Kita sering mendengar kisah disebabkan harta pusaka, adik beradik bahkan anak-beranak bergaduh sesama mereka.
Semua ini puncanya pelbagai dan salah satunya adalah bila antara mereka tidak tahu hak sebenar.
Masing-masing mengaku diri sendiri mempunyai hak dengan menafikan pembahagian harta tersebut. Hakikatnya, hak harta tersebut turut dimiliki oleh orang lain juga.
Memahami lagi berkaitan faraid ini, peguam ini berkongsi satu soalan yang diajukan kepadanya.
Semoga kisah ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.
Ini perkongsiannya.
Soalan :
Puan, saya ingin bertanya berhubung pembahagian harta arwah ibu. Saya anak tunggal. Ibu saya telah lama meninggal tapi sehingga kini ayah masih tidak membuat pembahagian harta pusaka arwah ibu mengikut hukum faraid mahupun berbincang mengenainya.
Segala wang insurans, saham, dll telah diserahkan oleh pihak berkenaan ke dalam akaun ayah sebagai waris/penama utama. Ayah tidak membenarkan saya membantu untuk menguruskan pembahagian harta tersebut dengan alasan itu tanggungjawab beliau.
Sekarang beliau dalam proses untuk berkahwin baru, namun proses pembahagian harta pusaka arwah ibu masih tidak diuruskan.
Untuk makluman, datuk saya (bapa kepada arwah ibu) masih hidup. Jadi apa yang perlu saya lakukan kerana saya khuatir urusan tersebut akan terus terdiam begitu sahaja dan hak saya sebagai anak dan juga hak datuk saya hilang begitu sahaja selepas ayah berkahwin lain.
Saya tak boleh bertanya pasal hal ini, kerana ayah akan berfikir saya hanya ingin harta2 arwah ibu sedangkan saya mahukan keadilan untuk saya dan juga datuk saya. Saya buntu dan tak tau nak buat apa.
Jawapan :
Yang pertama, kena tau apa hak masing2 dalam faraid. Seorang isteri mati meninggalkan seorang suami, bapa dan seorang anak perempuan tunggal.
Suami dapat 1/4 kerana si mati ada anak. Anak perempuan tunggal dapat 1/2. Bapa si mati adalah waris asobah yang akan menghabiskan baki. Maka bahagian faraid waris2 adalah :
Anak perempuan – 2/4
Suami – 1/4
Bapa – 1/4
Nampak?Anak perempuan ada bahagian yang lebih banyak dari suami. Jika suami sebagai pemegang amanah dan pentadbir tidak amanah dalam menguruskan harta pusaka si mati, waris2 yang lain iaitu anak perempuan atau bapa tersebut boleh dapatkan bantuan pihak ketiga untuk memastikan pentadbir menjalankan tugasnya dengan amanah.
Pihak ketiga tersebut boleh dilantik di kalangan peguam ataupun pihak syarikat amanah.
Kebanyakannya takut nak ambil tindakan kerana takut mengeruhkan hubungan kekeluargaan. Apabila masalah keluarga tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik, ketika itulah perlunya campur tangan pihak ketiga yang professional untuk memastikan semua waris2 mendapat hak masing2 yang sepatutnya melalui saluran undang2.
Jika nak halalkan pun boleh. Tapi kenalah redha dan tak perlu ungkit di belakang hari. Tapi kalau hati tak redha.. kenalah buat sesuatu. Ambil tindakan!
Suami tu sangka dia ada hak 100% ke atas harta isterinya yang meninggal dunia. Sama ada dia tahu atau buat2 tak tahu.
Maka si anak kena bantu bapa supaya bapa tu tak berterusan ambil hak orang lain dengan cara yang salah dan makan harta batil tanpa dia sedar termasuk makan bahagian anak sendiri.
Ini bukan isu anak kena lawan bapa. Tapi usaha untuk meletakkan yang hak kepada yang berhak.
Know your right first.. then only you can fight for your rights!
sumber : Roslina Sabiyah & Co.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit buah pinggang sering kali digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana gejalanya yang hadir secara perlahan tanpa disedari. Dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mengetahui keadaan sebenar apabila ia sudah berada pada tahap yang serius.
Situasi ini berlaku kerana ramai tidak menyedari tanda-tanda awal yang mungkin dianggap biasa atau tidak berbahaya. Hakikatnya, kegagalan mengenal pasti tanda-tanda awal boleh membawa kepada komplikasi yang mengancam nyawa.
Antara tanda-tanda awal penyakit buah pinggang termasuklah rasa keletihan yang melampau walaupun mendapat rehat yang mencukupi. Ini berlaku kerana buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan, lantas mengganggu sistem tubuh.
