Biarpun diulit kehidupan mewah, namun pelakon dan ibu kepada 8 anak ini tidak pernah melupakan asal-usulnya.
Berkongsi kisah ketika zaman kecilnya, Datin Rebecca Nur Islam mengakui hidupnya sebelum ini serba sederhana.
“Seorang anak kampung,yang berasal dari Majidee Bahru Johor Bahru,di besar kan di rumah papan,rumah yang kecil dan ada bahagian rumah yang bocor lagi,the best siap hujan boleh masuk lagi,bila hujan je kami adik beradik semua takut ??
‘Tetapi kami tetap bahagia di samping parents yang baik dan parents kami yang bertanggungjawab membesarkan kami adik beradik,memberikan kami adik beradik pelajaran yg cukup dan mama and papa mengajar kami adik beradik sentiasa saling sayang menyayangi ?❤️sentiasa bersama di kala suka dan duka??….
‘Walaupun rumah kami kecil tapi kami tidak pernah berasa kecil atau hina….kerana kami berasa bahagia mempunyai ahli keluarga yang ramai dan yang penting kami di beri kasih sayang ibu dan bapa (papamama) secukupnya..bahagia sangat2 tak terkata,terlalu happy zaman kanak kanak kami,main ting ting,main guli,main kat longkang,main baling selipo,main masak2,main kat hutan,main hujan is the best ???alhamdulillah asal kan makan kami cukup dan kami bahagia bersama parents dan adik beradik❤️masyaallah ??banyak sangat2 kenangan yang terindah di rumah kampungku,rumah aku membesar dan di beri pelajaran disana?sesungguhnya aku akan ingat asal usulku hingga ke akhir hayatku?…
Ads
Jelas Datin Rebecca lagi, beliau bersyukur kerana sepanjang hidup, mereka adik-beradik pernah merasai susah dan senangnya kehidupan.
“Thank you allah ??…Aku akan sentiasa ingat asal usul ku…dan aku akan lebih menghargai dan syukuri dgn nikmat mu wahai allah?. Tidak pernah lupa akan nasihat yg sentiasa di beri arwah papa,”be brave,be kind and have courage “❤️.
Ads
“Mempunyai adik beradik,8 orang,6 lelaki dan 2 perempuan,dan mempunyai 4 orang kakak ipar❤️dan 16 orang anak saudara sekarang ❤️…and now,alhamdulillah anak sendiri pun ramai ? 8 orang juga❤️wahai allah,ketemukan lah kami semua hingga ke jannahmu?
‘Berikan lah kasih sayang kekeluargaan ini hingga ke jannah mu?sesungguhnya kami amat menyayangi di antara satu sama lain kerana mu ya allah?lillahhitaallah ?.,”tulisnya.
Rata-rata pengikutnya memuji kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Datin Rebecca.
hjhazurasulaiman Sama lah akk pn ank kg..tp Alhamdulillah tk prnh lupa diri ..dpt suami senang pn ttp tk lupa diri ..ada yg dh biasa susah sekali Allah bg suami senang byk yg lupa diri ..jakun mgkn nk menunjuk je
dhea.yuliani Maa Syaa Allah, so inspired datin, alhamdulillah kerana usaha dan kesabaran datin, datin berada di position skg ni. Proud of you datin ku ❤
norazurabte_rasiman Yes u right , INGAT ASAL USUL , terbaik sis , hihi suka sangat dengan nma Akk , Uniq ??
kelomkennedy Aamiin allahumma aamiin barakallah keluarga besar datin,love you from indonesiaa datin??
aryantisabdalisme Wow..sedih story puan,,,mcm sayu sya baca nya dgn hati Yg ikhlas dr hati naluri puan,,tahniah Skr puan seri mencapai bintang Yg tinggi ,,i proud of u??
Benar setiap yang bernyawa itu pasti mati. Ajal maut itu rahsia tuhan. Namun bukan perkara mudah untuk seseorang hadapi jika insan yang pergi adalah orang yang paling rapat. Apatah lagi jika dia adalah pasangan hidup kita.
Melalui pengalaman getir ini, telah dikongsikan oleh Encik Khairul Abdullah di akaun fbnya setelah isterinya dijemput Ilahi pada Ogos yang lalu.
Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.
Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.
Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.
Demi Allah saya tidak bersedia.
Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.
Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.
Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.
Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.
Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.
Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.
Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.
Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.
Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.
Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.
Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.
Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.
Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Namun, saya rebah.
Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.
Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.
Kelam rasanya dunia.Kosong rasanya jiwa.
#diariseorangsuperdaddy
sumber : Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan situasi semasa menjadikan kita akan berada di dalam rumah 24 jam lamanya. Selagi tiada keperluan untuk keluar rumah, lebih baik kita duduk di rumah sahaja bersama anak-anak dan keluarga tercinta. Itu adalah paling selamat!
Pun begitu bila setiap hari terperap di dalam bilik mungkin ada yang berasa bosan dan kemudian akan beralih angin ke ruang tamu untuk menonton tv untuk mengisi masa terluang. Bila perut terasa lapar maka akan menjengah ke ruang dapur untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan.
Selain itu, ruang dapur kini telah menjadi ruang kerja paling aktif semasa seisi keluarga berada di rumah. Bukan satu menu dalam sehari yang dimasak malah pelbagai, ada yang perlu digoreng, dibakar, ditumis, dikukus, dan macam-macam menu lagi akan disediakan demi keluarga tercinta. Begitulah aktiviti harian yang dilakukan kebanyakkan antara kita apabila berada di rumah.
Udara Tercemar Tanpa Sedar
Realitinya untuk memastikan ruang rumah memberi keselesaan dan selamat buat seisi keluarga, ada satu hal terpenting perlu diambil kira iaitu memastikan pengudaraan bersih dan segar.
Ini kerana tahukah anda berdasarkan kajian, berlakunya pencemaran udara di dalam rumah adalah lima kali lebih tinggi berbanding pencemaran udara luar?
Umumnya pencemaran sering terjadi namun kita jarang menyedarinya. Umpamanya selain asap yang terhasil dari aktiviti memasak di dapur, zarah halus PM2.5 turut dilepaskan dari aktiviti menggoreng dan memanggang. Begitu juga dari api dan lilin yang dibakar akan menghasilkan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida.
Malah kesan daripada penggunaan bahan kimia yang mengandungi Formaldehid untuk penjagaan perabot, lantai kayu dan sebagainya juga menghasilkan pencemaran udara dan ianya bahaya pada kesihatan seisi rumah.
Tidak dengan itu, ditambah pula dengan habuk pendingin hawa atau kipas angin yang tidak diselenggara, permainan anak-anak yang berdebu, penggunaan penyembur aerosol atau penggunaan racun perosak dan pelbagai lagi boleh mengganggu kebersihan dan kualiti udara di dalam rumah.
Apatah lagi jika keadaan rumah yang sentiasa tertutup pintu dan tingkap, sekali gus menghalang pengudaraan yang bersih dan segar ke dalam rumah. Ini secara tidak langsung menjadikan aliran udara tidak lancar dan tidak bagus untuk kesihatan seisi keluarga.
Bahkan keperluan untuk mempunyai aliran udara yang bersih lebih mendesak jika ada ahli keluarga yang menghidap asma, telah berusia atau terlantar sakit. Mereka perlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya dapat bernafas dengan selesa.
Penapis Udara Dyson Sebagai Penyelamat
Oleh yang demikian, untuk membantu mewujudkan kediaman yang lebih bersih dan sihat, anda perlu menggunakan penapis udara Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 ini. Ia bertindak dengan berkesan untuk memerangkap virus, alergen dan debu yang sangat halus hingga mampu menghilangkan 99.95% zarah sekecil PM 0.1.
Berbeza dengan penapis udara biasa, Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 ini mempunyai penapis Selective Catalytic Oxidisation (SCO) yang unik agar berfungsi secara berterusan untuk memusnahkan gas berbahaya formaldehid pada tahap molekul sekali gus menjadikan ia sebagai penapis udara termaju yang direka seumpamanya.
Secara ringkasnya produk ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan perlu dipasang di setiap rumah. Ini antara ciri-ciri keistimewanya :-
1. Produk ini telah diuji secara saintifik untuk menghilangkan 99.95% zarah bawaan udara, seperti debu yang sangat halus, alergen dan virus.
2. Penapis udara yang berkualiti tinggi, di mana seluruh mesin ditutup kedap sepenuhnya dengan piawai HEPA H13. Ini bermaksud penapis udara Dyson tidak hanya memerangkap 99.95% zarah sekecil PM0.1 dan apa-apa yang masuk ke dalamnya mesin akan kekal terperangkap di dalam, tanpa terkeluar kembali ke udara.
3. Fungsi pengesanan pencemaran secara automatik. Bahkan turut tertera laporan melalui skrin LCD pada mesin dan apabila Aplikasi Dyson Link diaktifkan, ia membolehkan anda mengawal dan memantau kualiti udara di rumah anda dari mana sahaja. Bahkan anda boleh mengatur jadual, memeriksa jangka hayat penapis dan mengawal mesin anda dari jauh.
