Sedar atau tidak disebabkan anak hendak sentiasa tidur bersama ibu, akhirnya pasangan suami isteri pula terpaksa tidur berasingan.
Pun begitu, adakah hal ini boleh dibiarkan berlarutan dan apakah pula kesannya pada hubungan suami isteri tersebut.
Berkongsi pandangan tentang ini, saudara Akhtar Syamir memberi peringatan untuk pasangan suami isteri segera berubah. Sebab apa dan kenapa, jom kita fahami perkongsiannya itu.
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
IKLAN
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
IKLAN
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
IKLAN
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Biar penat dan mengambil masa yang banyak, namun demi memastikan kediaman tampil menarik dengan konsep yang diingini membuatkan diri rasa semangat nak hias rumah kan.
Bertambah menarik lagi jika dekorasi ruang berkenaan dilakukan untuk orang tersayang. Menerusi lamanKaMi SuKa DeKo DeKo wanita yang dikenali sebagai Shida Razak KC ini berkongsi idea dalam mengubahsuai kediaman mentuanya Haji Mohamad Mohsin dan Hajah Manisah .
ni lah puan Shida bersama suaminya yang telah membuat kejutan pada mertuanya dengan hasil makeover yang telah dibantu ipar duainya.
Daripada rumah kayu biasa bertukar seolah-olah sebuah banglo tanpa melakukan sebarang pengubahsuaian. Dekorasi yang dibuat nampak kemas, mewah dan cantik.
Makeover raya yg sy buat tahun lepas untuk rumah mertua sy.( ada post di group rumahku syurgaku juga). ..makeover ini dibantu oleh suami dan ipar duai dlm menjayakannya..mengecat, memasang langsir dll.
Sofa dan perabot adalah asal dr rumah ni yg telah di beli oleh kakak ipar dan abg ipar sy sblm sy nak makeover lagi.
Membuat kejutan utk mertua tersayang dgn menukar wajah rumah kayu berdinding plywood di dalamnya kepada wajah seakan banglo seperti apa yg di impikan mertua sy. Tiada renovation apa2 dilakukan..hanya makeover dan tatahias. Diluar rumah tetap mengekalkan keasliannya.
Inilah rumah ayah dan bonda mertua sy dr luar .luar sy kekalkan keaslian..sbb ianya dah cantik.
Pernah seketika dulu ibu mertua menyuarakan hasrat hati nak robohkan living area bahagian hadapan rumah ini utk di naikkan batu seperti banglo. Tp sy mencadangkan biar sy cuba makeover dulu bahagian tersebut mana tau kot2 boleh jadi mcm banglo.
sbnrnya dah lama ada hasrat nak makeover ni tp segan nak mintak izin kot2 mertua tak bg ke.😁..Alhamdulillah mereka mengizinkan..dan inilah hasilnya..kejutan yg membuatkan mereka mengalir air mata kegembiraan…
Hasil makeover ini menelan belanja 6k. Tak banyak la dr di bina semula mungkin hampir 40k keje roboh dan bina serta finishing lain.
moga dapat inspirasi sedikit sebanyak dr perkongsian sy yg tak seberapa harini utk lebih seronok mendeko kediaman ayah dan bonda kita di kampung..rancangnya tahun ni sy nak makeover rumah mak saya pula..doakan ye semoga dunia kembali ceria dpt balik ke kampung halaman dan covid19 hilang dr dunia ni segera..aminn
Sebelum makeover. Berdinding plywood. So sy cat putih plywood tu biar nampak mcm dinding batu. Maaflah ada model plak situ..ni lah hubby sy anak tuan rumah..dia tolong sy mana yg patut nak buat..dan ipar2 dtg menolobg..cepat keje makeover habis. Tq semua syg semua.
Selepas makeover..dinding yg dahulunya plywood sy apply cat putih utk sapuan kayu alas dengan undercoat kayu supaya hasil dia cun..cat ramai2..meriah siasana nak menyambut aidilftri tahun lepas. Sy tukar langsir baru full ceiling bg lebih wow dan rumah nampak besar.
Sebelum makeover
Selepas make over.
Sebelum make over.
Selepas makeover
Selepas make over.
Sebelum make over.
