Penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab soalan mengenai zakat fitrah yang diajukan oleh seorang jemaah.
Menerusi perkongsian soalan itu, seorang anak bertanyakan samada dia boleh membayarkan zakat fitrah buat kedua ibu dan bapanya.
Menurut Ustaz Azhar, tidak boleh bagi seseorang anak untuk membayarkan zakat fitrah selagi ibu bapa mereka masih hidup.
Video perkongsian itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, @zackD di TikTok. Dengarkan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini.
“Mak ayah ada lagi tapi anak nak tolong bayar? Jawapannya, tidak boleh. Bagus yang bertanyakan soalan ini.
Ads
“Jangan memandai-mandai nak bayarkan. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan.
Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa zakat fitrah itu boleh dibayar oleh seseorang anak itu sekiranya meminta izin daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.
Ads
Begitu juga sekiranya seorang isteri mahu bantu membayarkan zakat fitrah bagi pihak suami, dia juga perlu untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu.
“Tapi kalau minta izin, boleh. ‘Mak, ayah? Kita nak minta izin bayarkan zakat fitrah mak dan ayah tahun ini’.
Ads
“Kalau dapat keizinan, baru sah zakat yang dibayar seseorang anak itu terhadap ibu bapanya.
“Macam itu juga suami, mereka wajib bayar zakat fitrah isteri. Tetapi, bila isteri nak tolong bayarkan zakat, dia juga kena minta izin dengan suami barulah sah kalau dapat keizinan,” ujarnya berkongsi.
Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati.
Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih ingat lagi tak satu video viral dulu? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dengan sebuah kotak berbentuk hati. Kotak tersebut diletakakn di dalam kereta surprise kepada suami. Dan ternyata kejutan tu membuat si suami berjujuran air mata.
Syukur Alhamdulillah…hadiah kotak tu pun dah selamat berada dipangkuan suami isteri tersebut.
Lima tahun…ya lima tahun penantian yang agak lama buat suami isteri yang sememangnya tidak sabar mendakap dan memeluk zuriat sendiri.
Jangan kata 5 tahun… setahun pun dah kira lama sangat…kan.
Bagi Intan Nur Elliana Zakaria, itu juga momen yang tidak akan dilupakan. Apa tidaknya, dia dan suami sabar menanti selama 5 tahun untuk mendakap dan memeluk cahaya mata kesayangan mereka.
Akhirnya, Intan selamat melahirkan bayi perempuan comel dengan nama Delima Nur Lailasari pada 27 September yang lalu.
Menerusi facebooknya, Intan tampil berkongsi ikthiar dan usaha keras yang dilakukan mereka dalam memperolehi zuriat.
Mereka berharap semua pasangan yang belum memperolehi zuriat walaupun selepas beberapa tahun berkahwin supaya tidak berputus asa dan bersabar, kerana satu hari mereka pasti menemui kejayaan.
Ikuti perkongsian perjalanan mendapatkan zuriat yang ditulis oleh Intan Nur Elliana Zakaria seperti di bawah.
PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA.
#pcosfighter #TTC5years
Assalamualaikum
1. 2014 – Dari segi ubat & supplements
– Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
– Saya ambil makanan sunnah juga
– pergi bermacam2 rawatan batin (tapi xmenjadi)
2. 2015 – Check kesuburan di hospital (husband & wife), macam kami buat di hospital swasta (caj dlm rm800++ utk cek permulaan sahaja, haha mahal gila), check di hospital gov rasanya berganda2 murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
– Husband ada sperm issue (sperma lambat / xaktif)
– Saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil & xmatang)
– Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori
3. 2017 – Kurangkan berat badan & jaga pemakanan:
– saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg (bukan semua org mampu buat atkins, jgn paksa diri kalau xmampu, anda bole diet sihat/diet kalori/ Intermittent Fasting Diet/ Diet Suku2 Separuh)
-Lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
– Husband ikut sikit2 je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama2.
– Husband mmg xmerokok
– saya makan folic acids
4. 2017 -Akhir tahun bulan 12- Rawatan tradisional
– Husband buat rawatan urut saraf di Sg Haji Dorani Sg Besar, Selangor (wak sanip- 0136016338)
– Sy buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)
– Bekam seluruh badan utk keluarkan angin2 dan darah kotor dlm badan. (Kalau boleh sebulan sekali)
– kerapkan honeymoon berdua, xde bajet dlm bilik pon bole honeymoon, pasang lagu romantik dan bau2 aromatherapy
5. 2018- Selepas berjaya turunkan berat bdn sebanyak 15kg dlm masa 3bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan 1 2018 sy disahkan pregnant..
6. September- Alhamdulillah sy dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima Nur Lailasari ❤️
Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing2 amat2 diperlukan ketika ini.. Berdoa, selalu bersedekah dan memberi bantuan kepada org yang memerlukan.. smoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..
Doakan kami sekeluarga sihat dan Delima membesar dengan sihat dan sempurna ya.. InshaAllah ?
Ada orang melihat nilai RM2000 itu cukup mudah untuk diadakan di depan mata, bila-bila masa diperlukan sudah tersedia di tangan. Namun berbeza sekali buat keluarga Nur Amalin Syaffah Saman, 19 tahun ini.
Baginya seakan mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun begitu, dia tidak duduk diam sahaja bahkan terus berusaha mencari wang dengan menoreh getah bersama ibu dan ayahnya. Sanggup meredah kebun getah dan kelapa sawit sejauh 30 kilometer (km) pergi dan balik demi mencari wang persediaan ke universiti.
Ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan di myMetro, dengan hanya bermotosikal yang serba daif, Nur Amalin Syaffah Saman, 19, bersama bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35, melalui jalan berlecak dan berbukit untuk ke lokasi menoreh getah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.
Dia yang tidak menghiraukan bau busuk getah sekerap atau luka di tangan akibat pisau toreh terus gigih mencari rezeki sebagai usaha mengumpul wang agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Perlu Sediakan RM2000
“Saya pada awalnya mahu melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga yang tidak berkemampuan, namun sebaik dinasihati ayah saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah kehidupan yang lebih baik.
“Setiap hari, bermula 7 pagi sehingga 11 pagi, saya ke kebun untuk menoreh dan disambung pula di sebelah petang pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu serta ayah.
“Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM2,000, walaupun jumlah berkenaan agak mustahil untuk saya cari, sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya yang juga bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.71.
Semalam, keluarga anak gadis berkenaan dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS),Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan selain berjanji membantu Nur Amalin untuk ke menara gading.
Nur Amalin yang juga anak sulong daripada lima adik beradik berkata, dia sudah biasa hidup dalam kesusahan malah kediamanya tidak pernah mempunyai tenaga elektrik sendiri sebaliknya menumpang elektrik di rumah saudara.
Jelasnya, selama setahun di KMKt, dia tidak mempunyai komputer riba yang biasa menjadi kewajipan seorang pelajar dan hanya menggunakan telefon bimbit selain terpaksa menebalkan muka meminjam komputer riba rakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Alhamdulillah, bagaimanapun, saya telah memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.
“Jika tercapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaiknya supaya mendapat keputusan cemerlang setiap semester sekali gus, memperoleh kerjaya idaman untuk membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.
“Biarlah saya berbusuk dengan getah sekerap, ‘berperang’ dengan nyamuk di hutan dan menghabiskan masa dengan bekerja demi mencapai cita-cita ke universiti,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.