Pelakon Zalif Sidek,36, selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari lalu.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon ini menerusi laman Instagramnya. Majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di CMi Hall & Event Space, Berjaya Megamall, Kuantan Pahang.

“Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahhim. Syukur Alhamdullilah KpdMu Ya Allah. One of My Greatest Decisions in My Life is My Love Wife @anismarzuki.

“Saya dan isteri mengucapkan berbilion terima kasih atas kehadiran jemputan, doa , ucapan tahniah yang diberikan oleh semua keluarga kami, saudara mara, sahabat handai & semua.

“Maaf saya tak sempat nk balas semua lagi. Insyaallah balik KL nanti saya balas semua ya,” tulis Zalif pada ruangan kapsyennya.

 

Zalif dilaporkan sebelum ini mahu hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri.

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Zalif memuatnaik kisah pertemuan dengan isteri sehingga selamat diijabkabulkan.

IKLAN

“Akhirnya Allah SWT hadiahkan You gantikan Arwah Papa utk i yg kite bru kenal 10 bulan & diJodohkan oleh Kedua Belah Keluarga.
Cantik rupanya perancangan Allah SWT & Moga Kite semua berpimpin tangan Bahagia Hingga Ke Pintu Syurga. Amin YRA.

“Saya & Seluruh keluarga Memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu shj utk kedua Pasangan Keluarga memandangkan Kes Covic kite masih Meningkat.
🙏🙏🙏🙏🙏🙏

“Jutaan Terima kasih buat semua Keluarga, Saudara Mara yg jauh atau xdpt hadir Mendoakan Kesejahteraan & Kebahagian Kami. Amin YRA

“Terima kasih juga buat Sahabat, Produser & semua kenalan industri kreatif & fan Media sosial yg mendoakan Ucap Tahniah & kebahagiaan kami. Amin YRA

“Jutaan Terima kasih juga buat semua Rakan Rakan MEDIA TV, Radio,Cetak, Elektronik,& Blogger yang mendoakan utk kesejahteraan & Kebahagiaan Kami Bersama Juga. Amin YRA

“Moga Semuanya Dirahmati & Diberkati Allah SWT.

IKLAN

“Bismillah untuk Esok 🤲🏻❤️😎.
See you Tomolo My Love @anismarzuki ❤️

“Al-Fatihah Buat Papa Allahyarham WABSWA 🤲🏻

Sumber: zalifsidek


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

IKLAN

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI