Bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah menjadi perkara paling utama dalam hidup sehari-hari. Jika dilanda masalah, walau dalam apa cara sekalipun, ibu ayah akan cuba mencari punca dan menyelesaikan masalah anak-anak dengan sebaiknya. Itulah hebatnya peranan kedua-dua figura ini.
Berdepan dengan masalah anak-anak tidak dinafikan masalah anak degil dan tidak mahu dengar cakap merupakan masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan seharian kita.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
Ads
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Ads
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Ads
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, beliau tidak menyangka penyertaannya menerusi 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada pada 28 Ogos lalu membuahkan hasil.
Apa tidaknya, produk ciptaannya yang dinamakan Circumstar-1 berjaya memenangi emas serta dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara termasuk 97 dari negara ini.
Kuang Chong, yang mencipta alat berkhatan dalam masa seminit itu berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas di dalam pertandingan tersebut. Pakar bedah plastik itu menerima pengiktirafan tersebut menerusi ciptaan peralatan berkhatan paling cepat, selamat dan kos rendah di dunia.
“Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS). Saya menghantar penyertaan secara dalam talian.
“Saya mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk menyiapkannya dan menambah baik peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini. Ini adalah produk buatan tempatan 100 peratus,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, alat tersebut hanya mengambil masa seminit untuk melakukan proses khatan berbanding peralatan lain dicipta sebelum ini yang mengambil masa tiga minit dan tanpa jahitan
Katanya, penggunaan peralatan tersebut selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan.
Selain itu, pada Mac lalu, beliau meraih pingat emas menerusi Salon International des Inventions de Genève 2021 di Switzerland bagi ciptaan sama.
Sehingga kini, beliau berjaya merangkul 49 anugerah bagi inovasinya termasuk 25 pingat emas dan 11 pingat khas bagi produk pengguna dan peralatan perubatan dalam pertandingan termasuk diadakan di peringkat nasional selain di China, Hong Kong, Japan dan Thailand.
Anak kelahiran Johor itu berharap inisiatif dilakukannya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berusaha mencipta produk inovasi yang berguna kepada masyarakat.
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya menjadi idaman semua wanita.
Namun nak dapat kulit cantik kena usaha. Begitu dengan menjaga kulit wajah. Bagi wanita yang berusia biasanya mengalami masalah jeragat. Ia menyebabkan wajah kelihatan kusam.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah jeragat adalah menggunakan bahan secara alami. Sebagaimana perkongsian ini.
Hanya menggunakan 4 bahan je. Ikuti perkongsian ini.
Petua hilangkan jeragat
Bahan-bahannya:
Guna 4 bahan je
Beras
Kunyit hidup
Limau nipis
Putih telur
Cara-caranya:
1. Ambil segenggam beras kemudian rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk sehingga halus dengan seinci kunyit hidup.
3. Lepas tu gaulkan bahan-bahan tadi dengan putih telur dan sedikit air perahan limau nipis.
Dah gaul semua bahan-bahan tadi tu bolehlah disapukan pada wajah sebagai masker, lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Pakai dalam 15minit pastu dah boleh cuci macam biasa. Terpulang nak pakai malam atau siang ikut sempat korang. Kalau siang tak sempat, pakai malam. Begitu jugak sebaliknya.
Selamat mencuba.
Rasa pijar tangan biasanya berlaku bila kita usai menyediakan bahan kisaran cili kering, cili padi mahu pun cili merah.
Dan salah satu daripada petua itu adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. Malah menurutnya petua ini jaga telah dibuktikan oleh sains akan keberhasilannya.
[Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains]
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang…
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.
Jadi saya gunakan minyak masak.
Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun.
Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka...