Anak mangsa tanah mendap Jalan Masjid India adakan upacara ‘doa’ ulang tahun tragedi. Anak kepada seorang wanita warga India yang menjadi mangsa tragedi tanah mendap di Jalan Masjid India tahun lalu kembali ke lokasi sama bersempena ulang tahun pertama kejadian berkenaan untuk mengadakan upacara doa.

Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara ‘Doa’ Ulang Tahun Tragedi

M Surya, anak lelaki kepada G Vijayalakshmi yang berusia 48 tahun ketika kejadian, hadir ke lokasi tersebut dua hari lalu bagi melaksanakan upacara thavasam. Ritual itu merupakan amalan dalam agama Hindu yang diadakan mengikut tarikh bintang kematian si mati.

Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara ‘Doa’ Ulang Tahun Tragedi
Kredit foto: Berita Harian

Dalam upacara ringkas yang diadakan di laluan pejalan kaki yang sudah dibaik pulih itu, Surya ditemani seorang saudara. Sebagai sebahagian daripada ritual ‘thavasam’, pemuda berusia 25 tahun itu meletakkan gambar ibunya di dalam bingkai berhampiran lokasi mendapan, menghiasinya dengan kalungan bunga, selain menyusun pelbagai persembahan di atas daun pisang termasuk buah-buahan, kuih-muih dan makanan kegemaran ibunya.

Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara ‘Doa’ Ulang Tahun Tragedi
Kredit foto: Sinar Harian

Sempena ulang tahun itu juga, Surya turut mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada penduduk sekitar sebagai ‘anathanam’ (sedekah makanan), satu amalan dilakukan dengan doa roh ibunya bersemadi dengan tenang.

Tragedi berkenaan berlaku pada jam 8.22 pagi 23 Ogos tahun lalu, Vijayalakshmi yang berasal dari Kuppam di negeri Andhra Pradesh, India, terjatuh sedalam lapan meter ke dalam tanah mendap yang tiba-tiba terbuka di laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India, kawasan beli-belah sibuk yang popular dalam kalangan pelancong.

Difahamkan, ketika kejadian, beliau sedang menuju ke sebuah kuil berdekatan, manakala Surya pula berada di Thailand. Beliau tiba dari Thailand pada 24 Ogos dan tidak meninggalkan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga usaha itu ditamatkan pada 31 Ogos.

Ads
Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara ‘Doa’ Ulang Tahun Tragedi
Kredit foto: Sinar Harian

Operasi SAR yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Geologi serta pelbagai agensi lain dijalankan secara besar-besaran. Namun, usaha berkenaan berdepan pelbagai kesukaran antaranya laluan pembetung yang sempit dan tersumbat, penglihatan terhad serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

Anak Mangsa Tanah Mendap Jalan Masjid India Adakan Upacara ‘Doa’ Ulang Tahun Tragedi
Kredit foto: Sinar Harian

Pasukan penyelam turut melakukan percubaan masuk ke dalam sistem pembetungan tetapi hanya mampu bertahan tidak lebih daripada 30 minit. Selepas sembilan hari, operasi SAR dihentikan dan fasa pencarian beralih kepada pemulihan.

Pada 1 September 2024, sehari selepas operasi tamat, DBKL menyerahkan sumbangan ihsan berjumlah RM30,000 kepada keluarga mangsa. Datuk Bandar Kuala Lumpur menegaskan ia bukan bayaran pampasan, sebaliknya sekadar “sumbangan ikhlas”.

Ads

Sumber: Berita Harian dan Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Tragedi Zara Qairina: Pelajar SMKA TDML Trauma Diejek ‘Pembunuh’ & Pembuli’

Gadis Mangsa Disimbah Cuka Getah Tak Pernah Berdendam Perbuatan Bapa, Jalani Pembedahan Hidung

Ads

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads