Ada orang melihat nilai RM2000 itu cukup mudah untuk diadakan di depan mata, bila-bila masa diperlukan sudah tersedia di tangan. Namun berbeza sekali buat keluarga Nur Amalin Syaffah Saman, 19 tahun ini.
Baginya seakan mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun begitu, dia tidak duduk diam sahaja bahkan terus berusaha mencari wang dengan menoreh getah bersama ibu dan ayahnya. Sanggup meredah kebun getah dan kelapa sawit sejauh 30 kilometer (km) pergi dan balik demi mencari wang persediaan ke universiti.
Ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan di myMetro, dengan hanya bermotosikal yang serba daif, Nur Amalin Syaffah Saman, 19, bersama bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35, melalui jalan berlecak dan berbukit untuk ke lokasi menoreh getah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.
Dia yang tidak menghiraukan bau busuk getah sekerap atau luka di tangan akibat pisau toreh terus gigih mencari rezeki sebagai usaha mengumpul wang agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Perlu Sediakan RM2000
“Saya pada awalnya mahu melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga yang tidak berkemampuan, namun sebaik dinasihati ayah saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah kehidupan yang lebih baik.
“Setiap hari, bermula 7 pagi sehingga 11 pagi, saya ke kebun untuk menoreh dan disambung pula di sebelah petang pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu serta ayah.
“Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM2,000, walaupun jumlah berkenaan agak mustahil untuk saya cari, sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya yang juga bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.71.
Ads
Semalam, keluarga anak gadis berkenaan dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS),Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan selain berjanji membantu Nur Amalin untuk ke menara gading.
Nur Amalin yang juga anak sulong daripada lima adik beradik berkata, dia sudah biasa hidup dalam kesusahan malah kediamanya tidak pernah mempunyai tenaga elektrik sendiri sebaliknya menumpang elektrik di rumah saudara.
Jelasnya, selama setahun di KMKt, dia tidak mempunyai komputer riba yang biasa menjadi kewajipan seorang pelajar dan hanya menggunakan telefon bimbit selain terpaksa menebalkan muka meminjam komputer riba rakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Alhamdulillah, bagaimanapun, saya telah memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.
“Jika tercapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaiknya supaya mendapat keputusan cemerlang setiap semester sekali gus, memperoleh kerjaya idaman untuk membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.
Ads
“Biarlah saya berbusuk dengan getah sekerap, ‘berperang’ dengan nyamuk di hutan dan menghabiskan masa dengan bekerja demi mencapai cita-cita ke universiti,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pengurusan harta pusaka diakui memang memerlukan proses yang panjang dan bukan semua tahu langkah-langkahnya.
Memberi lebih pendedahan tentang ini kepada umum, bagus kiranya membaca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Bekerja atau surirumah, itu bukan menjadi masalah dalam pengurusan harta pusaka…
Yang penting ialah pengetahuan tentang cara menguruskannya…
Bila ada yang kata, tengok pada kes baru-baru ni, sebab dia surirumah la dia kena macam tu…orang lain yang menguruskan harta arwah suaminya…kalau dia bekerja, mesti dia boleh uruskan sendiri…
Berapa ramai yang bekerja, yang ada pengetahuan tentang pengurusan harta pusaka?
Ke mana yang patut anda tuju untuk urusan ini? Kwsp? Perkeso? ASNB? Pejabat agama? Mahkamah syariah? Majikan arwah? Pihak perbankan? JPJ? Amanah raya? Tabung Haji?
Sebenarnya, anda hanya perlu pergi ke pejabat tanah, unit pembahagian pusaka…
Dah dapat surat perintah dari unit tersebut, baru p bank, JPJ, ASNB, Kwsp, Tabung Haji dan sebagainya…
Anda sendiri pun boleh mohon sendiri dan kalau payah sangat, tak berapa nak faham sangat, lantik seorang pentadbir yang uruskan semua ini on behalf…
Rujuk link dibawah untuk memahami keseluruhan proses pembahagian harta pusaka :
Lazimnya bila anak masih kecil, ibu ayah akan memberi perhatian lebih kepada anak-anak, akan sentiasa ada bersama mereka.
Namun bila anak-anak sudah membesar dan boleh berdikari untuk lakukan hal sendiri, perhatian dan tumpuan akan kurang sedikit diberikan kepada mereka.
Memandangkan ibu ayah merasakan anak-anak sudah besar. Boleh buat sendiri dan tidaklah perlu diberi perhatian khusus.
Gambar hiasan
Memang benar, membentuk sifat agar anak tahu berdikari tanpa terlalu bergantung itu bagus, namun jangan pula terus dibiarkan tanpa pemantauan!
Lebih-lebih lagi ketika ini isu gangguan seksual banyak terjadi dikalangan kanak-kanak dan kebanyakan pelaku bertindak apabila kanak-kanak ini berseorangan.
Bimbang juga andai kita sebagai ibu ayah tidak tahu cara untuk memantaunya dari awal, ayuh kita baca perkongsian Dr. redza Zainol ini.
Anak makin membesar dan mak ayah tak tahu cara nak pantau anak?
✅ Ketahui siapa rakan anak kita dan apakah jenis permainan mereka. Kanak-kanak sekarang, dah jauh ke hadapan berbanding kita.
✅ Elak tukar pakaian di hadapan anak selepas berusia 2 tahun.
✅ Beritahu anak jangan duduk di atas riba sesiapa termasuk saudara mara lelaki terdekat.
✅ Latih anak kita supaya mereka berani bersuara.
✅ Aktifkan fungsi “Parental Control” pada gajet.
✅ Ambil tahu apa kandungan cerita animasi. Jangan biar anak tonton sendirian.
✅ Tanya apa masalah anak bila anak kelihatan senyap dan tak ceria. Jangan ambil mudah.
✅ Percaya pada anak jika mereka mengadu sesuatu mengenai gangguan seksual.
Kebanyakan pelaku dah perhatikan rutin harian mangsa dan bertindak apabila kanak-kanak ni berseorangan.
Didik anak mengenai pendidikan seksualiti. Jika tak, mereka akan cari dan jumpa sendiri.
Saya bersyukur selepas membaca 3 Ebook yang ditulis oleh Akhi Fairuz.
Ada juga insan yang nak tulis bahan bacaan untuk mak ayah bantu anak lindungi diri dia sendiri.
Baru saya tahu dengan tepat teknik pendidikan seksual anak bawah 7 tahun.
Sumber : Redza Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Solat jemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Lantas dalam merebut pahala solat berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Pun begitu, perlu difahami dalam hal menentukan kedudukan makmum. Ini dijelaskan untuk pemahaman bersama.
Suami isteri solat berjemaah
Bila isteri sahaja menjadi makmum, pastikan kedudukan isteri betul-betul dibelakang suami seperti gambar di bawah.
Pun begitu, andai isteri berada di bahagian belakang sisi kiri atau kanan, maka makruh hukumnya.
Manakala jika suami mendirikan solat bersama dua anak lelakinya, begini pula kedudukannya.
Anak perlu berdiri dibelakang imam dan pastikan anak kedua pula berdiri di sisi kanan makmum yang pertama tadi.
Pun begitu jika kita anak beranak solat bersama, pastikan anak lelaki berdiri di sebelah kanan ayahnya dan ibu sebagai makmum pula berdiri selari di belakang anak lelaki.
Secara umumnya, posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah ada 8 posisi.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga dirikan solat berjemaah bersama-sama.
Sumber : Tweet Islamik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.