Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga.
Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Hukumi mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan yang sama.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini, boleh jadi manfaat bersama.
TIP DIDIK ANAK LELAKI
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ads
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah”
Ads
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Ads
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kerja amal dalam menguruskan jenazah secara percuma berjalan lancar dan mendapat sambutan baik.
Kerja amal yang bermula sejak dua tahun lalu di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu.
Ia diusahakan bersama suaminya, Azfaizul Ahtan yang merupakan insan yang banyak menggerakkan operasi khidmat pengurusan jenazah sebagai ‘orang kuat’ kerja amal itu.
“Saya hanya bantu dari aspek perkongsian dan hebahan melalui Instagram (IG). Memang ada yang memuji usaha ini, tetapi saya tak buat apa-apa pun.
“Suami dan pasukan kerjanya yang lebih ke depan. Saya sering memaklumkan usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan sasaran iaitu Muslim dari awal hingga selesai pengurusan jenazah.
“Khidmat ini dilakukan untuk semua peringkat usia. Malah, ada kes yang mana kaki hendak dipotong akibat kencing manis juga kami uruskan,” katanya kepada BH Online.
Tambahnya, kerja amal itu juga membuatkan dirinya terus istiqamah dan mengingati kematian.
“Permintaan mengurus jenazah yang diterima tidak menentu. Ada ketika, sampai empat kes sehari. Kadang-kadang tiada langsung.
“Malah, sekadar berkongsi, suami pernah menguruskan jenazah yang sudah empat tahun tersimpan dalam peti mayat kerana dipercayai tiada waris menuntutnya.
“Ada ketika apabila mendapat tahu ada yang meninggal pada usia muda, secara tak langsung, ia menginsafkan diri kita,” katanya.
Noorkhiriah atau nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata, pertubuhannya kini memiliki empat van jenazah untuk digunakan.
Dia bagaimana pun tidak menafikan ada peminat bertanya mengapa memilih kerja amal menguruskan jenazah.
“Pada awalnya, suami hanya menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Kemudian lama-kelamaan, suami terbabit sama dalam proses memandikan jenazah, kafan, solat dan hantar jenazah ke pusara,” katanya sambil menambah suami dibantu lima petugas lain.
Dalam perkembangan lain, aktres berusia 44 tahun itu bersyukur diberi kepercayaan sebagai duta jus kesihatan keluaran Vieura Group Sdn Bhd.
“Rasa terharu kerana pada usia sekarang, orang masih buka rezeki jadi duta produk. Inilah rezeki saya sebenarnya. Mungkin rezeki ‘shooting’ tidak rancak seperti dahulu, tetapi ada sahaja perkara baik datang.
“Dalam ramai-ramai orang, saya terpilih dan ini amat mengujakan,” katanya.
Petua penjagaan kecantikan kulit memang telah lama diamalkan oleh wanita Melayu sejak dahulu lagi.
Dan hingga kini, antara petua yang digunakan untuk menghilangkan jeragat di wajah adah dengan menggunakan lemondan gulasebagai skrub semulajadi memang terbaik.
Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Selain petua tadi yang boleh diamalkan untuk memudarkan kesan jeragat di wajah, anda juga boleh cuba petua di bawah ini yang telah dikongsikan oleh Nur Kaisara Khalisha untuk menangani masalah tersebut.
Petua hilangkan jeragat.
Bahan-bahan:
Langkah demi langkah:
1. Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam.
2.Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat.
3.Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra.
4. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker.
5. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat hasil tuaian capsicum yang ditanam oleh Fakriyah Hanafi pastinya mengundang rasa ‘cemburu’ dan geram, begitu segar dan’menjadi’ hasil tanamannya walau hanya di tanam di dalam pasu.
Jadi untuk anda yang berasa teruja untuk mencuba menanam pokok capsicum sepertinya, boleh dicuba. Ini memandangkan Fakriyah telah berkongsi cara dan ilmu untuk menanam capsicum dengan cara yang mudah. Menurutnya, biji benih diambil daripada capsicum yang dibeli di pasar sahaja.
Nak lebih detail, ini perkongsiannya.
Cara Tanam Capsicum
Gambar hiasan
Untuk mendapatkan biji benih, beli sahaja capsicum yang segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semlaman dan ambil biji yang tenggelam sahaja)
2. Setelah itu letakkan biji benih di dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak di tepi singki dapur sahaja. Periksa tisu, kalau kering sembur air. Tunggu sehingga biji benih bercambah.
3. Bila sudah bercambah, nampak ada ekor putih barulah saya masukkan ke dalam tray semaian. Siram dua kali sehari.
4. Bila sudah keluar 3-4 helai daun, bolehlah alohkan ke dalam pasu.
5. Saya letak tanah yang beli di nursery 6 in 1 dan tambah dengan tanah RM2.50 satu beg. Campurkan juga dengan tinja kambing.
6. Penggunaan baja, ada dua tiga jenis baja saya gunakan. Ada baja jenis siram, baja NPK dan sembur.
7. Bila buah sebesar duit syiling 50 sen, buah tersebut perlu dibalut untuk elak serangga perosak. Macam saya, saya balut menggunakan uncang net.
8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan saya letakkan di tepi rumah sahaja. Masih ada kena cahaya dan bila hujan kena tempias sahaja.
Inilah hasil tuaian daripada pokok capsicum yang ditanam
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!