Sesungguhnya kelahiran cahayamata adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Ia pastinya mewarni kehidupan dan menjadi penyeri sebuah rumahtangga.
Ads
Telah memiliki dua orang anak perempuan, sudah pasti pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad pasti kini mengidamkan cahaya mata lelaki apabila isterinya Zira Ayub disahkan hamil.
Menurut Nabil dia nyata sanga berdebar menanti kelahiran anak ketiganya itu kerana dia dan isteri masih belum mengetahui jantina bayi yang bakal lahir.
Mahukan kejutan, Nabil sengaja meminta agar doktor merahsiakan jantina anak dalam kandungan isterinya dan meletakan harapan tinggi agar bayi yang dikandung adalah lelaki.
Dikhabarkan, kandungan berada dalam keadaan sihat malah isterinya juga tidak mengalami sebarang alahan sepajang kehamilan yang kini sudah berusia tujuh bulan.
Setiap anak adalah rezeki, Nabil mengakui dengan pertambahan anak dia perlu berusaha dan bekerja dengan lebih keras lagi untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.
Apabila disoal mengenai perancangan keluarga, Nabil berhasrat untuk memilik empat orang cahaya mata. Semoga segala yang diidamkan itu menjadi kenyataan dan dipermudahkan urusan isterinya bersalin.
Sumber: Oh My Media via Hangat Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Si comel Nur Aisywara Neelofa, anak kepada mua terkenal, MUA Bellaz tidak pernah menghampakan wargamaya di media social. Ada sahaja aksi comelnya yang menghiburkan semua.
Terbaru, aksi comel Wara yang tampil dengan pakaian seakan karektor patung ikonik dalam siri Squid Game, Young-hee menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian ibunya, Wara mempamerkan jelingan tajam sama seperti aksi bersahaja patung Young-hee menerusi siri popular dunia itu.
“Alamak dia ada kat sini la,” kongsi Mua Bellaz menerusi kapsyennya.
Apa yang menariknya biar pun membawakan karektor ganas itu namun ramai pula yang menawarkan diri untuk ‘ditembak’ dan menjadi peserta kepada permainan itu.
Tidak kurang juga yang memuji kecomelan dan kepetahan Wara yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapat berbuka seisi keluarga bersama pastinya menjadi momen yang cukup indah dan bermakna kan. Lagi-lagi dengan sitausi sekarang ini, nak berjumpa pun susah. Untunglah bagi mereka yang tinggal berdekatan boleh bersua muka dan meraikan hari yang mulia ini bersama-sama.
Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini cukup sibuk dengan urusan kerja masing-masing, namun tetap juga mereka mencuri masa untuk berbuka bersama keluarga.
Sememangnya sejak awal berkahwin sehingga menimang cahaya mata, Nur Fazura dan fattah Amin cukup mesra dan rapat dengan ahli keluarga mereka.
Terbaru, pasangan sejoli ini dilihat berbuka puasa bersama keluarga Fattah.
Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian itu adalah hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua.
Fazura sejak dahulu lagi memang dikenali seorang yang lemah lembut dan cukup mesra orangnya, patutlah dia mudah rapat apatah lagi orang itu adalah ibu kepada suaminya.
Menerusi satu instagram kelihatan Fazura berkongsi momen bersama keluarga mentuanya dalam satu majlis berbuka puasa.
Selain menikmati juadah berbuka, kelihatan Fazura mengusik ibu mentuanya yang sedang makan bersama. Ibu mentuanya hanya tersebyum manis melayan gelagat menantunya.
kedengaran usikan manja dari Fazura terhadap ibu mentuanya yang cukup sporting melayan menantu kesayangannya itu.
Nampak mesra dan sweet menantu dan mentua ini. Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama begini kan, bila ada peluang bergurau dan makan bersama mengeratkan lagi kasih sayang.
Setiap orang pasti mahukan kediaman yang selesa untuk didiami, Kawasan dapur juga antara tempat yang penting bagi setiap suri untuk mendapatkan keselesaan kerana hampir setiap hari para isteri dan ibu akan menggunakan kawasan itu bagi menyediakan keperluan harian keluarga iaitu dengan memasak makanan.
Secara umumnya, ramai yang berangan-angan inginkan dapur yang mempunyai Island Table sendiri bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan bahan masakan. Untuk potong-potong bahan masakan juga memang memerlukan ruang yang selesa, agar ‘mood’ untuk masak itu ada, nak masak banyak lauk untuk keluarga pun seronok.
Namun ramai yang terpaksa batalkan niat untuk miliki island table tersebut atas kekangan bajet dan ruangan dapur yang sempit.
Memetik dari perkongsian pengguna Twitter yatt_azml yang membuka mata bahawa ruang yang sempit serta kekangan bajet bukanlah satu masalah baginya. Dengan bajet RM300 saja beliau berjaya membuat island table idamannya di dapurnya yang kecil.
kredit gambar : twitter yatt_azml
Beliau hanya membeli bahan-bahan dari Ikea saja dengan menggunakan empat bahan ini saja untuk menghasilkan table island bersaiz 86cm tinggi x 92cm panjang x 53cm lebar.
kredit gambar : twitter yatt_azml
Dengan bahan ini dah boleh Diy sendiri island table idaman anda. Untuk para suami, kalau tak tahu nak bagi hadiah ulangtahun kepada isteri, anda boleh juga diy islan table ini untuk isteri anda. Comfirm senyum sampai ke telinga, hari-hari masakkan yang sedap-sedap untuk cik abang!
Sebagai tambahan, anda boleh meletakkan sebarang bakul di ruangan bawah itu mengikut kreativiti dan bajet anda. Puan Yatt beli bakul anyaman itu di Ikea juga, Ada yang suka letak bakul ‘trasparent’, Ada juga yang membiarkan ruang itu kosong. terpulang pada kreativiti sendiri.
Untuk perincian dari segi kekukuhan, boleh ikut tips yang dikongsikan lagi
kredit gambar : twitter yatt_azml
Diingatkan , island itu kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu. Tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak atau patah. Cara dia hanya lap saja oil itu dengan menggunakan kain atau tisu sebulan sekali. Kalau hari-hari guna maka lakukan 2 minggu sekali.
“Tambahan, Prevent chopping board tu dari berkulat, rosak, pecah dan patah. Bila u sapu oil kurang sikit air akan serap.” ujarnya
Jadi tunggu apa lagi? bpleh segera beli peralatan itu dan boleh terus DIY! selamat menukang..
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.