Sukar buat seseorang untuk menerima orang baharu untuk menjadi ahli keluarga. Dalam hal ini, anak Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, melembutkan hati untuk menerima Muhamad Sufian sebagai ayah tirinya.
Dayini, 25, merupakan anak daripada perkahwinan Mas Idayu dan bekas suaminya, pelakon Aman Graseka. Perwatakan Muhamad Isa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi adalah sebab utama Dayini menerima kehadirannya dengan hati dan minda yang terbuka.
Anak Ratu Dangdut itu bukanlah mengalir air tangisan sedih pada hari perkahwinan ibunya tetapi tangisan bahagia kerana ibunya bertemu jodoh selepas 16 tahun berseorangan.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka. Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa. Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya” kata Dayani.
Ads
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan. Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain. Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Pada era digital ini tidak dinafikan anak-anak kita semakin terdedah kepada teknologi skrin seperti penggunaan telefon pintar, tablet, komputer, laptop dan sebagainya. Meskipun teknologi membawa manfaat, penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengawal penggunaannya.
Menetapkan had masa pada anak-anak yang munasabah umpamanya boleh dijadikan salah satu cara yang berkesan untuk elakkan atau mengurangkan risiko ketagihan video games daripada terjadi.
Pun begitu, nak dijadikan cerita baru-baru ini melalui perkongsian TikTok @ainusdi telah berkongsi video di mana suaminya terpaksa membawa anak kedua mereka ke balai polis gara-gara anak mereka meninggikan suara disebabkan tidak dapat memuat turun game Roblok di telefon bimbit.
Tambah si ibu lagi, sebelum ini anak-anaknya telah diberikan hukuman cubitan namun seakan-akan tidak memberi kesan kepada anak-anaknya dan seakan tidak dapat pula dibendung sikap anaknya itu.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan akhir dengan terpaksa menggunakan ‘tektik’ tersebut dengan membawa anak mereka itu ke balai polis. Meskipun anaknya itu terlihat meraung namun pasangan suami isteri ini nekad dan tujuannya hanya satu untuk memberikan kesedaran kepada anaknya itu.
Menjengah ke ruangan komen, siapa sangka meskipun tindakan ibu bapa ini terlihat begitu tegas dalam memberikan pengajaran kepada anak-anak mereka namun ada juga netizen yang menyokong cara sedemikian. Tidak dengan itu ramai juga yang berkongsi kesan buruk terhadap sikap anak-anak apabila ketagihan permainan video untuk dijadikan pengajaran bersama.
“addict game roblox ke….kalo betol…samalah..dgn anak sy…hujung2….saya ngamuk..uninstall terus….,” tulis salah seorang ibu di ruangan komen.
“pakai link fmly.. aq pakai link fmly tu dekat 5 tahun dh.. senang pantau ank ank.. game roblox ni memang xelok utk budk2,” tulis yang lain pula.
“Aku sokong method kau kak. 👍kte kne tegas dgn ank2 ni. xleh ikut ckp ank. BAHAYA.” ujar yang lain tanda setuju dengan tindakan yang dibuat.
Asyik beli di kedai aje nasi ayam geprek, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Resipi daripada perkongsian facebook Chef Wan ini memang menyelerakan.
Jom buat di rumah!
NASI AYAM GEPREK
Bahan2 untuk rebusan Ayam ;
1 ekor ayam fresh yg besar ( potong n cuci bersih toskan ) ketepikan
Daun Salam / Bay leaf
Serai titik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )
Kisar halus .
B.merah ,Halia ckit , kunyit hidup c kit ,lengkuas ckit .
Cara2 ;
Panaskan minyak masukkan serai titik ,daun salam serta bahan2 kisar tumis hingga naik baunya .Setelah itu masukkan ayam dan masukkan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak .
Bila ayam dah masak angkat,toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek2 kan ayam.
Bahan2 tepong untuk goreng ayam ,tempeh n tahu .
1 cawan tpg beras
1 tsp baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur c kit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )
Didlm mangkuk besar satukan bahan2 kacau sebati agak2 bancuhan nampak pekat . Masukkan ayam gaul2 rata biar resap ,lepas tu belen2 tepong goreng lah tempeh n tahu garing2 .