Selepas makeover. Hiasan Allah Muhamad tu sy diy sendiri frame beli kat ikea sy spaykan silver..tulisan sy ambil dr internet dan print atas kertas sticker..so tampal kat board putih beli kat kedai buku..masukkan dlm frame..samalah dgn hiasan daun di dinding tu..beli daun beli frame kat ikea..masukkan daun dlm frame..gantung..jimat dan cantik.
Selepas..ini bahagian sliding tadi .jarang dibuka..sbb ada pintu utama tp sana..so kita letak kerusi dan meja jati..mudah jika nak alihkan jika ingin menggunakan sliding door.
Cermin beli di kaison rm115, Balang kaca sy beli and spray silver..buat gubahan orkid sendiri. Orkid dan balang tersebut beli di GM klang kedai sarangheyo.(betul ke ejaan tu😁)
Dan kami beraya penuh makna semua berkumpul dgn riang gumbira.
Kisah bapa ini tular setelah perkongsiannya mengenai pesanan seorang guru berbangsa India yang menegurnya cara mendidik anak agar fokus kepada akademik. Lebih menarik, walaupun peringatan itu hanya beberapa minit sahaja, ia begitu terkesan di hati bapa ini.
Tidak mahu membiarkan pesanan guru yang sungguh inspirasi itu habis di situ, bapa kepada empat orang anak ini telah berkongsi di laman facebooknya.
Siapa sangka perkongsian itu telah tular sehingga 12K share. Baca dan hadam perkongsian ini, agar kita bertegas dalam mendidik anak-banak.
Ikuti perkongsian oleh, Izman Pauzi ini.
Report card day.
Kelmarin saya bercuti separuh hari untuk menghadiri 4 sesi report card day bagi 4 anakanda saya. 2 orang di sekolah rendah yang sama, manakala 2 lagi di sekolah menengah berbeza.
Saya pilih ke sekolah rendah dahulu. Memandangkan kedua mereka di kelas pertama, tak banyak komen guru perihal akademik mereka. Meningkat dan merosot tu biasalahkan!
Saya tertarik dengan sesi kedua di sekolah rendah melibatkan anak saya Mira bersama guru kelasnya, Teacher Sri Devi.
Faham sahajalah masa menunggu lama lantaran murid yang ramai dan ada segelintir ibu bapa yang terlalu cakna anak sehingga bersembang melebihi 30 minit untuk satu anak.
Jadi apabila si bongsu Fahmi meminta telefon bimbit, saya berikan sahaja tanpa banyak soal. Tak salah bagi saya kerana sesi Fahmi sudah selesai dan dia telahpun diberi pelepasan untuk pulang. Fahmi cuma masih terpaksa menunggu saya menghabiskan sesi untuk si kakak. Ala.. semua ibu bapa memang bagi handphone pada anak.
Apabila tiba giliran kami, saya dan Mira maju dan mengambil tempat di hadapan meja guru, manakala Fahmi yang ralit bermain selfon hanya mengikuti dan berdiri di belakang saya.
“Stop the phone!” laung guru india itu.
Fahmi terkejut dan kaku. Saya juga. Saya meminta telefon daripada Fahmi dan menjelaskan kepada guru india itu bahawa sesi Fahmi sudah selesai dan dia cuma menemani saya.
Guru itu menerangkan dia faham, namun baginya tiada murid harus dibenarkan memegang selfon sepanjang waktu persekolahan termasuk di waktu malam. Jika nak beri, hanya hari cuti sahaja, namun ibu bapa harus menerapkan masa dan mengawal penggunaannya. Saya cuma angguk, menunjukkan saya faham.
Cikgu Sri Devi menyuakan keputusan peperiksaan Mira dan saya segera melihat gred bagi setiap mata pelajaran.
Guru itu menutup keputusan itu dengan tangannya dan berkata “Encik tak perlu lihat markah dan gred anak encik, turun naik tu biasa sebab anak encik masih dalam belajar.”
Saya patuh dan mula memberi perhatian terhadap guru itu.
“Encik, Amirah is a good girl. She’s clever, hardworking, homework sentiasa buat, tiada masalah dalam kelas. So, as long as Amirah ada sikap yang baik, dia akan dapat belajar dengan baik. Amirah budak baik.”
“Encik, jika encik hendak anak lebih berjaya, stop the tv and phone during weekdays.”
Saya angguk namun turut mencelah “saya faham cikgu, cuma kadang-kadang anak minta phone sebab nak call kawan ada kerja sekolah tak sempat salin atau nak tanya kerja sekolah yang cikgu beri.”
