Setiap yang hidup pasti akan mati jugak suatu hari nanti. Begitu juga kita dan pasangan kita. Kepada isteri apabila pemergian suami, banyak perkara yang perlu diuruskan oleh isteri atau ahli keluarga termasuk kewangan untuk meneruskan kehidupan. Lebih menyedihkan jika isteri itu tidak bekerja.
Oleh itu, untuk mengelak mengalami kesukaran, ada beberapa perkara yang isteri kena ambil peduli sebagai persediaan. Bukannya hanya kesedihan menyelubungi jiwa. Semua ini perlu dilakukan supaya tidak mengalami kesusahan selepas kematian suami.
Tampil memberi kesedaran kepada isteri terutama surirumahtangga, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan apa yang isteri kena tahu sebelum suami meninggal dunia.
1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.
2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2017 kos makan diluar meningkat kepada RM64 sehari.
3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.
Ads
4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.
5. Katakan gaji suami RM2000 x 12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.
6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.
7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya.
Perkongsian daripada doktor ini berkenaan bagaimana dirinya mencari dan menemui bahagia hidup dengan pasangannya, wajar dijadikan inspirasi buat suami-suami diluar sana.
Diharapkan membaca perkongsian penuh daripadanya memberi manfaat kepada semua. Ini katanya.
Pernahkah anda rasa tak puas hati pada isteri? Ya, saya juga pernah.
Terasa tak puas hati kerana seolah-olah dia saja yang banyak buat kerja. Apabila di rumah, dia nak rehat sahaja.
Saya pula hanya mahu jadi SUAMI. Kerja gila-gila cari nafkah di luar. Balik rumah mahu berehat, tidur dan main handphone sahaja. Sampai rumah makanan dan minuman mesti tersedia semua. Pakaian semua harus kemas dan rapi terjaga. Biar ISTERI yang urus semua. Kan kerja rumah tu tanggungjawab isteri?
Apa yang saya dapat, hanyalah perasaan marah dan kecewa. Sentiasa tidak puas hati dengan isteri. Saya mempersoalkan isteri, dia kata saya malas. Saling menuding jari. Semua jadi tak kena. Sibuk urusan kerja pun diungkit. Tiada harmoni. Tiada bahagia!
Lalu saya bertanya pada diri. Inikah matlamat perkahwinan yang aku cari? Bersenang-lenang menjadi seorang SUAMI, kerana semua urusan diambil alih oleh seorang isteri?
Teringat dulu saya pernah mengadu kepada senior saya. Saya rasa perlu nikah. Alasan saya, sebelah bahu terasa ringan. Mahu ada tanggungjawab lebihan. Rasa terlalu kosong hanya menguruskan diri. Kerana dulu merasakan, hidup akan lebih terisi dengan memberi.
Namun setelah Allah kurniakan perkahwinan, saya terlupa sekejap matlamat pernikahan saya. Baru sedar kenapa pada awal pernikahan seringkali datang ujian yang menduga. Hingga saya sering berdoa moga Allah kurniakan saya perkahwinan yang lebih bahagia seperti orang lain.
Alhamdulillah apabila lahirnya puteri kedua, ia umpama pelengkap hidup saya. Kerana barulah saya tahu susahnya menjaga seorang anak dalam kesibukan bekerja.
Ingat senang ke jaga anak kecik ni?
Saat suami lena tidur malam, isteri pula berjaga sakit pinggang menyusukan anak.
Saat suami belum bangun, isteri sudah di dapur memasak makanan dan menyediakan bekal susu untuk anak.
Saat suami baru nak ke tandas, isteri sudah bersedia untuk pam stok susu untuk anak.
Saat suami enak menonton televisyen dan melayan facebook, si isteri lah yang lenguh bercangkung dalam tandas memandikan anak.
DENGAN PENUH KASIH SAYANG TANPA RUNGUTAN.
Susah tau nak jaga anak kecik ni. Cuba test sehari. Langsung tanpa bantuan isteri. Uruskan semua makanan dan kerja rumah. Barulah anda tahu betapa penatnya buat kerja tanpa berehat. Tak perlu tunggu sampai seminggu! Sehari pun anda akan rindukan kelibat sentuhan insan bernama isteri. Alamak esok isteri saya ada kerja syif lagi. Terpaksa jadi Mr Mama lagi.
Sebab itu saya akan berikan isteri ruang dan rehat yang secukupnya. Urusan kerja rumah, sebolehnya biar saya buat semuanya.
Basuh baju.
Sidai baju.
Kemas rumah.
Basuh tandas.
Memasak.
Uruskan anak pertama.
Dan apa sahaja yang boleh mudahkan urusan isteri saya hatta buka pagar dan masukkan beg dalam kereta sebelum isteri pergi kerja.
Isteri saya buat apa?
Saya hanya mahukan masa terindah bersamanya.
Senyumannya.
Berbual bersama.
Makan bersama.
Biar dia ada masa untuk diri dan ibadatnya.
Tiada rungutan darinya.
Saya selalu kata padanya. Kalau penat dan stress, jangan buat kerja. Tak perlu masak. Biar saya buat semuanya. Yang penting, anak saya beliau boleh uruskan.
Tak perlu masak yang sedap kalau nak masak. Yang penting, dapat makan bersama. Itu lebih manis.
Dan kesudahannya?
Saya temui bahagia.
Tidak rasa penat walaupun semua kerja saya cuba buat.
Bahkan isteri juga memberikan reaksi yang sama.