Bahan2 Untuk Sambal penyet :
Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau ( ikut kepedasan masing2 )
B.merah kecil
Tomato belah 4
Belacan ( opptanial )
Kesemua bahan2 diatas digoreng terlebih dahulu dgn minyak ( jgn lah bnyk ) sehingga layu n naik baunya lepas tu masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .
Cara2;
Tambah sedikit minyak kedlm kuali n masukkan bahan2 kisar tumis hingga garing n naik minyak .
Peraskan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dgn sedikit perahan jus limau kasturi ( jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu ) Kacau rata2 n biar seketika sehingga terbit minyaknya .
Untuk Sup Ayam ;
3-4 ulas b.putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus .
Cara2nya ;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik bau . Setelah itu masukkan air secukupnya ( kalau nak letak kaki ayam ke ,isi ayam pun boleh rasa sedap c kit sup tu ) Perasakan garam n kiub ayam jika suka biar mendidih .
Selamat mencuba
Sumber: Dapur Chef Wan Dapur Berasap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ayah, jerih payah dan pengorbanannya dalam memberikan penghidupan yang baik untuk keluarga dan anak-anak diakui tiada taranya. Ayah sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengenal lelah dan mengeluh, apatah lagi dalam situasi berdepan ujian perlu menjaga anak yang disahkan mengidap penyakit leukemia.
Nekad Berhenti Kerja
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanannya. Begitulah ujian hidup yang dilalui oleh seorang bapa ini, demi kasih kepada anak tunggalnya yang bergelut dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) Muhd Iqbal Zamani Md Noor, 45, terpaksa berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rawatan anaknya.
Difahamkan sebelum ini dia bekerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro. Dikatakan anaknya Nur Insyirah, 15, telah disahkan mengidap penyakit tersebut pada Mac lalu selepas mengalami gejala demam, ruam dan pendarahan hidung sebelum dirujuk ke Hospital Kangar, Perlis dan Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bahkan sepanjang tempoh itu, anak beranak ini terpaksa berulang alik dari Perlis ke Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan susulan dan kemoterapi untuk anak tunggalnya itu.
“Semua rawatan dan kemoterapi itu berlangsung dengan baik dan keadaan Nur Insyirah juga semakin pulih sehinggalah pada Oktober lalu doktor mengesahkan kanser kembali menyerang.
“Baru sahaja kami menaruh harapan bahawa kesihatannya akan pulih, tetapi barah itu kembali semula, ” katanya sebak.
“Wang Simpanan Kami Juga Hampir Habis”
Muhd Iqbal Zamani berkata, Nur Insyirah dimasukkan ke wad di HPP sejak 8 November lalu bagi menjalani semula rawatan sekali gus dia dan isteri, Nur Sakina Azmee, 25, terpaksa bergilir-gilir menemani anaknya di hospital.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berikutan tidak bekerja, Muhd Iqbal Zamani hanya bergantung kepada pendapatan isterinya sebagai tukang jahit selain mengambil upah bekerja di kedai makan sekiranya ada masa terluang.
“Pelbagai kerja saya lakukan seperti cuci pinggan di kedai makan, bakar sate dan lain-lain lagi bagi mencari wang untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Wang simpanan kami juga hampir habis dan ibu saya turut membantu dengan memberi wang pencen miliknya untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Namun kini ibu saya dimasukkan ke Hospital Kangar berikutan penyakit berkaitan buah pinggang yang dihidapi dan isteri saya pula yang menjaganya,” katanya.
Terima Rawatan Psikiatri Akibat Kemurungan
Muhd Iqbal Zamani berkata, dia bersyukur dan terharu dengan insan di sekelilingnya yang sering menghulur bantuan.
Katanya, ada dalam kalangan rakannya yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pada bila-bila masa sekiranya tidak membawa Nur Insyirah melakukan rawatan.
Nur Insyirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar sering bertanya mengenai persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
“Dia kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri akibat kemurungan dan rasa cemas (anxiety) susulan penyakitnya.
“Memang impian saya untuk kembali bekerja namun pada masa ini bimbang tidak dapat beri perhatian kepada Nur Insyirah,” katanya yang mahir dan memiliki sijil dalam pembuatan perabot.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Muhamad Iqbal Zamani di talian 017-4461131.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.