Selain itu, bengkak pada bahagian muka, tangan, atau kaki juga sering berlaku akibat penahanan air dalam badan. Tanda ini sering kali tidak diberi perhatian kerana disalah anggap sebagai masalah sementara.
Perubahan pada air kencing juga merupakan petunjuk penting. Air kencing berbuih atau berwarna keruh mungkin menunjukkan kehadiran protein dalam air kencing, satu tanda jelas bahawa buah pinggang sedang bermasalah.
Ada juga yang mengalami kencing yang kurang daripada biasa atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Nafas berbau, hilang selera makan, dan tekanan darah tinggi yang sukar dikawal turut menjadi antara gejala yang lazim dialami oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.
Golongan yang berisiko tinggi termasuklah pesakit diabetes dan darah tinggi, kerana kedua-dua penyakit ini memberi tekanan besar kepada fungsi buah pinggang.
Selain itu, individu yang mempunyai sejarah batu karang juga berisiko tinggi kerana komplikasi batu karang boleh merosakkan struktur buah pinggang. Perokok tegar dan mereka yang mengambil ubat tahan sakit secara berlebihan tanpa kawalan juga perlu lebih berhati-hati, kerana amalan ini boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang dalam jangka masa panjang.
Namun begitu, penyakit buah pinggang sebenarnya boleh dicegah jika langkah-langkah pencegahan diambil lebih awal. Pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti ujian darah dan air kencing adalah sangat penting bagi mengesan sebarang masalah sebelum ia menjadi lebih serius.
Selain itu, tekanan darah dan paras gula dalam darah perlu dikawal dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang.
Tabiat pemakanan juga memainkan peranan penting. Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi setiap hari membantu memastikan buah pinggang berfungsi dengan baik, manakala pengambilan makanan masin dan tinggi garam perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan tekanan pada buah pinggang.
Elakkan juga minuman manis yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain seperti obesiti dan diabetes.
Kesedaran tentang kepentingan menjaga buah pinggang adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jangan tunggu sehingga tanda-tanda serius muncul, kerana pada ketika itu, pilihan rawatan mungkin terhad.
Sebaliknya, jadikan penjagaan buah pinggang sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, buah pinggang yang sihat adalah kunci kepada tubuh badan yang sihat. Sayangi diri anda, lindungi buah pinggang anda!
RINGKASAN
Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang:
1️⃣ Kerap keletihan walaupun cukup rehat.
2️⃣ Bengkak pada muka, tangan, atau kaki akibat penahanan air.
3️⃣ Kencing berbuih atau berwarna keruh (tanda protein dalam air kencing).
4️⃣ Kencing kurang daripada biasa atau sakit ketika membuang air kecil.
5️⃣Nafas berbau
6️⃣hilang selera makan .
7️⃣ Tekanan darah tinggi yang sukar dikawal.
Siapa Berisiko?
🔸 Pesakit diabetes dan darah tinggi
🔸 Individu dengan sejarah batu karang
🔸 Perokok tegar & pengambilan ubat tahan sakit berlebihan
Apa Perlu Dilakukan?
Jangan tunggu tanda serius muncul. Lakukan:
✅ Pemeriksaan kesihatan berkala – ujian darah dan air kencing.
✅ Kawal tekanan darah dan paras gula.
✅ Minum banyak air kosong, elakkan minuman manis dan
✅ Kurangkan makanan masin dan tinggi garam.
Apabila pasangan itu sentiasa tersenyum bahagia, riak wajah dan sinar mata menjelaskan bahawa pasangan itu sedang menikmati kebahagian rumahtangganya. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk memastikan perkahwinan itu indah sehingga till jannah.
Namun, jika pasangan saling melengkapi, ia pastinya menjadi kunci rahsia bahagia rumahtangga itu. Bagi penyanyi dan usahawan,Mila Jirin setiap kebahagian itu ada caranya. Beliau turut berkongsi tips kebahagiaan dalam rumah tangga.
“Macam mana nak tambahkan KEBAHAGIAN dalam rumah tangga?”
“Bangun pagi WAJIB mulakan dengan SENYUMAN (walaupun malam tu marah kr merajuk ke) sebab SENYUMAN ni macam 1 penawar untuk neutral kan segala ion ion NEGATIVE yang ada dalam diri kita.”
“Kalau boleh hari2 every morning PELUK erat erat pasangan kita for few minute…feel the warm…feel the heart beat…dan ucapkan I LOVE U!”
SALING MEMAAFKAN
“Suami Isteri ni kena sama sama buang EGO dan sering MAAF dan MEMAAFKAN…Kena selalu fikir, APA TUJUAN PERKAHWINAN itu?? Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama PERBAIKI demi mencari Redha ALLAH.”
“Buat suami tercinta @isz_mustapha , doakan isteri u yang cute ni jadi Isteri yang TAAT ya.”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.