Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, “Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. ” Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.
Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk- “Suami Baru Turun Kereta Bantu Mangsa Kemalangan”
Insiden yang berlaku sekitar jam 2.10 pagi di Kilometer 16 itu mengorbankan lelaki tempatan berusia 37 tahun, ketika dia sedang cuba membantu seorang penunggang motosikal yang terbabas.
Menurut isteri mangsa, Suhaidah Yusof, 40, suaminya itu baharu sahaja keluar dari kereta untuk membantu mangsa kemalangan. Tiba-tiba dia dengar bunyi dentuman. Orang ramai memberitahu bahawa suaminya dilanggar kereta.
Suhaidah adalah isteri kepada Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta BMW dipandu lelaki mabuk ketika membantu seorang mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi berhampiran stesen minyak memasuki Taman Desa Jaya di sini, kira-kira jam 2.10 pagi tadi.
Suaminya yang juga penghantar makanan p-hailing meninggal dunia akibat parah pada anggota badan.
Menurut Suhaidah, sebelum kejadian, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bakar Batu di sini, selepas keluar makan bersama rakan.
“Saya yang memandu kereta ketika itu. Kami nampak ada serpihan motosikal yang kemalangan, saya parkir kereta tepi jalan sebab suami kata nak tolong mangsa.
“Ketika itu ada juga yang berhenti kereta nak tengok kemalangan dan bantu kawal lalu lintas, tetapi suami tak beri saya keluar kereta, suruh tunggu dalam kereta,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.
Ads
Suhaidah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta berkata, dia terus menghubungi adik iparnya memaklumkan insiden yang berlaku.
Pada masa sama, dia mengakui masih terkejut dan trauma selepas kehilangan suami tercinta lebih-lebih lagi ketika masih dalam bulan Syawal.
“Kami kahwin September tahun lalu. Kami baru cipta kenangan indah bersama ketika hari raya kerana ini pertama kali beraya bersama-sama keluarga selepas bergelar suami isteri,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.
Menurut Suhaidah, suaminya banyak termenung dan tidak banyak bercakap malam kelmarin.
“Kelmarin, dia cakap panas badan dan pening kepala, dia banyak terbaring dan berdiam diri. Semalam, kami keluar jalan-jalan dan makan bersama kawan-kawan dia, dia cakap hilang dah sakit kepala dia.
“Tak sangka dia sudah tiada,” katanya.
Ads
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan bermula apabila seorang lelaki warga Myanmar yang menunggang motosikal SYM BX11 dari arah Johor Bahru ke Taman Setia Tropika hilang kawalan sebelum terbabas di lorong kanan.
“PENUNGGANG MOTOSIKAL BERUSIA SEKITAR 30-AN ITU MENGALAMI KECEDERAAN SERIUS DI BAHAGIAN KEPALA DAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI LOKASI KEJADIAN,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN.
Tambah beliau, penghantar makanan tersebut dipercayai berhenti untuk membantu dengan menjaga lalu lintas bagi mengelakkan mangsa pertama dilanggar kenderaan lain.
Namun, tindakan terpuji itu berakhir dengan tragedi apabila sebuah kereta BMW yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun datang dari arah sama dan melanggar mangsa kedua, menyebabkan kecederaan dalaman parah dan kematian serta-merta.
“Pemandu BMW tersebut hanya cedera ringan di muka. Hasil ujian mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya.
Ads
Susulan itu, suspek telah ditahan dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis turut mengingatkan masyarakat supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Sebelum ini, beberapa rakaman video yang memaparkan keadaan lokasi kejadian tular di media sosial, menunjukkan kehadiran ramai orang awam berhimpun di tempat kejadian.
“Walaupun saya dah larang, dia tetap nak ikut sebab dia bosan duduk rumah seorang. Mungkin itu permintaan terakhir dia untuk rasa naik lori dengan saya.” Itulah luahan hati Syed Mohamad Asyraf Syed Shamsuddin, 24, suami kepada Allahyarham Suhaili Abdul Razak, 28, yang maut dalam kemalangan melibatkan lori ais dan treler di Jalan Ipoh-Kampar, berhampiran Kampung Pulai, Gopeng, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Syed Mohamad Asyraf, yang memandu lori tersebut, hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan. Menurutnya, kadang-kadang Suhaili akan menemani beliau menghantar bekalan ais ke kedai-kedai pada awal pagi, terutama sekali pada hari cuti atau hujung minggu, kerana isterinya bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Ipoh.
Dia berkata, lebih menyayat hati kerana semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran isterinya. Malah, mereka sempat meraikannya malam tadi, di mana dia menghadiahkan dua helai tudung kepada arwah.
“Kami sambut kecil-kecilan di rumah kami di Pengkalan (Lahat, Ipoh) malam tadi,” katanya.
“Sebelum ini, arwah pernah ikut saya bawa lori, tapi hari ini terasa lain. Biasanya, dia akan berjaga dari awal dan hanya tidur dalam lori bila hari mula cerah sekitar pukul 7 pagi.
“Tapi hari ini, dari mula naik lori lagi dia kelihatan letih dan terus tidur. Tak seperti selalu,” katanya ketika ditemui di pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampar.
Menceritakan detik sejurus pelanggaran itu, kata Syed Mohamad Asyraf, isterinya terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila dia cuba membelokkan lori ke kanan dan sempat memanggilnya dengan panggilan mesra ‘Abi’.
“Allah SWT lebih sayangkannya. Kami berkahwin pada November tahun lalu dan dia isteri yang baik dan taat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas sekitar jam 5 pagi itu berlaku apabila lori ais dipandu Syed Mohamad Asyraf melanggar belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan.
“Akibatnya, mangsa yang berada di tempat duduk kelindan meninggal dunia di lokasi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi meringankan lagi beban rakyat untuk menyambut Raya Aidil Fitri nanti, kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tahun ini sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun tahun lalu.
Tambahnya lagi, bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal mendapat bantuan sehingga RM650.
“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak pemalu cenderung untuk merasa tidak selesa atau gugup dalam situasi sosial, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka sering memilih untuk berada di tempat yang selamat, seperti bersama keluarga atau rakan rapat, dan memerlukan masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu.
Justeru, perkongsian Wawa Shauqi yang terkenal dalam bidang penulisan kekeluargaan telah berkongsi 10 perkara yang membantu untuk mengelak anak bersikap pemalu.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri. Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting.
Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat. Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.
Wawa Shauqi di samping anak-anaknya
1) Validate. Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia. Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.” 2) Puji. Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu. Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang. . 3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu. Bercakap kena yakin dan jelas. . 4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali. . 5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai. “Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?” Walaupun niat nya nak bodek main sekali je. . 6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan. Kalau dia menang, cakap tahniah. Kalau kawan kalah, bagis semangat, “Tak apa. Ko cuba lagi weh.” . 7) Pesan pada anak, bila orang taknak kawan, tak apa. Saya cakap, “Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”
. 8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident. “Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.” “Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.” Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak. Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia. That confident. Mama pun tak ada. . 9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli. Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu, “Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.” Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu. . 10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang, “Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok” Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan, “Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.” Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ni. Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok. “Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya. . Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap, “Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.” “Aqlan kena prektis lagi ni.”
Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan. Anak-anak yang pemalu ni, dia perlu push sikit je dari kita. Bagi mereka peluang, guide sebaiknya, insya Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.