Jika sebelum ini kebiasaannya jika ingin menanam pokok bunga semestinya perkara pertama yang perlu disediakan adalah tanah untuk ia dapat hidup dengan subur. Tapi tahukah anda sebenarnya ada sejenis tanaman yang unik dan mudah dijaga tanpa memerlukan tanah, baja bahkan racun serangga sekali pun tidak diperlukan namun mampu hidup dengan subur.
Mungkin ada yang berasa pelik, tapi itulah yang cuba dikongsikan oleh wanita daripada Sabah ini. Menariknya juga tanaman daripada jenis Air Plant atau Pokok Udara ini mempunyai pelbagai bentuk dan rupa yang cukup eksotik.
Memahami lagi tentang pokok hiasan nan satu ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Airplant @ Tillandsia
Sejenis tanaman udara atau angin yang tidak menggunakan tanah. Ia boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi, tanpa baja atau racun serangga. Memilikinya adalah satu terapi jiwa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Lantaran proses hidupnya yang unik, menjadikan airplant satu tarikan baru bagi peminat-peminat pokok sebagai alternatif kepada pokok-pokok biasa yang menggunakan tanah.
Penjagaan Airplant (Tillandsia)
1. Cara menanam:
Anda boleh gunakan pasu yang berlubang, dawai yang dibentuk, tunggul kayu, plastik, batu, kulit siput atau apa saja medium yang membolehkan pokok ini ‘menumpang duduk’. Sila pastikan ia tidak memerangkap air kerana ia boleh mengakibatkan ‘rotten’ (pereputan). Jangan sesekali gunakan tanah kecuali lumut asal yang ada pada driftwood.
2. Lokasi yang sesuai:
Airplant boleh hidup di mana-mana sahaja asalkan ada cahaya. Namun begitu tempat yang paling baik adalah bahagian balkoni / patio atau anjung rumah. Seeloknya ada sedikit cahaya matahari pagi. Sekiranya ingin menyimpan secara indoor seeloknya di tepi tingkap atau jika dijadikan hiasan di atas meja atau dinding, seminggu sekali dedahkan ia kepada persekitaran luar. Harus diingat Airplant memerlukan udara, air dan cahaya untuk terus hidup dan membesar.
3. Kaedah penyiraman:
Siram pokok ini sama ada guna hose shower (jika banyak) atau sekadar spray di keseluruhan pokok terutama bahagian akar pada setiap 2 hari sekali. Sekiranya kawasan airplant anda terdedah kepada cahaya matahari, boleh siram setiap hari asalkan air tidak bertakung. Airplant masih mampu hidup sehingga 7 – 10 hari tanpa air.
Pokok ini tidak memerlukan baja yang khusus kerana bahagian yang berwarna putih di daun iaitu tricoma bertindak membekalkan nutrient kepada airplant, cuma jika ingin mempercepatkan proses pertumbuhan akar, anda boleh gunakan baja penggalak akar contohnya B1. Selain itu baja organik untuk akar pokok orkid (warna hijau) juga boleh digunakan. Baja-baja kimia adalah dilarang untuk pokok-pokok airplant. Racun serangga juga tidak perlu disembur kerana jarang berlaku jangkitan kulat atau serangan serangga ke atas pokok-pokok ini.
5. Air hujan dan rendaman (soaking)
Lakukan 2 – 3 minggu sekali rendaman jika pokok kelihatan kering. Jika tidak nampak kering tidak perlu rendam. Seeloknya menggunakan air hujan yg ditadah atau air akuarium krn ia bertindak sbg baja organik. Selepas rendam 40 minit – 1 jam. Terbalikkan pokok utk elakkan air terperangkap di celah2 pelepah daun.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. “Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri. “Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan. “Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain. “Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun, mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda.
Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita.
Ibarat satu cabaran paling mudah, tanaman yang dirasakan sukar untuk ditanam ini sebenarnya cukup mudah untuk hidup subur. Tanam di balkoni rumah pun mampu hidup segar dan bugar.
Ini cara yang dikongsikan oleh Baja AB Plus Premium. Paling menarik tak perlukan kos hebat pun, hanya guna penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
2. Sediakan penapis yang sama saiznya dengan besen di bahagian bawah.
3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh).
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. Pastikan paras air kena pada akar pokok.
6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
7. Pokok kangkung sudah boleh dituai apabila memasuki minggu ke 3 dan 4.
Selamat mencuba!
Sumber – Baja AB Pus Premium
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak adalah amanah ke atas ibu bapa untuk dididik ke arah kebaikkan, meninggalkan segala larangan Allah dan menunaikan setiap apa yang diperintahkan dalam agama. Jika sedari kecil sudah terbiasa dan sentiasa diingat-ingatkan untuk melakukan kebaikan, diharapkan pesanan dan kata-kata itu jugalah yang akan diingat sampai bila-bila.
Pun begitu, terkadang kita sebagai ibu ayah juga sering alpa untuk menitipkan pesanan dan nasihat yang berguna untuk anak-anak. Untuk itu, sebagai peringatan bersama, jom kita baca bait-bait 7 nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif khas untuk diingat-ingatkan selalu sebelum mereka meningkat dewasa. Ianya wajar kita ucapkan kepada anak-anak,biar mereka faham isi hati dan harapan kita kepada mereka dalam menjalani kehidupan ini.
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu
2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu
3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu
5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian
6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal
7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.