Subjek Matematik umum ketahui sering menjadi antara mata pelajaran yang kurang dapat dikuasai oleh anak-anak kita.
Apatah lagi jika Sifir tidak dihafal dengan baik, akan bertambah sukar untuk skor dalam subjek tersebut.
Jadi apa kata kita bantu anak-anak kita dengan lakukan apa yang dipraktikkan oleh guru Matematik ini. Jom semak.
TIP BERKESAN HAFAL SIFIR
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah.
Ianya berkesan!
1. Sendiri-sendiri.
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali.
Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2
4
6
8
Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
2. Tulis
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
4. Latih tubi.
Ads
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!
5. 1 hari 1 sifir
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
6. Baca di perhimpunan
Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorang baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
7. Bakar line
Ads
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line.
“Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha.
Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
8. Pesan
Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir.
Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
9. Rotan
Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu!
Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.
Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.
Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Berikut dikongsikan 5 tip menjaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar. Lebih mudah dan cepat dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur anda.
1. Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5. Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Sumber: Petua Ibu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila membina rumahtangga, sudah tentu tidak akan terlepas mengalami pelbagai masalah. Onak duri yang mendatang kadang buat diri rasa down.
Namun, jika kita abaikan masalah yang mendatang, tapi fokus kepada untuk membahagiakan keluarga pasti ia memberi sinar.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Apabila masalah melanda dan keadaan menjadi tertekan. Kecilkan fokus.
Anda ada masalah dengan keluarga, adik beradik bergaduh sesama sendiri, ibu dan bapa bertelagah dan tidak sehaluan.
Ada yang mentuanya tidak suka. Di awal perkahwinan sudah memaklumkan yang anda bukan menantu pilihan.
Ipar-duai pula jenis mengata. Apa sahaja yang anda buat, semuanya tak kena. Sering dihasut orang lain supaya membencikan anda.
Ada pula yang jiran tetangga tidak henti-henti berdengki. Sentiasa ada mata tajam memerhati setiap gerak geri dan mengumpat dan mencaci apa sahaja yang anda lakukan.
Kawan-kawan ada agendanya tersendiri. Sehinggakan ada yang bertepuk tangan apabila anda dilanda masalah.
Jika anda sedang lalui salah satu atau semua perkara di atas, nasihat saya ialah, kecilkan skop dan fokus hanya pada keluarga anda. Sama ada suami atau isteri dan, atau anak-anak.
Pedulikan semua benda yang bermasalah. Biarkan mereka mengata, biarkan mereka mengeji, biarkan mereka membenci.
Fokuskan segala tenaga anda untuk menggembirakan keluarga sendiri.
Bukan orang luar itu yang akan bersama anda tatkala susah. Bukan mereka yang akan menghulurkan tangan di saat anda kelemasan.
Bukan bermaksud memutuskan hubungan, tetapi setiap masalah yang berlaku, jangan penatkan diri cuba mengubah apa yang kita tidak boleh ubah, tetapi fokuslah pada apa yang boleh menggembirakan kita, iaitu keluarga sendiri.
Dengan cara ini, anda akan tidak kelesuan melawan hinaan atau masalah orang, tetapi anda sentiasa bertenaga kerana anda gembira di dalam bulatan kegembiraan kecil anda. Pilih siapa yang layak untuk berada di dalam bulatan itu dan hiduplah dengan gembira tanpa dipengaruhi anasir luar yang mendatangkan masalah.
Berkomunikasilah, selesaikanlah masalah di dalam bulatan itu dengan baik dan cepat. Lebih kecil bulatan itu, lebih mudah masalah dan ujian dapat dihadapi serta diselesaikan dengan baik.
Berhenti cuba mengubah apa yang tidak boleh diubah. Ada manusia memang tidak akan berubah walau apa juga yang kita buat atau cakap.
Kongsikan penulisan ini jika ianya bermanfaat.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Kredit: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah jadi lumrah anak-anak, pantang dimarah je rasa nak lari rumah! Jangan katakan anak-anak kita, kita sendiri pun pernah buat perangai yang sama kan? Hehe.
Baru-baru ini tular seorang budak lelaki bernama Muhammad Ian yang nekad mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan atuknya.
Video yang berdurasi 18 saat itu jelas menunjukkan Ian menggalas beg yang berisi 4 helai baju berlari dan sempat menoleh ke belakang seolah memberitahu bahawa dia memang nekad dengan keputusannya nak lari dari rumah.
Muhammad Ian buat perangai tengahari buta. Merajuk dnegan tok ayah dia, tiba2 dia pack baju dia.. i asked him, ‘nak lari rumah!’
Tidak patah balik, tetapi niatnya nak lari dari rumah terbatal apabila atuknya memujuk untuk pulang ke rumah. Aksinya pulang menaiki motor bersama atuknya juga dirakam dan riak wajahnya seakan malu sendiri dengan perbuatannya dan berpura-pura tidur di belakang atuknya.
Video yang dikongsikan oleh ibunya sendiri itu mendapat tontonan lebih 800 ribu di aplikasi Tiktok. Malah netizen juga ramai yang berkongsi pengalaman sendiri semasa kecil yang mempunyai niat yang sama tapi tidak kesampaian.
Agak-agaknya kalau atuk tak jemput tu, ke mana dia pergi ye? hehe
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di