4. Hanya penapis udara Dyson memaparkan hingga 5 pencemar yang berbeza dalam masa nyata, iaitu PM2.5, PM 10, Formaldehid, VOCs dan NO2
5. Satu-satunya alat penapis udara dengan teknologi Air Multiplier ™ untuk menarik pencemaran jauh dan memproyeksikan udara yang dibersihkan ke seluruh ruangan.
6. Penapis udara Dyson yang diperbaharui kini 20% lebih senyap daripada generasi sebelumnya. Ini sangat bermanfaat bagi individu yang menggunakan penapis udara ketika mereka tidur nyenyak sepanjang malam.
Oleh yang demikian, atasi semua masalah pengudaraan di dalam rumah dengan menggunakan penapis udara terbaik dan paling maju Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari di laman sesawang www.dyson.my atau ke laman facebook www.facebook.com/DysonMY
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasai. Apatah lagi, pemergian suami tersayang dalam keadaan mengejut.
Sebelum Ini, Bunga berkongsi luahan hatinya menerusi lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ yang cukup menyentuh hati apatah lagi ia merupakan nukilan khas Bunga buat arwah suaminya.
Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya.
Terbaru, Bunga berkongsi kisah ‘Love Story’ sewaktu bersama arwah Ashraf dan bagaimana dia melangkah hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran suami tercinta di sisi.
Menerusi temu bual bersama pelakon terkenal Indonesia, Daniel Mananta, Bunga berkongsi tentang kehidupannya terlebih dahulu sebelum kehadiran Ashraf.
Menurutnya, dia seorang anak kecil yang hidup berpindah-randah dan sukar untuk mempunyai rakan. Ini kerana, dia mengikut kedua ibu bapanya yang mempunyai urusan kerja di tempat yang berbeza-beza.
Tambah Bunga, dia tidak seperti kanak-kanak yang lain dan terpaksa berjumpa dengan pelbagai orang daripada pelbagai latar belakang termasuklah budaya. Meskipun sudah menceburi bidang nyanyian, Bunga masih meluahkan rasa ’empty’ sehinggalah dia bertemu dengan Ashraf.
“Saya anak pertama dan kena lindungi keluarga. Jadi saya perlukan pasangan hidup yang sama iaitu pandai berdikari. Arwah sangat menghargai setiap pengorbanan saya. Malah, dia sentiasa ada untuk saya. Saya tak perlu nak jaga ego Ashraf sebab kami memang ditakdirkan sepadan dan Ashraf merupakan pilihan yang terbaik buat saya. Saya rasa jadi diri sendiri bila bersama dia.
“Ashraf seorang ‘fighter’. Dia akan berjuang untuk hidupnya dan orang yang dia sayang. Di sisi lemah, dia seorang yang mempunyai perasaan mudah simpati terhadap orang di sekitarnya dan ternyata kedua-dua ciri Ashraf itu sama dengan saya. Satu perkara lagi, saya suka cara dia atasi sesuatu masalah dan ‘sense’ yang dia punya,” ujar Bunga lagi.
Malah, cara ibu bapa Ashraf yang romantik, sering bersama dan meluangkan masa untuk berbincang membuatkan Bunga yakin Ashraf bakal jadi suami yang terbaik. Jelas Bunga lagi, dia yakin Ashraf bakal mengikut jejak langkah ayah dan ibunya selepas mereka berkahwin.
Kata bunga, bapa mentuanya sering membuka pintu kereta untuknya apabila mereka keluar bersama. Perkara tersebut membuatkan Bunga sangat tersentuh dan percaya bahawa keluarga Ashraf merupakan keluarga yang baik dan mempunyai kualiti tersendiri.
“Saya tak pernah fikir hidup tanpa Ashraf walaupun dia pergi pun bukan dengan ketentuan saya. Apa yang boleh saya cakap, selepas kahwin, Ashraf selalu mencari masa untuk meluangkan masa bersama saya dan Noah.
“Pengorbanan yang dia lakukan itu sungguh luar biasa terutama apabila saya tengok kehidupan pasangan suami isteri yang lain selepas arwah meninggal dunia. Ashraf selalu memudahkan keadaan. Kalau saya sedar dari awal, sudah tentu saya akan memberikan pujian yang lebih buat arwah.
Mengulas mengenai detik percutian terakhir mereka sekeluarga, Bunga memberitahu dia, Noah dan Ashraf sempat bercuti di Melbourne dan Bali. Mereka memilih untuk menyambut tahun baru di luar negara dan ingin merasai pengalaman menaiki belon panas di negara berkenaan.
Jelasnya, dia dan Noah sangat gayat pada waktu itu. Demi permintaan Ashraf, mereka bertiga akhirnya berjaya naik ke atas dan merakam beberapa foto serta memori indah bersama.
Mengenai percutian di New York, Bunga menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan kerja di sana. Pada awalnya, hanya dia dan beberapa orang rakan termasuk ‘Team Bunga’ sahaja yang akan pergi. Oleh kerana risau tiada siapa yang akan menguruskannya apabila tiba di sana, dia mengajak Ashraf untuk turut serta. Memandangkan Ashraf juga teringin melakukan ‘diving’ di sana. Itulah momen percutian yang terakhir buat mereka ujar Bunga.
“Pada hari Ashraf meninggal, saya baru pulang dari kerja dan masih menguruskan hal kerja yang lain sehingga waktu pagi. Sewaktu saya bawa Ashraf pergi ke rumah sakit bersama Noah, saya dah tahu Ashraf mungkin sudah tiada lagi. Namun, Noah berkata mungkin doktor boleh tolong dan merawat ayahnya.
“Noah hanya mampu duduk dan tidak mahu melihat wajah ayahnya pada waktu itu. Saya pula dah ready dan tahu dia sudah meninggal. Saya cuma perlu fikir nak uruskan Noah sebab dia sedih dan tahu ayahnya sudah tiada. Saya jelaskan kepada Noah yang saya tak mampu buat apa-apa dan doktor sudah mencuba sedaya upaya.
“Paling saya terkejut ayat Noah pada waktu itu, siapa yang akan teman mummy nanti bila daddy tak ada?. Noah juga tidak sangka ayahnya akan pergi ketika usianya masih kecil.
Dalam pada itu, Bunga turut meluahkan perasaan kecewa kerana tidak meluangkan sepenuh masa bersama keluarganya terutama di saat-saat akhir Ashraf hendak pergi buat selamanya.
Dia tidak menyangka semua ini berlaku dalam sekelip mata. Kehilangan Ashraf merupakan satu tamparan yang hebat buatnya dan dia mengambil masa yang agak lama untuk pulih daripada kehilangan tersebut.
“Bunga memberitahu dia tidak sedar langsung sepanjang proses pengebumian arwah Ashraf dan kebanyakannya diuruskan oleh keluarga dan rakan-rakan. Selepas seminggu Ashraf pergi dan pandmeik Covid-19 mula berlaku, Bunga baru merasakan kehilangan tersebut. Dia juga berasa sakit di bahagian dada dan sukar untuk bernafas.
Oleh itu, dia terus berjumpa dengan doktor dan menghentikan kesemua urusan kerjanya. Bunga banyak menghabiskan hari-harinya dengan membaca buku dan mencari kekuatan untuk membesarkan Noah secara sendiri.
Saya pernah cakap terfikir kalau saya meninggal siapa yang mahu menjaga Noah. Dahulu saya pernah terdetik kalau saya pergi dulu, saya yakin Ashraf akan jaga dan sayang Noah dengan baik sekali. Saya tahu dia mampu membuat Noah bahagia. Kini, saya perlu mencari kekuatan supaya mampu menjadi insan yang kuat buat Noah.
“Saya sedih melihat Noah kerana tidak mempunyai ayah pada usia yang masih kecil. Saya masih mempunyai ibu dan bapa kandung namun, tetapi Noah sudah tiada ayah. Sukar untuk mencari pengganti Ashraf yang mampu membahagiakan Noah. Ini kerana, Ashraf merupakan ayah terbaik.
Kini, Bunga memberitahu bahawa dia meluahkan segala isi hatinya menerusi sebuah buku yang diberikan oleh arwah Ashraf. Menurutnya, arwah Ashraf pernah berpesan supaya dia menulis dan merancang kehidupan pada masa akan datang.
Ujar Bunga, menerusi penulisan tersebut dia bakal mendapatkan kekuatan seperti mana yang dilakukan oleh arwah suaminya sebelum ini. Bunga turut berkongsi bahawa dia pernah menerima sebuah buku bewarna merah daripada Ashraf sebelum mereka berkahwin.
Buku tersebut mengandungi semua kisah mengenai Ashraf sehinggalah mereka bertemu. Bunga juga tidak sangka, buku yang diberikan oleh arwah suaminya itu merupakan hadiah yang terakhir sepanjang mereka bersama.