Makin suka untuk memasak, mengemas rumah, melayan suaminya…
Kadang-kadang saya tertanya-tanya diri saya mengapa.
Saya rasa jawapannya cuma satu.
Hidup saya di dunia, takkan kekal lama.
Biarlah pengorbanan sekecil ini, ada nilai disisiNya.
Untuk Dia.
Hanya Dia.
Moga diri ini terus istiqamah. Sampai bertemu denganNya…
~Moga Allah himpunkan kami bersama di syurgaNya..selamanya..
-Suami yang pernah tak puas hati-
p/s: Saya repost semula sebagai perkongsian untuk muhasabah kita bersama. Kerana saya lihat di luar sana banyak pasangan yang diuji dengan masalah rumahtangga dan tidak bertemu penyelesaiannya.
Mengajar anak untuk dapat membesar jadi orang yang baik dan mendengar kata ibu dan ayah bukanlah tugas yang mudah, lagi-lagi selalu kita dengar ada yang merungut macam-macam hal dalam mendidik anak lelaki.
Anak lelaki sering dianggap nakal, tidak dengar kata, kurang suka belajar, banyak bermain dan ramai merasakan sepatutnya anak lelaki perlu diberi lebih tanggungjawab, jiwa kena kental, tidak boleh terlalu beremosi dan sekali gus anak lelaki sebenarnya akan menjadi harapan keluarga.
Namun tahukah anda, dalam kita mendidik anak-anak lelaki ini sebenarnya kita juga banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Untuk itu, mari kita baca perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini dan menurutnya ada 5 jenis kesalahan terbesar yang sering dilakukan dalam mendidik anak lelaki.
5 kesalahan terbesar dalam mendidik anak lelaki
1. Ingat emosi anak lelaki lebih kuat daripada anak perempuan
Kajian menunjukkan otak bayi lelaki lebih terkesan dengan tekanan ibunya ( maternal depression ) di dalam rahim dibandingkan bayi perempuan
2. Ingat kemas rumah dan kerja rumah bukan tugas anak lelaki
Anak lelaki atau perempuan dua duanya wajib dilatih untuk membuat kerja rumah sejak daripada kecil.
Anak yang disuapkan semuanya akan menjadi raja tetapi anak yang dilatih menjadi hamba akan menjadi manusia yang bertimbangrasa.
3. Tak bagi anak lelaki menangis dan tunjuk emosinya sama sekali
” Eh awak kan anak lelaki. Mana boleh menangis! ”
Jangan tuan puan. Anak lelaki atau anak perempuan ada hak untuk ekspresikan emosi yang dirasakan. Jangan sampai emosi itu terpendam dan makan anak kita daripada dalam!
4. Letak harapan dan bebanan terlalu besar pada anak lelaki
Anak lelaki juga ada ‘limit’ nya. Walaupun mereka harapan keluarga mereka juga boleh ‘patah’ jika terlalu dibebankan dengan tanggungjawab yang keterlaluan
5. Selalu berkasar dan terlalu berkeras dengan anak lelaki
Anak lelaki memang perlukan ‘playful aggression’ seperti bertinju dan bergomol dengan ayahnya sebagai salah satu cara untuk perkembangan emosi dan otaknya.
Cuma jika mak ayah terlalu berkasar dan keras seperti menengking, menjerkah dan mendisiplinkan dengan cara yang terlalu keras, anak lelaki pun boleh patah!
Daya tahan setiap anak itu tak sama dan berbeza.
Wang tunai RM300 untuk dimenangi!
Meriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini dengan menyertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka. Caranya mudah sahaja, tonton video di bawah ini:
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Penampilan baharu Fazura sekali lagi menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.
Akhirnya persoalan orang ramai terjawab apabila suami kepada aktres itu iaitu pelakon Fattah Amin mengesahkan bahawa isterinya kini sudah berhijab sepenuhnya.
Menurut Fattah atau nama sebenarna Abdul Fattah Mohd Amin,31, dia bersyukur doa untuk melihat isterinya berubah ke arah menjadi muslimah lebih baik termakbul.
“Sebagai seorang suami saya rasa bersyukur kerana itu apa yang saya doakan selama ini.
“Alhamdulillah, Fazura pun dah bertudung sekarang ni,” ujarnya lagi.
Berkongsi perkembangan anak perempuannya Nur Fatima Aisya, jelas Fattah sebagi ibu bapa yang masih muda dan belum banyak pemngalaman, jadi setiap kali anak meragam, mereka tidak senang duduk dan bimbang. Lebih-lebih lagi, jika terdengar bayi itu menangis.
Malah, jelas Fattah dalam situasi sekarang tidak membolehkan mereka membawa keluar Fatima berjalan-jalan. Namun, Fattah berharap akan membawa anaknya itu melawat zoo apabila pandemik ini berakhir.
“Saya teringin nak bawa dia ke zoo kerana sekarang ni saya hanya bacakan buku tentang haiwan kepada Fatima.
“Rasa kesian apabila dia sendiri tak dapat tengok dan kenal haiwan-haiwan tersebut secara langsung dan hanya melihat mereka melalui televisyen,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkongsian menerusi laman instagramnya, Fazura memuat naik bait-bait kata mengharapkan tiada pihak yang mensensasikan soal ibadah, hijab dan hijrah. Tanpa menujukan kepada sesiapa atau berkaitan soalnya berhijab kini, perkongsian Fazura mendapat perhatian ramai.
Rata-rata mengucapkan tahniah atas perhijrahannya dan memberikan kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat ibu Fatima yang kian berseri dan manis bertudung.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.