“Don’t give! Anak saya few years back saya dah start buat, tak bagi langsung phone even anak saya cakap ada kerja sekolah nak tanya kawan. I don’t care if cikgu dia nak lempang bila tak siap kerja sekolah. They should learn a lesson.”
“Jangan manjakan anak dengan phone. Stop the phone dan anak terpaksa tumpu lebih dalam kelas. They don’t have any choice.”
Angguk.
“Mathematics, Science, English.. itu masalah majority students. Encik sebenarnya tak perlu hantar tuition. Encik dan wife boleh ajar sendiri di rumah.”
“Encik cuma perlu luangkan masa duduk bersama anak-anak dan ajar mereka. Ibu bapa should also stop playing phone depan anak. Duduk bersama anak at least 1 hour a day, teach them.”
“I know budak Melayu balik penat sekolah agama. Encik boleh bagi mereka main sekejab tapi don’t give them tv and phone. Don’t!”
Angguk.
BUAT LATIHAN DI RUMAH
“Encik kena pastikan anak ada jadual belajar di rumah dan pastikan mereka ikut. Everyday, kena buat 5 soalan mathematics. Encik kena ajar dan minta mereka buat. Hari ini buat 5 soalan operasi tambah, esok buat 5 soalan operasi bahagi. Bila anak sudah pandai, tambah jadi 10 soalan sehingga mereka mahir.”
“Jika encik buat, saya gerenti dalam 1 bulan encik boleh tengok hasil pencapaian anak encik.”
Angguk. Impressed!
“For English and BM, paksa anak baca satu petikan karangan setiap hari dan fahamkan. Kena baca untuk pemahaman dan tambah kosa kata. They don’t have any choice.”
“Weekends, encik boleh bagi mereka tengok tv dan phone, tapi mereka juga kena belajar juga. Control their time.”
Di akhir sesi, saya mengucapkan terima kasih kepada Teacher Sri Devi atas didikan kepada anak saya dan nasihat yang diberikan.
Sambil berjalan ke kereta, dalam hati berkata, Guru India ni tak ramai, boleh dikira dengan jari. Namun bagi yang menjadi, impaknya sampai terus ke hati. huh! Saya kena buat dan lead the example, tak boleh pegang handphone masa anak belajar.
Saya rasa ini patut cikgu-cikgu buat masa report card day, shot the parents straight to their heart. Cerita itu bagus, ini lemah, kadangkala ibarat mencurah air ke daun keladi. Silap-silap balik nanti ada anak kena pelempang.
Sebagai Orang HR, saya biasa tarbiah pekerja. Buku tulisan saya JANGAN SENTAP, OKEY! (Alaf 21, Karangkraf) dan CERITA ORANG HR (Komrad Buku) ada menceritakannya. Apabila diri sendiri kena tarbiah dengan cikgu, terasa sentap dan panas juga telinga. Huhu.
From bottom of my heart, Terima kasih Teacher Sri Devi. Terima kasih juga semua Cikgu yang memandaikan bangsa.
Sebagai ibu bapa tentunya jauh di sudut hati kita ingin melihat kejayaan anak-anak di dalam membina kerjaya bila telah dewasa kelak. Bahkan bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga, insyaAllah.
Begitu juga yang diharapkan oleh Lisa Surihani, mahukan yang terbaik kepada anak-anaknya iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne serta Yunos Laith.
Meskipun ibu kepada tiga cahayamata ini pernah bergelar anak seni, namun dirinya tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya di dalam dunia lakonan. Apatah lagi usia mereka masih kecil.
“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda.
“Saya masih memikirkan zaman kanak–kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.
“Saya terungin melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Menerusi laporan Gempak, Lisa ada memberitahu dia tidak boleh membuat keputusan lagi namun sebagai ibu pastinya dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Meskipun begitu, Lisa meluahkan rasa keterujaan apabila kedua–dua anaknya, Yahaira dan Yusof terlibat dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd.
Kemunculan Satu Keluarga
Sebelum menerima tawaran Datin Seri Tiara Jacquelina, Lisa mengambil sedikit masa untuk memikirkan keselesaan kedua–dua anaknya.
“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.
“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa mereka bersama, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.
“Bila mereka dah berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” ujarnya.