Jika dahulu, anak lelaki jarang sekali berada di dapur. Anggapan lelaki ketua keluarga keluar mencari rezeki, mana anak perempuan pula di dapur menguruskan rumahtangga.

Situasi itu membuatkan segelintir anak lelaki apabila dewasa tidak tahu menguruskan diri termasuk mengemas bilik, memasak dan bahkan segala kelengkapan termasuk pakaian disediakan oleh isteri.

Namun zaman berubah, didikan begitu juga berubah selari dengan peredaran masa. Kini ramai ibu bapa mula sedar bahawa tugas menguruskan rumahtangga bukan terletak kepada wanita semata.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini menarik perhatian warganet apabila gelagatnya mengemas rumah tanpa kekok.

Berkongsi cara didikan arwah ibu, lelaki ini berharap  lelaki ringan tulang untuk menguruskan rumah, bukan bergantung kepada kaum wanita.

“Paksu, saya lama dah nak tanya…..macam mana parent didik paksu jadi rajin mengemas dan pandai memasak” macam yang paksu duk buat selalu”???
Guys.

Banyak kali paksu ditanya soalan macam tu. Jadi harini paksu sharelah dengan semua friends & followers paksu di muka buku (especially ibu-ibu) beberapa tips untuk didik “anak lelaki” agar tidak jadi raja dan hanya pandai besarkan telur dua biji kat celah kelangkang tu, huhuhu!!! 

1. Sejak usia 5 tahun, arwah mak paksu dah biasakan paksu dengan kerja rumah (sebab paksu anak manja/bongsu, memang selalunya duk berkepit je bawah ketiak ibu). Jadi paksu terdedah dengan semua tu dari awal dulu. Arwah mak cuci baju, paksu pun cuci baju. Bila mak paksu sidai kain, paksu pun sibuk ikut tiru. Arwah mak masuk dapur masak, paksu pun ikut masak sama (tapi masak style paksu). Budak-budak kan masa tu, apa yang paksu tengok itulah yang paksu ikut…..ha gittu. (Dah pecah rahsia no satu).

2. Paksu amalkan buat selalu. Bangun je tidur kemas katil dulu. Lipat selimut dan susun bantal satu-satu. Seminggu sekali paksu lap dan sapu. Lepas makan paksu kemas terus tak ada tangguh atau tunggu. Bila paksu buat lagutu, lama kelamaan dia jadi habit/tabiat…..kalau tak buat, hidup ni rasa macam tak lengkap (paksu rasa macam sesuatu). Train anak tu untuk buat selalu pasti diorang akan terbiasa nanti (trust me sebab paksu tak pernah menipu). 

3. Arwah mak paksu selalu puji, rajinnya anak ibu. Paksu memang pantang dipuji mula la kembang kuncup hidung paksu yang macam pelepah kayu tu. Bila dah dipuji, secara tak langsung ia bagi semangat dan dorongan untuk paksu walau sebetulnya paksu ni bukan rajin mana pun (malas jugak macam lembu). Terima kasih mak sebab selalu puji paksu dulu. Sebab pujian tu buat paksu jadi rajin buat kerja rumah dan sekarang jadi kerjaya kedua paksu. Jadi ibu-ibu yang baca post ni jangan lokek untuk puji anak-anak tau. 

4. Satu lagi paksu memang dididik oleh arwah mak untuk ringan tulang dan saling membantu. Arwah mak paksu berniaga kedai makan dulu. Jadi paksu tolong apa yang mampu. Paksu tak kisah orang nak cop paksu anak mak/anak manja atau macam ni macam tu. Sebab niat paksu satu, nak ringankan tugas arwah mak paksu…..cuma itu. 

5. Last but not least, jangan takut nak marah/tegur anak (tak kira laki atau perempuan) yang malas untuk sama-sama buat kerja atau bantu. Sebab bebelan mak-mak/ibu-ibu ni amat dasyat tau. Kalah pontianak harum sundal malam punya pekikan dimalam jumaat yang syahdu. Kalau rasa tak nak mak-mak naik hantu, elok buat kerja tu. Huhuhu!!! 

Pada semua ibu-ibu, jangan manjakan sangat anak lelaki tu. Ubahlah mindset zaman tok kaduk dulu-dulu. Percayalah buat kerja perempuan ni takkan ubah anak-anak lelaki korang menjadi pondan atau lelaki jelmaan perempuan kecuali depa sendiri yang gatal burung nak jadi lagutu. Pada abah-abah, ubahlah perangai jadi raja dan tuan dalam rumah sendiri sebab zaman laaaniii bukan zaman Jepun tau. Zaman yang mana semua orang perempuan sumbat satu-satu. Laani era baru. Tunjukkan contoh yang baik, pasti anak-anak akan tiru.
Makan tempoyak cicah budu.
Senduk nasi pakai sudu.
Kalau nak anak rajin selalu.
Didiklah dari awal bukan bila dah kertu.
Haaaaa gitttuuuu!!! 
#pesanseoranglelaki

IKLAN

Sumber: Redzuan Abd Manaf

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

IKLAN

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara