Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.
Menurut Dr Redza Zainol, sebaik anak melangkah ke alam persekolahan, anak perlu dijaga dengan beberapa perkara yang penting untuk menjalani proses pembesaran mereka. Ikuti perkongsian ini.
6 perkara yang anak lelaki & perempuan usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah:
Ads
1. Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.
Ads
2. Jangan benarkan rakan-rakan atau orang dewasa sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).
3. Jaga tutur kata. Murid Darjah 1 pun ada yang dah mencarut, tunjuk jari tengah dan lain-lain.
Ads
4. Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tidak menyenangkan.
5. Hargai barang yang dibeli oleh ibu bapa. Jika tidak, pensel, pemadam, pembaris, botol air semua hilang.
6. Mula diajar solat setiap hari dan belajar bacaan semasa solat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perubahan hormon, berat badan meningkat antara yang sering dialami oleh wanita yang sedang berbadan dua. Demikian yang dialami oleh isteri kesayangan selebriti pujaan ramai, Alif Satar.
Ibu kepada dua cahaya mata baru-baru ini berkongsi cerita dengan memuat naik gambar di laman Instagram bersama suaminya.
Di dalam perkongsian tersebut, Shadila Halid mengakui berasa kurang yakin apabila pengacara itu kelihatan lebih kurus berbanding dirinya.
Bagaimanapun, kapsyen posting berkenaan telah mendapat perhatian suaminya yang meninggalkan komen dengan nada lucu. Namun tidak lupa menyelitkan pujian bahawa isterinya itu masih kelihatan cantik walaupun semakin ‘berisi’.
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi dari pengikut pengacara dan juga pelakon ini. Ratarata memberikan pandangan yang sama apabila memuji wanita hamil itu yang kelihatan semakin berseri-seri sejak ‘berbadan dua’.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman ketika tiba di Mekah.
Dia bersyukur kerana dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Awalnya dia mengakui takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Puteri Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankfu
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya dikapsyen.
Kecekalan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak sememangnya tiada tandingan, walau sebesar mana pun ujian yang terpaksa ditempuh.
Di Baiyin, Wilayah Gansu, China, seorang wanita warga emas berusia 81 tahun digelar sebagai “ibu paling kuat” selepas berjaya membesarkan tiga orang anak meskipun dilahirkan tanpa kaki dan tangan, lapor South China Morning Post.
Wanita itu, Wang Yushi, yang berasal dari wilayah Gansu di utara China, dilahirkan dengan kecacatan kongenital dan menjalani kehidupan tanpa anggota badan sejak lahir.
Menurut anak bongsunya, Zhang Lihu, ibunya juga tidak mempunyai nama rasmi selama lebih 20 tahun dan hanya didaftarkan ketika mendaftarkan perkahwinannya pada usia 27 tahun.
“Ibu saya dilahirkan tanpa tangan atau kaki dan selama lebih 20 tahun dia tidak mempunyai nama sehinggalah berkahwin dengan bapa pada usia 27 tahun,” katanya.
Selepas mendirikan rumah tangga, Wang dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang anak perempuan dan dua anak lelaki walaupun hidup dalam serba kekurangan.
Suaminya pula sering bekerja jauh dari rumah bagi menyara keluarga mereka yang bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utama.
Walaupun berdepan kekangan fizikal, Wang memikul hampir kesemua tanggungjawab menjaga anak-anak dan menguruskan kerja rumah seorang diri dengan penuh cekal.
Dia disifatkan sebagai individu yang sangat cekap kerana mampu membasuh pakaian, memasak dan membaiki pakaian yang koyak dengan cara tersendiri.
Ketika memasak, Wang akan menggerakkan badan di atas bangku dan menggunakan berat badan sebagai sokongan untuk menguli tepung serta memotong sayur-sayuran.
Malah, dia turut menggunakan mulut untuk menjahit pakaian, manakala siku digunakan untuk memegang penyepit makanan bagi membolehkannya makan secara berdikari.
Keupayaan Wang Yushi ibu tanpa kaki dan tangan ini jelas menunjukkan bahawa kekuatan mental dan semangat mampu mengatasi kekurangan fizikal yang besar.
“Pada masa itu, hanya saya seorang yang menjaga anak-anak. Hidup memang sangat sukar tetapi saya tetap berasa puas kerana sekurang-kurangnya kami tidak pernah kelaparan,” katanya.
Kata-kata ini menggambarkan betapa besar pengorbanan Wang Yushi ibu tanpa kaki dan tangan dalam memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Setiap hari yang dilalui penuh cabaran, namun beliau tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.
Kisah wanita cekal ini dikongsi oleh Lihu menerusi akaun media sosial “A Great Mother” yang kini menjadi inspirasi kepada lebih 440,000 pengikut setianya.
Ramai yang tersentuh dengan ketabahan Wang Yushi ibu tanpa kaki dan tangan ini, malah menganggap beliau sebagai simbol kekuatan dan kasih sayang seorang ibu yang tiada batasan.
Kisah ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada masyarakat di China, malah turut menyentuh hati orang ramai di seluruh dunia yang membaca dan mengikuti perjalanan hidupnya.
Dalam dunia yang sering menilai kesempurnaan fizikal, Wang Yushi membuktikan bahawa nilai sebenar seorang manusia terletak pada kecekalan, usaha dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Kisah Wang Yushi ibu tanpa kaki dan tangan ini menjadi bukti bahawa semangat manusia mampu mengatasi segala rintangan, dan kasih seorang ibu adalah kekuatan paling hebat dalam kehidupan.
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.