Penyanyi Liza Hanim melahirkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya, Marissa Qaireen, telah berjaya mendapat tawaran bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (Tingkatan Satu) tahun 2022.
Perkongsian berita tersebut dimuatnaik penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu menerusi laman Instagramnya.
“Seminggu dah pengumuman ni. Seminggu juga la masih terasa macam mimpi, Allahuakbar!
“Alhamdulillah. Syukur Kak Ngah dapat tawaran. Yang diimpikan sedari awal menjadi kenyataan. Ni baru permulaan, dan sesuatu yang sangat baru buat kami sekeluarga.
“Betulla bak kata mak pak dalam whatsapp group sekolah; anak-anak ok je, nanti mama yang nangis bucu katil nanti. Ahak ahak ahak,” tulisnya.
Alhamdulillah tahniah 👏👏mmg betol tengah standby bucu katil ni 11/4 😢😢
Selain Marissa, Liza dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin turut dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Marsya Qistina, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun, terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lalu.
Hukuman yang dikenakan tersebut mendapat reaksi ramai pihak. Rata-rata melahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan hukuman yang diterima alasan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh.
The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad menerusi facebook tampil membuat ulasan sekali gus merungkai pertanyaan ramai dek hukuman yang dikenakan tersebut.
Bunuh kena 6 tahun je?
Tu ayat yang paling banyak dalam komen-komen page berita pasal kes ni. Ada yang kata Hakim tak betul la, undang-undang tak betul la. Memandai je korang kan.
Kes ni dikendalikan oleh En Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, rakan kongsi firma kami dari awal sampai selesai. Maklumat-maklumat yang dikongsi di sini adalah maklumat yang telah dibentang dan diterima di mahkamah.
Kes ni pada awalnya disiasat di bawah seksyen 302 iaitu membunuh. Itu normal untuk kes-kes melibatkan kematian yang mencurigakan.
Selesai siasatan dari polis, kementerian kesihatan dan lain-lain, kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak. Pertuduhan dia “Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Tak ada sebarang kesan cedera
Di sini fungsi peguam. Peguam bukan saja kena lawan kes, tapi yang lebih penting kena pastikan semua pihak terutama mahkamah faham naratif kejadian dari perspektif tertuduh. Kena fahamkan semua pihak tentang kejadian sebenar.
So, apa kejadian sebenar?
Kejadian sebenar ialah pengasuh ni terjatuh di tandas bersama baby yang dipegang. Kejadian berlaku selepas pengasuh memandikan baby, macam hari-hari biasa.
Lepas terjatuh, dia bangun dan angkat semula baby. Baby menangis. Pengasuh ni check keadaan baby, tak ada sebarang kesan cedera. Tak ada luka, tak ada lebam, tak ada kesan merah-merah.
Ini selari dengan laporan post-mortem, tak ada sebarang kecederaan luaran. Punca kematian ialah kecederaan dalaman yang tak ada siapa boleh nampak dari luar.
Pengasuh ni kemudian memujuk baby dan beri susu. Baby berhenti menangis dan minum susu. Kemudian baby tidur. Dalam tidur, baby telah batuk-batuk dan keluar cecair jernih dari hidung. Baby dijangka meninggal sekitar masa ini. Pengasuh cuba beri bantuan pernafasan tapi gagal.
Masalah lebih besar bermula disini. Dalam keadaan panik tak tahu nak buat apa, pengasuh ni telah sembunyikan jenazah dalam peti sejuk. Itu adalah kesilapan paling besar bagi pendapat saya.
Menyembunyikan kematian
Masalah bertambah apabila pengasuh beritahu family baby telah diambil oleh orang lain. Perkara ni telah trigger pencarian kanak-kanak dan tular.
Pada petang yang sama, pengasuh rasa bersalah dan sedar akan kesalahan dia. Dia telah menyerah diri di balai polis dan terus beritahu polis di mana jenazah berada. Ini diakui oleh mahkamah dan selari dengan dokumen pihak polis.
Jenazah telah dijumpai hasil tunjuk arah oleh pengasuh sendiri.
Ada kejadian bunuh? Tak ada.
Ada tindakan kejam yang menyebabkan kecederaan? Tak ada.
Ada tindakan memukul, mengetuk, membelasah bayi malang tersebut? Tak ada. Malah jentik pun tak ada.
Apa yang ada ialah kemalangan yang kemudian disusuli tindakan salah iaitu menyembunyikan kematian.
Salah tak? Ye salah. Tapi adakah salah itu sama tahapnya dengan membunuh? Tidak.
“Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Undang-undang, sistem kehakiman dan mahkamah, malah sesiapa yang mendapat latihan perundangan dapat menilai bahawa ada perbezaan antara membunuh, menyebabkan kematian sama ada secara sengaja atau tidak, dan kemalangan.
Kami percaya atas dasar itu, setelah dihujah oleh pihak Peguam, pendakwaraya telah meminda pertuduhan dari “menganiaya hingga menyebabkan kecederaan” kepada “mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan”
Bila dibaca dan dinilai betul-betul, dua ayat pertuduhan tu membawa maksud berbeza. Dan maksud kedua iaitu mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan adalah lebih tepat menggambarkan keadaan sebenar.
Dan ambil kira juga bahawa elemen asas yang dipertuduh bukanlah membunuh atau menyebabkan kematian, tapi menyebabkan kecederaan.
Tak tahu fakta tapi menjatuhkan hukuman
Kenapa? Kerana pengasuh tersebut tidak membuat sebarang tindakan aktif untuk membunuh. Dia terlibat dalam kemalangan bersama baby, dari keadaan lantai bilik air yang licin.
Sebelum kita menghukum, kita kena tau fakta sebenar. Kita kena nilai undang-undang dengan fakta unik setiap kes.
Hakim yang zalim adalah hakim yang menghukum tanpa usul periksa, yang tak tahu fakta tapi sepantas kilat menjatuhkan hukuman.
Ada pasangan suami isteri tidak perlu menanti terlalu lama kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Namun ada juga pasangan suami isteri diberikan rezeki anak setelah bertahun-tahun lamanya menunggu.
Ini seperti mana perkongsian seorang wanita cekal yang dikenali sebagai Laila, berkongsi tentang secebis kisah hidupnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok.
Laila ada menceritakan bahawa dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.
Bagaimanapun dengan berbaki 3 bulan lagi untuk melahirkan anak, wanita ini sekali lagi diuji apabila suaminya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat anak yang dikandung selepas penantian yang begitu lama.
Kongsinya lagi bahawa sebelum ini Allahyarham suaminya sangat gembira setelah mengetahui dirinya mengandung namun takdir Allah dia pergi dahulu sebelum sempat melihat anak lelakinya yang bakal lahir tidak lama lagi setelah sekian lama menantikan saat bahagia itu.
Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Mohd Ikram bin Bakri meninggal dunia ketika membantu proses pembersihan pascabanjir di Bukit Lanchong
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dan bersedih dengan kisah yang dikongsi dan turut memberikan kata-kata semangat untuknya meneruskan kehidupan tanpa suami disisi.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi Azmi diharapkan dapat memberi motivasi dan pencerahan kepada ibu ayah untuk jangan pernah jemu mendoakan anak-anak. Memberi gambaran jelas tentang pengharapan ibu dan ayah, dikongsikan melalui kisah Nabi Ibrahim, semoga ianya dapat dijadikan pengajaran dan inspirasi buat semua.
Ini perkongsiannya.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...