang mahu dilimpahkan
rezeki. Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan.
Malah dikatakan rezeki melimpah jika berbuat baik pada ibu bapa dan isteri. Sebaliknya ada yang berbuat demikian rezeki berkurang.
Ikuti penjelasan ustazah ini.
Sandarkan pada Allah
Terbaca keluhan dari warga net tentang kesempitan hidup yang dialaminya.
Semua kebaikan yang dia buat seperti beri duit tiap bulan pada mak ayah, solat, buat baik pada isteri tidak mendatangkan rezeki malah hidupnya makin susah.
1. Masih segar pesanan guru saya, kita buat kebaikan bukan kerana kita baik tapi kerana kita hamba Allah SWT. Kita solat bukan kerana kita warak tapi kita hanyalah seorang hamba yang hina dina di sisi Allah. Setiap ayat Quran yang kita baca kita hafal bukan semata-mata untuk dapat fadhilatnya tapi sebab kita sentiasa perlukan petunjuk hidayah Allah SWT. setiap doa yang kita baca, kita amalkan bukan kerana syifa’nya sahaja tapi kerana kita bergantung harap pada Allah.
Betulkan niat.. Setiap amal, ibadah, sedekah dan kebaikan yang kita lakukan jangan harap balasan meterial semata-mata. Allah tidak pernah janjikan duit yang berkepuk-kepuk, hidup yang kaya raya dan mewah, pangkat yang tinggi tapi Allah janjikan pahala dan syurga.
2. Kita bagi duit pada mak ayah bukan kerana mahu rezeki yang lebih besar dan melimpah tapi kerana mereka telah lama bersabar dan mengekang kemahuan kerana ingin membesarkan kita. Pengorbanan mereka memang tidak ternilai dengan duit yang kita hulur, perhatian dan kasih sayang yang kita bagi tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk jadi anak yang soleh solehah.
Betulkan niat..Hulurlah duit atau bantuan sebanyak mana yang kita mampu dan jangan mengharapkan balasan daripadanya kerana ia membuatkan usaha kita tidak bernilai langsung.
3. Buat baik pada isteri bukan kerana ia boleh membuatkan hidup kita senang tetapi Allah janjikan ketenangan. Isteri adalah amanah, sedih jika layani isteri baik-baik kerana mengharapkan Allah ganjarkan sesuatu. Bila tidak dapat apa yang diharapkan maka layanan yang baik akan bertukar sebaliknya.
Betulkan niat.. Kita berumahtangga bukan kerana kita mahu rezeki daripadanya tetapi kerana kita takut kepada Allah. Berbuat baik pada isteri itu salah satu cara untuk kita taat dan tunduk pada Allah. Rezeki akan bertambah dengan izin Allah dengan asbab Ketaatan dan keikhlasan kita.
4. Berhentilah mengkritik setiap apa yang kita tak dapat, orang tu dapat. Yang baik rezeki, yang pada pandangan kita nampak tidak baik juga adalah rezeki. Bila kita mengharapkan lebih dari apa yang kita ada, kita mesti sanggup memberi sebanyak mana yang kita mampu. Jangan kedekut, lokek dan berkira nak korbankan waktu istirehat kita untuk Allah, wang ringgit untuk agama, masa dan kelapangan untuk tanggungjawab kita sebagai khalifah.
Luangkan masa, bangun malam solat tahajjud, puasa sunat, bersedekah, santuni anak isteri, buat baik pada ibu ayah. Jadikan ia sebagai amalan, lama kelamaan ia menjadi darah daging dan bersedialah menerima syurga Allah SWT.
Kita bukan sesiapa.. Kita hanyalah hamba.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.