Bagi peminat drama tanah air awal 1980-an, pasti kenal dengan kelibat anak seni bernama Margaret Gan ini.

Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, siapa sangka memasuki  usia 79 tahun, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

“Anak Menangis Terharu, Ajar Lafaz Syahadah.” Hidayah Jentik hati, Pelakon Margaret Gan Peluk Islam Usia 79 Tahun!

Tarikh 15 Februari lalu, pasti menjadi momen cukup bermakna buat dirinya. Dia yang sejak zaman persekolahan lagi sudah terbiasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.

Sebelum itu, Mohd Taufik terlebih dahulu memeluk Islam ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.

Tatkala membuka cerita mengenai pengislamannya, Margaret yang manis berhijab mengakui anaknya itu tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.

“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.

“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.

“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.

“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.

Ceritanya lagi, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.

IKLAN

“Anak Menangis Terharu, Ajar Lafaz Syahadah.” Hidayah Jentik hati, Pelakon Margaret Gan Peluk Islam Usia 79 Tahun!“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.

“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Margaret dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.

Bahkan ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam dia tidak menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.Dia tidak mahu anaknya itu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.

“Saya tidak halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.

“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.

“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.

IKLAN

“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syahadah,” katanya

Jelasnya lagi, anaknya turut memintanya memakai tudung apabila berlakon.

“Anak Menangis Terharu, Ajar Lafaz Syahadah.” Hidayah Jentik hati, Pelakon Margaret Gan Peluk Islam Usia 79 Tahun!“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab. Saya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhijab.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.

Sumber: Berita Harian


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

IKLAN

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

“Anak Menangis Terharu, Ajar Lafaz Syahadah.” Hidayah Jentik hati, Pelakon Margaret Gan Peluk Islam Usia 79 Tahun!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI